Sunday, October 7, 2012

Ngeri! Mangsa bunuh dijadikan barbeku dan kari

kari daging manusia
gambar ketiga-tiga suspek
TOKYO: Tiga lelaki yang dipercayai memanggang dan memasak kari daging mangsa pembunuhan mereka ditahan oleh pihak berkuasa Jepun.

Ketiga-tiga mereka dikatakan menggunakan tukul untuk mengoyakkan badan Kazuyuki Kobayashi, sebelum memanggang bahagian badannya dan membuang di sebuah gunung di luar bandar Jepun, lapor jurucakap polis.

Dua daripada suspek telah mengaku salah dengan dakwaan memasak kari daging Kobayashi bagi menghilangkan bau dari mayat mangsa.

Tasuku Shimaoka, 34, Keita Yoshida, 30, dan Koji Kawamura, 40, ditahan minggu lepas atas tuduhan menghapuskan mayat Kobayashi. Kazuyuki Kobayashi telah dilaporkan hilang kira-kira tiga tahun lalu, kata jurucakap polis.

Kazuyuki Kobayashi
Kazuyuki Kobayashi, mangsa pembunuhan kejam
Media turut melaporkan mayat Kobayashi telah disimpan di dalam peti sejuk sebuah gudang di Tokyo sebelum dibawa ke Niigata di Utara Jepun.

"Suspek berkomplot antara Julai dan Ogos 2011 dan menggunakan objek seperti tukul untuk menghapuskannya (mayat Kobayashi). Mereka kemudiannya memanggang barbeku mayat tersebut." kata jurucakap itu.

"Mereka kemudiannya membuang mayat Kobayashi di gunung," katanya, tanpa mengulas lanjut.

Laporan tempatan mengatakan terdapat masalah kewangan diantara mereka.

Yoshida telah mengakui setiap pertuduhan, Kawamura telah mengaku separuh daripadanya, manakala Shimaoka mengekalkan pengakuan tidak bersalah, kata jurucakap polis. 

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...