Tuesday, November 13, 2012

Pelancong berenang di Venice akibat banjir

VENICE, Itali - Sekumpulan pelancong dilihat berenang di sekitar Dataran St. Mark yang ditenggelami air akibat banjir, kelmarin.

Cuaca buruk melanda bahagian utara dan tengah Itali dengan menyebabkan 200 penduduk meninggalkan kediaman mereka di Tuscany.

Menurut pihak berkuasa Venice, deretan kedai, kawasan kediaman dan tempat bersejarah telah dipenuhi dengan air.

Venice banjir
DUA orang berenang di Dataran St. Mark, Venice kelmarin.
Kira-kira 70 peratus kawasan tepi pantai turut terjejas.

Paras air dilaporkan mencecah sehingga 149 sentimeter yang merupakan tahap keenam tertinggi yang pernah direkodkan sejak tahun 1872.

Sehingga semalam, hampir tiga suku Venice dipenuhi dengan air.

Setakat ini tiada sebarang anggaran kemusnahan didedahkan kepada media.

Di Tuscany, hujan yang turun tanpa henti selama empat jam telah mengakibatkan Sungai Ricortola dan Parmignola melimpah.

"Ia merupakan banjir terburuk yang pernah berlaku di kawasan itu," ujar Datuk Bandar Massa Carrara, Roberto Pucci.

"Saya melihat sekurang-kurangnya enam jambatan musnah di kawasan bukit, banjir di kebanyakan kawasan, tanah runtuh dan ladang anggur serta kebun zaitun turut musnah. Jika tiada nyawa yang terkorban, ia ibarat suatu keajaiban," katanya. 

sumber- Reuters

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...