Wednesday, September 5, 2012

42 askar kanak-kanak dilucut jawatan


YANGON - 42 askar kanak-kanak dibenarkan keluar daripada tentera, semalam selepas Myanmar menandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk tidak merekrut tentera di bawah umur.

Akhbar tempatan New Light of Myamar melaporkan, kesemua kanak-kanak terbabit dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing yang menunggu mereka di Yangon.

Perjanjian yang dimeterai pada Jun lalu itu merupakan sebahagian usaha pembaharuan kerajaan Myanmar untuk membersihkan imej buruk yang dipamerkan oleh pemerintahan junta tentera sebelum ini. 

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...