Saturday, September 1, 2012

Justin Bieber jadi mentor

Justin Bieber
Justin Bieber
Penyanyi muda berbakat besar, Justin Bieber, sememangnya bijak mencari peluang mengembangkan kariernya.

Selain berjaya mencipta fenomena sebagai penyanyi, Bieber kini dilantik sebagai mentor untuk program pencarian bakat, X Factor di Amerika Syarikat.

Teruja dengan tawaran yang diterima, pelantun lagu Never Say Never ini akan bekerjasama dengan juri, L A Reid dalam pemilihan peserta.

"Proses pemilihan ini mengambil masa yang agak lama, namun ia menyenangkan. Seronok bekerja dengan Reid," kata Bieber melalui Twitternya.

Sebelum ini, L A Reid pernah bekerjasama dengan Bieber ketika bergelar pengerusi, Island Def Jam Music Group.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...