Sunday, February 24, 2013

Ibu didakwa kerana membalut pita pelekat di kepala anak

Seorang ibu yang menghantar mesej teks bersama gambar anaknya yang dibaluti pita pelekat menegaskan dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

Ibu didakwa kerana membalut pita pelekat di kepala anak

Tiffany Ennis, 31, dari Sandusky, Ohio, tidak mengaku salah atas dua pertuduhan membahayakan kanak-kanak.

Ennis didakwa membaluti pita pelekat disekitar dahi, mata, dan mulut anaknya yang berusia lapan tahun. Gambar itu dihantar kepada ayah kanak-kanak tersebut, Rudy Yado, yang kemudiannya membuat laporan polis.

Ennis memberitahu polis bahawa dia serta rakan dan anak-anak mereka membalutkan pita pelekat di keseluruhan mata dan mulut anaknya kerana ianya melucukan.

Ennis turut melakukan perbuatan yang sama terhadap budak perempuan berusia 11 tahun. Berdasarkan laporan polis, Ennis mengatakan kedua-dua kanak-kanak ini tidak sakit malah langsung tidak meninggalkan sebarang kesan. Ennis tidak berniat untuk menyakiti mereka dan hanya bergurau.

Ibu didakwa kerana membalut pita pelekat di kepala anak

Detektif Sarjan Dana Newell dari Jabatan Polis Sandusky memberitahu media, dia bersama pegawai dari Erie County Child Services telah pergi ke rumah Ennis pada 19 Februari lalu untuk memeriksa keadaan kanak-kanak tersebut.

Setelah menyiasat dari aduan yang dikemukakan, Ennis ditahan atas kesalahan membalut pita pelekat di kepala dan mata kanak-kanak. Dia dijangkakan dibebaskan semula sebelum 30 Mei depan.

Detektif Sarjan Newell tidak dapat mengesahkan sama ada kanak-kanak tersebut masih mendapat hak dibawah penjagaan ibunya atau tidak.

1 comment:

  1. rasa mcm bergurau je tu kot kan. sbb sy pn balut salotep kat kepala kawan jgak. hehehe ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...