Monday, July 16, 2012

10 haiwan mamalia yang jarang ditemui

1. Hairy Saki


Monyet yang hidup di lembah sungai amazon ini kebanyakan tinggal di atas pokok. Ia juga dikenali sebagai monk saki kerana bulu kepalanya berbentuk seperti topi pendeta (monk"s cowl). Hairy sakis sangat jarang di tangkap kerana sifat mereka yang mudah panik. Haiwan ini cenderung untuk panik dan mati kerana ketakutan ketika ditangkap.


2. Aardwolf


Mamalia afrika yang menyerupai hyena (dubuk) kecil. Namanya Aardwolf yang bermaksud "earth wolf" kerana ia tinggal di liang tanah.


3. Argali


Domba liar terbesar (tingginya lebih 120 cm) yang mempunyai tanduk yang besar dan tergulung. Berasal dari asia tengah (Siberia, Mongolia, dan Tibet). Ianya spesis terancam disebabkan sering diburu dan digunakan dalam perubatan cina.


4. Douroucouli


Dikenali juga sebagai monyet burung hantu kerana ia mempunyai mata coklat yang besar. Haiwan ini merupakan satu-satunya monyet nocturnal (haiwan yang mencari makan pada tengah malam). Ia berasal dari Amerika Tengah dan Selatan.


5. Soulslik Eropa


Soulslik adalah nama eksotik yang diberikan kepada tupai tanah eropah dan asia. Bentuknya sedikit berbeza dari tupai biasa dan ianya adalah haiwan pemangsa. Makanannya ialah haiwan yang bersaiz sama dengannya seperti burung-burung kecil, dan tikus.


6. Fossa


Fossa adalah haiwan terbesar dari kategori musang (panjangnya lebih kurang 1.5 m) dan merupakan karnivor terbesar di tempat asalnya, Madagaskar. Haiwan ini mempunyai kulit berwarna coklat-jingga.


7. Lesser Grison


Karnivor yang jarang diketahui umum. Haiwan ini hidup di Patagonia dan negara-negara Amerika Selatan. Panjangnya 30 cm, dengan bulu hitam dan kelabu. Sifat fizikalnya seakan memerang. Di peru, haiwan ini dijinakkan seperti musang, dan dilatih untuk memburu tikus.


8. Moon Rat


Disebut juga sebagai landak berbulu. Haiwan yang pelik ini berasal dari Asia Tenggara. Bulunya yang berwarna coklat tua atau hitam kontra dengan wajahnya yang berwarna putih. Ianya juga mempunyai hidung yang panjang dan berbau busuk. Panjangnya sekitar 25 cm juga merupakan insectivora terbesar.



9. North American Cacomistle


Berasal dari Amerika Syarikat Selatan, cacomistle adalah haiwan kecil dan pemalu.Ada juga yang memanggilnya sebagai tupai kucing atau kucing ekor-cincin kerana ekornya yang panjang dan bergaris berbentuk seperti cincin. Cacomstile berasal dari bahasa Nahuatl yang bermaksud half-cat atau half mountain lion.


10. Pink Fairy Armadillo


Ini adalah armadilo pari-pari. Panjangnya sekitar 120 mm. Ianya hidup di bawah tanah dan jarang kelihatan. Haiwan ini hampir tidak pernah ditangkap kerana kehebatannya dalam melarikan diri dengan kemampuannya menggali tanah dengan cepat dan bersembunyi dari diserang musuh.

sumber- manokelpase

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...