Wednesday, August 15, 2012

Suami isteri maut motosikal dirempuh di Seremban

Suami isteri maut motosikal dirempuh
Mayat sepasang suami isteri terbaring di atas jalan selepas terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Ampangan-Lingkaran Tengah di sini awal pagi tadi.
SEREMBAN - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Muda Linggi berhampiran sebuah pasar raya, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa Lim Soon Chin dan isterinya Lai Lan Eng, masing-masing berumur 38 tahun, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata ketika kejadian mangsa yang menunggang sebuah motosikal dalam perjalanan dari arah bandar menghala ke Taman Dusun Nyior, dekat sini.

Katanya semasa melalui satu selekoh, motosikal mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dipandu seorang remaja berusia 19 tahun dari arah bertentangan.

"Akibat rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak hampir 10 meter di atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Abd Halil Hamzah yang mengesahkan perkara itu berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Katanya mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini, untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga.

sumber- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...