Thursday, October 11, 2012

Bawa bangkai haiwan sertai tunjuk perasaan

Animal Liberation Victoria ALV

MELBOURNE: Kira-kira 100 aktivis yang membawa bangkai haiwan berhimpun di tengah bandar raya ini kerana membantah keganasan dan pengabaian terhadap binatang.

Penunjuk perasaan dari kumpulan Pembebasan Haiwan Victoria (ALV), membawa bersama mereka bangkai biri-biri, babi, kanggaru, ayam, ikan, itik dan spesies haiwan lain berharap untuk menarik perhatian terhadap ‘penderitaan tersembunyi haiwan di Australia dan di seluruh dunia.’ Bangkai haiwan berkenaan ditemui pasukan penyelamat ALV di luar kilang, kandang atau dilanggar kenderaan dan dibiarkan mati, kata pertubuhan itu.

Menurut ALV, layanan kejam terhadap binatang adalah satu daripada isu terbesar ketidakadilan di dunia. Kumpulan itu juga berkata, kekejaman dan pengabaian terhadap berbilion haiwan juga berlaku di Sepanyol, Chile, Perancis, Jerman dan Peru.

“Tujuan kami di sini hari ini ialah untuk menarik perhatian kepada hakikat bahawa manusia bertanggungjawab terhadap pembunuhan 64 bilion haiwan darat di seluruh dunia setiap tahun dan antara satu hingga tiga trilion haiwan laut.

“Seperti kita, haiwan ini mempunyai minat untuk hidup dan tidak menderita dan kita tidak boleh membiarkan minat mereka hanya kerana mereka bukan di kalangan spesies kita,” kata penyelaras kempen ALV, Noah Hannibal. 

sumber- DM

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...