Friday, September 7, 2012

Ngeri! Cara pengurusan jenazah kaum Tibet

Kebiasaannya, mereka yang telah meninggal dunia akan ditanam atau dibakar. Namun ianya berbeza di Tibet dimana daging mereka yang telah meninggal dunia akan dihidang kepada burung pemakan bangkai (burung hering). 

cara menguruskan jenazah

Tradisi ini dipanggil Pengkebumian Langit (Sky Burial). Mayat-mayat akan dibawa ke tempat tertentu dan kebiasaannya diletakkan di atas puncak bukit yang menjadi tumpuan burung tersebut. Majoriti penduduk Tibet adalah beragama Buddha dan mereka percaya tentang kelahiran semula. Kerana itulah jasad yang telah mati tidak lagi dianggap sesuatu yang penting.

cara menguruskan jenazah

Burung-burung digalakkan untuk meratah cebisan mayat bagi menguraikan ia sepenuhnya. Tujuan tradisi ini adalah untuk pelupusan mayat secara cepat tanpa menunggu ianya mereput sendiri. Penyediaan mayat untuk upacara ini adalah mudah tetapi amat mengerikan. Mayat-mayat akan dikelar dan dilapah malah anggota badan akan dipisahkan satu persatu.

cara menguruskan jenazah

Walaupun tradisi ini mula diharamkan sejak pemerintahan Komunis di China pada sekitar 1960an, ianya masih diteruskan semula pada sekitar 1980an hingga ke hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...