Pada 2 Disember 1979, seorang wanita cuba membunuh dengan terjun dari tingkat 86 bangunan Empire State. Namun cubaannya gagal apabila angin bertiup kuat dan menolaknya kembali ke tingkat 85.
Elvita Adam dilaporkan telah memanjat geriji besi berketinggian lebih lapan kaki sebelum melakukan terjunan dalam cubaan membunuh diri. Pada masa yang sama, angin bertiup kencang kira-kira 30 mph dan menolaknya kembali ke balkoni tingkat 85. Kakinya patah dan terpaksa di hantar ke hospital Believue.
Pengawal keselamatan di bangunan pencakar langit tersebut mengatakan, dua tahun sebelum itu terjadi perkara yang sama dimana seorang pelancong dari Hawaii turut terjun dari tingkat 86 dan ditiup kembali ke tingkat 85.
hehehe,, itu tandanya dia mempunyai manfaat di dunia ini
ReplyDeleteAssalamualaikum....
ReplyDeleteInilah yang dikatakan dalam peribahasa Melayu iaitu : "berpantang maut sebelum ajal..."
Soal hidup mati, jodoh, rezeki dan perjalanan kehidupan adalah ditentukan oleh Allah SWT...
Jika belum tiba masanya, Allah SWT tidak akan membenarkan sesuatu terjadi walaupun makhluknya cuba sedaya upaya membuatnya...