Thursday, October 11, 2012

Peniaga pasar malam rogol pelajar dipenjara 10 tahun

JOHOR BAHARU - Seorang peniaga pasar malam dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol seorang pelajar berusia 13 tahun, Ogos lepas.

Hakim Zamri Bakar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan terhadap Roslan Zakaria, 30, yang didakwa melakukan kesalahan itu dalam dua kejadian berasingan di tempat yang sama.

Bagi tuduhan pertama, Roslan yang berasal dari Padang Serai, Kedah, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor 200, Jalan Saujana, Plentong, di sini, pada kira-kira 12.30 tengah hari, 10 Ogos lepas.

Bagi tuduhan kedua, Roslan didakwa melakukan kesalahan sama pada waktu dan tempat yang sama pada 13 Ogos lepas.

budak sekolah kena rogol

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Zamri bagaimanapun, memerintahkan hukuman penjara tersebut dijalankan serentak mulai tarikh tangkapan pada 9 Sept lepas.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd Jaafar manakala Roslan tidak diwakili peguam.

sumber- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...