Tuesday, October 9, 2012

Lelaki Thai ditangkap kerana membunuh 19 tahun lalu di Jepun

Wirasak Iamphongsa

BANGKOK- Seorang lelaki Thai yang dikehendaki bagi pembunuhan yang dilakukannya di Jepun pada 19 tahun yang lalu telah ditangkap di Selatan Thailand.

Mahkamah Jepun mengeluarkan waran tangkap pada tahun 1993 terhadap Wirasak Iamphongsa kerana menyebabkan kematian Megumi Awaji di Tokyo pada tahun tersebut.

Wirasak, 39, telah ditangkap dalam sebuah bas di Nakhon Si Thammarat, Selatan Thailand pada ahad lalu, kata pegawai polis Col Prasopchok Prommoon.

Wirasak, bekas pekerja bar, memberitahu kepada pemberita pada Isnin kelmarin bahawa dia membunuh wanita berusia 33 tahun tersebut semasa pergaduhan. Dia melarikan diri ke Thailand pada hari berikutnya dengan mengambil beberapa barangan Megumi bersama.

"Perkataan maaf hanyalah sesuatu yang sia-sia. Ianya tidak akan mengembalikannya," kata Wirasak. "Saya mungkin akan dipenjara 30 atau 40 tahun tetapi saya masih berpeluang untuk keluar. Tetapi dirinya tidak dapat dihidupkan semula."

Wirasak akan didakwa di bawah sistem kehakiman Thailand kerana kedua-dua negara ini tidak mempunyai perjanjian ekstradisi.

Dia menghadapi pertuduhan membunuh dengan sengaja. Sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...