BEIJING - Seekor kerbau terjatuh ke dalam sebuah perigi di daerah Cangnan, wilayah Zhejiang, timur China kelmarin.
Beberapa anggota bomba dan petani kemudian menyelamatkan kerbau itu yang mempunyai berat lebih 200 kilogram.
![]()  | 
| BEBERAPA anggota bomba dan petani menarik seekor kerbau yang terjatuh ke dalam perigi dengan menggunakan tali di daerah Cangnan, Zhejiang kelmarin. | 
Haiwan itu terjatuh ke dalam perigi semasa ia meragut rumput.
Pemilik kerbau tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Wang meminta bantuan anggota bomba bagi menyelamatkan haiwannya itu.
sumber- Agensi






 
 
kerbau belum mandi setahun,terjunlah..
ReplyDelete