Monday, July 23, 2012

Beli Kereta Dengan Duit Syiling Seberat 300Kg


Seorang lelaki di Kota Xianyang China membeli sebuah kereta dengan menggunakan duit syiling seberat 300kg. Dia membawa duit syiling sebanyak 60 ribu Yuan ke sebuah pusat penjualan kereta yang terletak di  Provinsi Shaanxi, China.

Lelaki itu merupakan seorang peniaga tepung. Dia mengangkut syilingnya yang dikumpul dalam 7 guni tepung dengan menggunakan kereta untuk sampai ke situ. Dealer kereta yang bekerja di situ menghadapi kesukaran untuk mencari bank yang menerima syiling, akhirnya terdapat sebuah bank yang menerima syiling-syiling tersebut.

Lelaki itu tidak dapat membawa pulang kereta idamannya pada hari tersebut kerana pihak bank masih mengira kesemua duit syilingnya yang telah dikumpul selama 10 tahun dari hasil penjualan tepung.

1 comment:

  1. lebih kurang macam kes kat tempat Jal kerja lah nak isi minyak RM170, tapi bagi duit syiling hahah jenuh nak kiranya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...