Monday, July 23, 2012

Guna sijil MC tipu pensyarah

semakan keputusan ipta
SALAH sebuah klinik yang dikenal pasti menjual sijil cuti sakit kepada pelajar di Ipoh, Perak.
IPOH – Sebuah klinik swasta di sini dikenal pasti menjual sijil cuti sakit (MC) kepada pelajar dari beberapa buah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang sengaja tidak mahu menghadiri kuliah atau peperiksaan pada hari yang ditetapkan.

Lebih menyedihkan, pelajar terbabit boleh mendapatkan sijil MC palsu bagi menghalalkan tindakan mereka ponteng kuliah dan peperiksaan dengan bayaran RM5.

Tempoh ‘sah laku’ sijil itu ialah sehari.

Masalah tersebut dikesan oleh pensyarah di salah sebuah IPT di sini yang mendapati 80 peratus daripada sijil MC itu diperoleh dari klinik sama.

Berikutan itu, kata pensyarah yang enggan namanya disiarkan berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk tidak menerima sijil MC dari klinik terbabit.

“Jika seorang dua pelajar menghantar sijil MC dari klinik yang sama, ia mungkin satu kebetulan.

“Tetapi hampir 80 peratus daripada puluhan MC yang diterima adalah dari klinik yang sama, jadi kami syak ada sesuatu yang tidak kena,” dedahnya kepada Kosmo! di sini.

sumber- Kosmo

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...