Monday, October 22, 2012

Doktor cabul budak lelaki di kliniknya

JOHOR BAHRU - Polis hari ini menahan seorang doktor sebuah klinik swasta di sini kerana dipercayai mencabul seorang budak lelaki berumur 12 tahun di kliniknya itu, dua hari lepas.
   
Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata doktor lelaki berusia 40 tahun dan masih bujang itu ditahan di kliniknya pada kira-kira 1 tengah hari ini selepas bapa budak lelaki itu membuat laporan polis semalam.
   
Katanya bapa budak lelaki itu mengesyaki sesuatu berlaku ke atas anaknya selepas melihat anaknya memiliki sebuah telefon bimbit yang didakwa diberikan oleh doktor itu.

doktor cabul budak lelaki

"Siasatan awal mempercayai doktor itu mengumpan kanak-anak tersebut ke dalam kliniknya dengan memberikan telefon bimbit jenis Samsung Galaxy Ace sebelum mencabul," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, di sini, hari ini.
   
Katanya budak lelaki itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk pemeriksaan.
  
Sementara itu, Noor Hashim berkata polis berjaya menumpaskan kumpulan 'Nara' yang terlibat dengan kegiatan samun di sekitar bandar raya ini selepas menahan enam lelaki sejak hujung September lepas.
   
Katanya seorang daripada anggota kumpulan itu ditahan di Jalan Sui Koon, di pusat bandar ini kira-kira pukul 10 malam, 28 September lepas manakala lima yang lain ditahan di kawasan Kangkar Pulai, Taman Universiti dan Skudai Villa pada Khamis dan Jumaat lepas.
   
"Polis merampas pelbagai senjata dan barangan samun termasuk sebuah kereta Nissan Sentra, sebuah motosikal jenis Honda Wave, wang tunai RM1,584, lapan telefon bimbit pelbagai jenama, dua jam tangan, dua beg galas, topi keledar, kapak, rotan, batu pengasah serta cable tight yang dipercayai digunakan bagi mengikat mangsa," katanya.
   
Beliau berkata kesemua lelaki terbabit berumur 20 hingga 42 tahun, mengaku terlibat dengan tujuh kes samun dengan dua daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu. 

sumber- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...