Taman Selasih, Daerah Kulim, Kedah darul Aman - Tiada siapa yang
menyangka bahawa kebanyakan kawasan taman perumahan di sini adalah
merupakan hutan 'tempat jin bertendang' dan menjadi tempat persembunyian
komunis.
Bagi penduduk asal di sini yang berusia 60 hingga 70 tahun, mereka tidak
menafikan bahawa sekitar tahun 40-an, banyak 'benda' telah ditanam di
tengah hutan bagi tujuan perubatan dan menghalau makhluk halus yang
merasuk.
Jalan pintas yang menghubungkan Taman Saga ke Taman Rhu adalah laluan
yaang masih digunakan sehingga kini. Beberapa orang saksi telah mendakwa
yang mereka pernah ternampak lembaga putih sedang terbang atau
bertenggek di atas dahan pokok di sepanjang jalan tersebut.
Salah seorang di antara mereka adalah En.Hirmin Osman, seorang ahli
Skuad Rondaan Sukarela (SRS) Taman Selasih. Beliau tersua dengan lembaga
putih itu sekitar jam 3.30 pagi semasa membuat rondaan pencegahan
jenayah dan lembaga itu dilihat sedang terbang seiringan dengannya dalam
anggaran jarak lapan meter sahaja.
Kata En.Hirmin, "Ketika itu, saya hanya mendiamkan diri dan terus
menunggang motosikal sehingga tiba di Taman Rhu dan seterusnya
menggunakan jalan lain untuk ke Taman Selasih. Apabila tiba di rumah,
badan saya terasa panas seperti hendak demam. Saya memang nampak lembaga
putih itu terbang dengan jelas"
Seorang lagi saksi yang ditemuramah adalah Mr.Ravindran Rao, seorang
pekerja industri. Semasa beliau pulang lewat daripada tempat kerja,
beliau terasa motosikal yang ditunggangnya agak berat, tetapi beliau
terus menunggang tanpa sebarang prasangka buruk. Baginya, mungkin
motosikalnya yang bermasalah.
Kemudian, dengan tiba-tiba motosikalnya terasa kembali ringan seperti
biasa disertai dengan deruan angin dibelakangnya seperti sesuatu
bergerak dengan pantas dari tempat duduk belakang. Beliau ternampak
kelibat sesuatu sedang terbang ke atas dan terus mendongak.
Setelah diperhatikan dengan teliti, kelihatan satu lembaga putih di atas
dahan pokok. Beliau tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terjatuh
bersama motosikalnya kerana ketakutan.
Terang beliau, "Keanehan yang sering diperkatakan oleh penduduk setempat
tentang lorong puaka itu memang benar-benar berlaku dan saya sendiri
telah mengalaminya. Pada hari kejadian, saya balik lewat kerana bekerja
lebih masa. Jika menggunakan jalan biasa, saya akan lebih lewat lagi
tiba di rumah. Oleh itu, saya menggunakan lorong puaka tersebut sebagai
jalan pintas"
"Selepas kemalangan itu, saya tidak sedarkan diri dan selepas itu baru
saya bertanya kepada keluarga. Mereka menyatakan yang saya berkelakuan
aneh seperti ketawa seorang diri dan makan dengan gelojoh. Mereka
kemudiannya mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan tradisional
India untuk memulihkan saya"
sumber-CelapakIT
sumber-CelapakIT
0 comments:
Post a Comment