Thursday, October 11, 2012

Lelaki bawa pelbagai senjata ditahan di LAX

Yongda Huang Harris

LOS ANGELES: Seorang lelaki berusia 28 tahun yang menaiki pesawat dari Asia ditahan di bandar raya ini selepas dia didapati memakai baju kalis peluru dan membawa beberapa senjata, termasuk bom tangan asap, kata pihak berkuasa semalam.

Yongda Huang Harris, warga Amerika Syarikat berketurunan Cina menghadapi dakwaan membawa bahan berbahaya selepas dia ditahan oleh pengawal sempadan Jumaat lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX).

Harris yang tinggal di Jepun sejak kebelakangan ini dan menuju ke Boston memakai ves kalis peluru dan seluar panjang kalis api di dalam kot dipakainya,” kata kenyataan imigresen dan kastam AS (ICE). Siasatan lanjut bagasinya menemui ‘bom tangan asap piroteknik bersama kapak kecil, pisau, topeng gas, sut biobahaya dan beg mayat.

Ejen turut menemui tiga belantan bersalut kulit, alat pernafasan, gari kaki dan bahan untuk menghalau anjing, lapor afidavit pegawai Siasatan Keselamatan Dalam Negeri (HSI), sebuah unit ICE. 

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...