Tuesday, October 9, 2012

Madu berwarna pelik disebabkan M&M

madu berwarna pelik
Antara warna madu yang dihasilkan oleh lebah di Ribeauville, wilayah Alsace, Perancis selepas haiwan itu hinggap pada bahan buangan gula-gula M&M. - AGENSI
PARIS - Penternak lebah madu Perancis hairan dan pelik selepas madu yang dihasilkan serangga tersebut berwarna biru dan hijau berbanding biasa.

Perkara itu menyebabkan penternak mengalami kerugian kerana madu berkenaan tidak boleh dijual, sebaliknya menambah masalah dihadapi mereka termasuk kematian tinggi lebah dan kekurangan bekalan madu ekoran cuaca buruk.

Penternak di sekitar Ribeauville, wilayah Alsace sejak Ogos lalu melihat lebah mereka pulang ke sarang membawa sejenis bahan berwarna yang menyebabkan madu dihasilkan bertukar warna.

Oleh sebab itu, penternak berkenaan melancarkan siasatan bagi mengetahui mengapa kejadian itu berlaku.

Misteri tersebut diselesaikan apabila bahan tersebut dipercayai berasal daripada bekas gula-gula M&M yang dihasilkan di sebuah kilang biogas berdekatan.

Kilang yang terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi penternakan lebah itu memproses bahan buangan gula-gula keluaran Mars tersebut yang berwarna merah, biru, hijau, kuning dan coklat.

Pengurus Bersama kilang tersebut, Agrivalor, Philippe Meinrad berkata, pihaknya maklum tentang perkara itu dan pada masa sama telah mengambil tindakan untuk menghentikannya.

''Kami sudah membersihkan bekas-bekas hasil pemprosesan. Hasil buangan pada masa akan datang, perlu disimpan dalam ruang dewan tertutup bagi mengelak masalah tersebut berlarutan,'' katanya. 

sumber- AGENSI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...