Tuesday, August 28, 2012

Kenapa Izara Aishah Jadi Duta Burger King?

Izara Aishah iklan Burger King

KUALA LUMPUR, 24 OGOS 2012: Ringkas dan tidak berlebih-lebih. Begitulah caranya bagi pelakon Izara Aishah dan keluarganya menyambut kedatangan Syawal yang sebelum-belum ini. Begitu juga pada tahun ini, cukup sekadar menikmati maksud dan suasana hari raya bersama keluarga dan rakan.

"Keluarga saya memang begitu. Setiap kali menjelangnya Syawal, kami hanya akan membuat persiapan yang seringkasnya dan selalunya kami akan keluar di saat-saat terakhir untuk membeli belah.

"Lagi seronok sebab dapat rasa mood raya sikit membeli belah di saat itu," katanya yang memutuskan untuk beraya di Kuala Lumpur dahulu, diikuti dengan kampung ibu di Pulau Pinang atau Kelantan di sebelah bapa.

Di penghujung ramadan yang lalu telah berlangsungnya majlis berbuka puasa amal Izara Aishah bersama adik-adik dari Pusat Jagaan dan Asuhan Raudhatul Ikhwan yang berlangsung di restoran Burger King Garden & Grill Shah Alam.

Pada waktu yang sama, acara ini juga diadakan bagi memperkenalkan aktres muda ini sebagai duta baru kepada restoran francais makanan segera terkemuka dunia, Burger King.

Tentu ada sebab mengapa Izara menerima tawaran daripada Burger King dan bukan jenama atau label lain.

"Izara rasa ini adalah platform terbaik buat Izara untuk mendekatkan diri dengan peminat dan jadi lebih mesra kerana Burger King adalah jenama makanan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Orang akan ingat Burger King dan orang akan ingat Izara Aishah.

"Lagipun Burger King mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan reputasi yang bagus dan Izara merasakan ia merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk bergelar duta kepada Burger King,"katanya kepada murai.com.my.

Persona comel molek iras pelakon daripada Bollywood ini yang mula mendapat perhatian setelah kemunculannya di dalam siri Vanilla Coklat sudah 2 bulan dilantik menjadi duta Burger King. Malah, dia juga adalah duta kepada produk kecantikan Secret Garden dan fesyen Cosry Purple Label.

sumber- Murai

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...