Wednesday, September 12, 2012

Gangguan si mabuk

jual arak secara haram
Kedai terbabit tidak mempunyai permit yang membenarkan penjualan arak.
RAWANG - Bosan dengan sikap pemabuk yang kerap membuat bising dan mengganggu wanita, aduan mengenai gangguan tersebut disalurkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Bertindak atas laporan tersebut, sebuah premis arak yang terletak di Rawang Perdana diserbu dan sebanyak 20 kotak minuman keras dirampas.

Penolong Pegawai Penguatkuasa MPS, Megat Ainum Fadzlil Ainul Fadzil berkata, sitaan dibuat atas kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPS) 2007 kerana tiada permit.

“Setelah disiasat, premis tersebut menjual pelbagai arak yang disorokkan di dalam stor khas dan premis tersebut tidak mempunyai Lesen Cukai Arak di bawah Akta Eksias 1976.

“Sitaan itu diharapkan menyelesaikan aduan orang awam yang terganggu disebabkan bunyi bising sehingga mengganggu keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, setakat ini aduan diterima hanya membabitkan kawasan berkenaan sahaja selain aduan daripada Ahli Majlis tentang kedai penjualan arak yang beroperasi selama 24 jam.

Bagaimanapun katanya, tiada undang-undang khusus penguatkuasaan membabitkan perkara itu dan hanya  undang-undang bersesuaian digunakan untuk sebagai menyelesaikan aduan orang awam.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...