Wednesday, September 12, 2012

Mr. Bean, Hero menyelamatkan nyawa

Mr. Bean
Rowan Atkinson
Pelakon British, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean telah menyelamatkan pesawat yang dipenuhi penumpang ketika juruterbangnya pengsan secara mengejut.

Dalam kejadian itu, Mr. Bean sedang dalam perjalanan dari Mombasa ke Nairobi di Kenya bersama keluarganya dengan menaiki pesawat syarikat swasta. Pada ketinggian 4,877 meter, juruterbangannya pengsan serta langsung tidak sedarkan diri. 

Walaupun tiada pengalaman dalam pengendalian pesawat, Mr. Bean cuba sedaya upaya untuk menghalang pesawat tersebut dari jatuh terbabas. Dalam masa yang sama, isterinya Sunetra cuba mengejutkan juruterbang tersebut dengan cara menggoncang serta menyimbah air ke mukanya. Mujurlah beberapa minit kemudian juruterbang tersebut tersedar lalu mereka dapat mendarat dengan selamat.

Mr. Bean
Mr. Bean bersama isterinya

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...