Thursday, September 6, 2012

Pesalah dihukum potong alat kelamin di Korea Selatan

pisau berdarah
gambar hiasan
SEOUL: Sekumpulan 20 anggota Parlimen Korea Selatan semalam mengemukakan rang undang-undang yang akan membenarkan pengasian fizikal terhadap pesalah seks ketika kemarahan orang awam memuncak terhadap beberapa kes jenayah seks.

Jika diluluskan, mahkamah boleh mengarahkan pesalah seks yang gagal menjalani rawatan tingkah laku atau kimia dikasi secara fizikal. Menurut undang-undang yang diluluskan Parlimen pada 2010, pengkasian secara kimia boleh dilaksanakan terhadap pesalah seks bersiri yang didapati bersalah melakukan jenayah seks terhadap kanak-kanak bawah usia 16 tahun.

Mei lalu, seorang lelaki berusia 45 tahun menjadi orang pertama menjalani proses pengasian kimia yang membabitkan suntikan untuk menurunkan tahap hormonnya.

Bagaimanapun, Park In-Sook, doktor perubatan dan antara 20 anggota Parlimen yang mengemukakan rang undang-undang itu berkata, pengasian secara kimia tidak berkesan kerana dorongan seksual sering kembali kuat apabila rawatan berakhir.

“Kita perlu mengambil langkah lebih drastik seperti pengasian secara fizikal dalam usaha menangani jenayah seks yang semakin meningkat.

Pembantunya, Park Jong- Won berkata, rang undang-undang itu perlu melalui beberapa jawatankuasa Parlimen sebelum ia diundi oleh sesi penuh sidang Parlimen.

Dia menjangka ia akan mendapat sokongan majoriti mudah daripada Dewan yang mempunyai 300 anggota itu.

Kerajaan menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk melaksanakan hukuman jenayah antiseks yang lebih berat berikutan beberapa kes berprofil tinggi.

Presiden Lee Myung-Bak terpaksa memohon maaf secara terbuka bagi pihak kerajaan Ogos lalu selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dirogol dengan kejam mencetuskan kemarahan orang ramai.

Polis menangkap seorang lelaki berusia 20-an tahun berhubung kes itu. 

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...