KULIM - Hasrat seorang lelaki berusia 20-an untuk meraikan sambutan Deepavali bersama keluarga yang tinggal di Lunas tidak kesampaian apabila mangsa terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.
Saksi di tempat kejadian berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 datang dari arah jalan Sungai Limau menuju ke Paya Besar.
Menurutnya, tiba di tempat kejadian sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu seorang guru ingin membelok ke kanan, manakala mangsa tidak sempat membrek kemudiannya merempuh bahagian belakang kereta terlibat.
Mangsa mengalami kecederaan parah. |
"Mangsa yang ketika itu berada di belakang kereta terlibat cuba memotong tetapi tidak lepas,” katanya.
Menurutnya, akibat rempuhan kuat, mangsa mengalami kecederaan parah di muka, kepala dan badan dan dikejarkan ke Hospital Kulim dengan ambulans.
Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya memandu berhati-hati sepanjang cuti perayaan Deepavali.
“Pandu ikut arahan ditetapkan dan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya. Jangan sesekali memandu laju atau dalam keadaan mabuk. Dengan cara ini kadar kemalangan dapat di kurangkan,” katanya.
sumber- Sinar
0 comments:
Post a Comment