Kebiasaannya, jalan raya ditutup untuk memberi laluan kepada kereta api. Berbeza pula dengan Pulau Gibraltar di United Kingdom, jalan raya ditutup untuk memberi laluan kepada kapal terbang.
Gibraltar International Airport adalah lapangan terbang yang luar biasa. Landasannya terletak betul-betul di atas lebuhraya yang menghubungkan pulau ini dengan Sepanyol. Setiap kali kapal terbang berlepas atau mendarat, trafik akan ditutup. Lapangan terbang ini mempunyai penerbangan British Airways keluar masuk setiap hari.
0 comments:
Post a Comment