Monday, August 27, 2012

Katie Holmes meminta maaf pada Tom Cruise

Katie Holmes meminta maaf pada Tom Cruise

25 Ogos – Aktres terkenal Hollywood, Katie Holmes dikatakan meminta maaf pada Tom Cruise kerana mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya yang juga merupakan aktor terkenal Hollywood.

Menurut laporan daripada Showbizspy, satu sumber telah memberitahu bahawa Holmes kini berasa tertekan dan menyesal dengan tindakannya bercerai dengan suaminya itu.

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan apabila Holmes dengan tiba-tiba menceraikan suaminya pada bulan Jun lalu. Holmes mengambil keputusan untuk bercerai dikatakan kerana Cruise merupakan penganut Scientology.

"Dia merasa buruk dengan apa yang terjadi. Dia menyesal dan malu dengan tindakkannya itu," kata sumber tersebut.

sumber- Cinema Online

2 comments:

  1. habis tu cane.. rujuk balik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dgr gosip tom cruise dah ada pengganti n dah nk kawin...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...