Sunday, December 9, 2012

Kehangatan Nintendo Wii U di Jepun

TOKYO - Ratusan pembeli beratur di kedai elektronik di seluruh Jepun bagi mendapatkan permainan konsol Nintendo Co Ltd, Wii U yang baru dilancarkan di Jepun, semalam.

Media tempatan melaporkan, kira-kira 100 pelanggan menunggu di luar kedai elektronik terbesar Jepun, Bic Camera di daerah komersial Ikebukuro, Tokyo sebelum ia dibuka pada jam 8 pagi.

Nintendo Wii U
Orang ramai sanggup beratur awal pagi untuk mendapatkan permainan konsol Nintendo Wii U di kedai elektronik terbesar Bic Camera di Tokyo, Jepun.
Seorang pelajar berusia 24 tahun sanggup menunggu semalaman semata-mata untuk menjadi pembeli pertama Wii U di Tokyo.

“Saya sudah menempah satu unit. Saya sanggup beratur panjang bagi merasai suasana ketika ini. Saya mahu pulang segera ke rumah untuk bermain permainan ini,” katanya.

Syarikat elektronik terbesar Jepun itu, sudah berjaya memasarkan permainan videonya itu di Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Australia.

Lebih 425,000 unit baru sudah dijual pada minggu pertama selepas ia dilancarkan di pasaran AS pada 18 November lalu.

Keseluruhannya, sebanyak 97 juta unit peranti konsol Wii U sudah dijual di seluruh dunia sejak dilancarkan pada 2006. 

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...