Seorang wanita telah merakamkan gambar anaknya yang sedang bermain dengan menggunakan telefon bimbit. Sedang dia melihat semula rakaman gambar tersebut, dia terkejut apabila terlihat lembaga misteri berada disebelah anaknya. Kakaknya yang melihat gambar itu turut terperanjat lalu melontarkan telefon tersebut sambil menjerit ketakutan.
Satu pembongkaran sejarah telah dilakukan mengenai tempat tersebut dimana dua puluh tahun yang lalu, tiada sebiji rumah pun dibina di kawasan tersebut malah ianya dilitupi hutan berkayu. Seorang wanita dikatakan pernah diserang dan dirogol sebelum dibunuh dikawasan tersebut. Kemungkinan rumah yang didiami saksi gambar tersebut adalah tapak yang yang sama dimana kejadian itu berlaku.
Adakah ianya benar-benar gambar hantu wanita yang mati dibunuh atau sekadar gambar yang dimanipulasi? Gambar ini telah dikaji sendiri oleh seorang pakar gambar dan telah cuba dilakonkan semula dengan membiarkan seseorang melompat semasa gambar diambil, kemudiannya diubah suai sedikit menggunakan perisian photoshop. Keputusan yang diperolehi adalah hampir sama dengan gambar tersebut namun wanita yang menjadi saksi gambar itu menegaskan bahawa gambar yang diambil adalah gambar hantu sebenar.
memang ada hal2 ghaib
ReplyDelete