Tuesday, August 21, 2012

Mayat menteri Filipina ditemui bersama pesawat dalam air

Jesse Robredo
Jesse Robredo
MANILA - Mayat Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Jesse Robredo yang hilang bersama pesawat yang dinaikinya Sabtu lalu, ditemui hari ini.

Mayatnya Robredo dikeluarkan dari bangkai pesawat ringan kira-kira 55 meter (180 kaki) dari kawasan air, kata Setiausaha Pengangkutan, Mar Roxas.

Beliau disifatkan sebagai seorang pemimpin yang 'paling mulia' oleh jurucakap Presiden Benigno Aquino.

Tiga lagi penumpang turut berada dalam kemalangan pesawat itu.

Pesawat itu dalam perjalanan dari bandar raya Cebu, di tengah Filipina ke kampung Robredo di bandar Naga, di wilayah Camarines Sur dan hilang dipercayai disebabkan gangguan enjin.

Mayat dua juruterbang juga ditemui dalam bangkai pesawat.

Mangsa keempat iaitu pembantu Robredo selamat dalam kejadian itu.

Beliau telah diselamatkan oleh nelayan tempatan dan dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan ringan.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...