TRAGEDI...anggota bomba mengangkat mayat seorang mangsa yang maut dalam nahas selepas kereta dipandu bertembung lori simen, semalam. |
SRI AMAN: “Sebaik tiba di tempat kejadian, kami lihat bayi perempuan masih dalam pangkuan seorang wanita di tempat duduk depan dan berkeadaan kaku,” kata Penyelia Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Sri Aman, Tony Morni ketika membantu mengeluarkan lima sekeluarga yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 24, Jalan Sri Aman-Sarikei, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, lima daripada tujuh sekeluarga itu terbunuh serta-merta apabila Perodua Kancil dinaiki bertembung lori pembancuh simen.
Mereka yang terbunuh adalah pemandu Perodua Kancil, Mohd Rachael Abdullah, 22, dan isterinya, Santi Minggat, 19.
Turut terbunuh ibu Santi, Jamaah Ali, 42, kakaknya, Jamilah, 24, dan anak saudara perempuan Santi berusia 12 bulan, Noraini Bagio.
Kelima-lima mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang iaitu kakak Santi yang juga ibu kepada Noraini, Salbiah, 21, dan anak lelaki Santi berusia 12 bulan, Rizal Mustapha Mohd Rachel, cedera parah.
sumber- HMetro
takziah semuanya..hmmm
ReplyDeletemy blog http://www.kotak-lirik-lagu.com