Tuesday, February 26, 2013

Video lucu: Lelaki tidak berpakaian terkunci di luar bilik hotel

Adegan sebegini mungkin pernah disaksikan dalam salah sebuah sketsa kesukaan ramai, Mr. Bean. Namun kali ini ianya benar-benar terjadi. Seorang lelaki yang langsung tidak berpakaian telah terkunci di hadapan pintu bilik hotelnya selepas meletakkan pinggan yang telah digunakan di situ.

Video lucu Lelaki tidak berpakaian terkunci di luar bilik hotel

Lebih memalukan, dia terpaksa berlegar dengan keadaan sebegitu untuk mendapatkan pertolongan di kaunter penyambut tetamu. Kamera CCTV yang terpasang di setiap sudut hotel telah merakamkan telatah lelaki tersebut. Pada akhir video ini, terdapat perbualan melucukan antara lelaki tersebut dan juga penyambut tetamu.

"Saya terkunci di luar bilik," kata lelaki malang tersebut kepada seorang penyambut tetamu wanita. Lalu penyambut tetamu wanita tersebut memanggil seorang penyambut tetamu lelaki bagi menguruskannya.

Lelaki malang: "Saya perlukan kunci."
Penyambut tetamu: "Baiklah, apakah nombor bilik encik?"
Lelaki malang: "208."
Penyambut tetamu: "Boleh berikan pengenalan diri?"
Lelaki malang: "Saya tidak memakai sebarang pakaian."
Penyambut tetamu: "Saya hanya perlu melihat lesen memandu encik."
Lelaki malang: "Bagaimana saya mempunyai lesen memandu sedangkan saya dalam berkeadaan langsung tidak berpakaian?"

Video ini telah ditapis sebaik mungkin bagi disesuaikan untuk tontonan semua.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...