Wednesday, August 15, 2012

Fyza rindu... Sambut lebaran sederhana

gambar fyza kadir bogel
Fyza Kadir
SEJAK 26 tahun lalu, dia berpeluang menyalami tangan bapanya di pagi raya. Namun lebaran kali ini, hanya memori bersama bapa tercinta yang menjadi kenangan dalam hidupnya.

Kehilangan bapa, A Kadir Mohd pada 1 Januari lalu akibat angin ahmar, menyebabkan lebaran buat keluarga Fyza Kadir terasa suramnya. Justeru, hanya persiapan serba sederhana menjadi pilihan mereka.

"Dek kerana masih terasa kehilangan arwah ayah dan tidak mahu terus bersedih di pagi raya, kami sekeluarga memilih untuk beraya di rumah nenek di Cheras, Kuala Lumpur.

"Mungkin pada hari raya ketiga atau keempat baru kami akan kembali ke Johor Bahru untuk menziarahi pusara arwah ayah dan sanak-saudara yang lain.

"Malah, saya juga hanya menempah dua helai baju kurung dan tidak membuat kuih raya seperti kebiasaannya tahun ini," ujarnya.

Fyza atau nama sebenarnya Norhafiezzah A. Kadir berkata, sejak 1 Ramadan lagi, dia telah berasa sunyi tanpa kehadiran ayahnya apatah lagi mempunyai hubungan yang cukup akrab bersama Allahyarham.

"Saya dan adik memang rapat dengan arwah. Malah pada pagi raya, sayalah yang akan memilih dan memakaikan butang baju Melayu ayah dan kini semua itu tinggal kenangan buat saya.

"Arwah pula seorang yang gemar mengusik dan sering menceriakan suasana di dalam rumah, jadi bila arwah tiada, kami memang terasa sunyi," jelas Fyza.

Menyentuh mengenai menu utama di pagi raya, Fyza berkata, memandangkan mereka orang Johor, oleh kerana itu, nasi beriani atau nasi minyak sering menjadi hidangan utama selain dari lemang dan rendang.

Bintang dalam ciptaan

Sementara itu, menyelak lembaran kariernya, nama Fyza Kadir mungkin masih samar dalam industri, namun wajah dan tubuh tinggi lampai yang dimilikinya sudah mula mencuri perhatian bukan sahaja pengarah, bahkan para peminat.

Biarpun baru dua tahun terlibat di dalam bidang lakonan, namun profil karier gadis berdarah campuran Melayu dan Malbari berusia 27 tahun ini boleh dibanggakan.

Mula menarik perhatian menerusi filem Nongkrong, filem kedua Fyza, Seram Sejuk, bakal menemui 16 Ogos ini.

"Syukur Alhamdulillah, dalam tempoh dua tahun, saya boleh tersenyum dengan graf tawaran lakonan saya. Namun ia bukan bermakna saya boleh menarik nafas lega, sebaliknya banyak lagi yang perlu saya pelajari," katanya.

Biarpun tidak mendapat publisiti meluas, Fyza telah pun membintangi lapan filem termasuk Pe3, 1 Lawan 1, Kisah Paling Gangster, Salam Cinta dan Ajiboy.

Berkongsi tentang penglibatannya dalam industri seni, Fyza berkata, semuanya bermula apabila dia menemani seorang kawan bertemu penulis skrip MIG Productions Sdn Bhd, Shariman Wahap.

"Abang Shariman meyakinkan saya bertemu David Teo. Walaupun pada mulanya tidak yakin kerana tidak mempunyai pengalaman, tapi ternyata ia bukan masalah besar buat saya," ujarnya.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...