Thursday, October 18, 2012

Bumbung banglo runtuh, satu maut 3 masih perangkap

SHAH ALAM - Seorang pekerja ubah suai rumah maut manakala empat cedera dan tiga lagi terperangkap selepas bumbung banglo di Seksyen 7 di sini, yang masih dalam proses pengubahsuaian, runtuh kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Empat yang cedera termasuk seorang dikatakan terputus kaki telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.

Kesemua mangsa merupakan pekerja dari Indonesia, berusia dalam lingkungan 30-an.

Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5, Seksyen 7, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

banglo runtuh
Pemandangan di kawasan bumbung rumah banglo runtuh.
Mangsa dikeluarkan secara berperingkat sejak jam 4.50 petang tadi dengan bantuan bomba. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Jurucakap polis berkata, kesemua mangsa yang terperangkap masih hidup kerana ada kedengaran suara meminta bantuan.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ketika kejadian beliau sedang membaca akhbar dan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah depan rumahnya.

“Mula-mula saya lihat tidak serius, hanya debu sahaja kelihatan. Tetapi setelah melihat bumbung rumah tersebut runtuh.

“Saya terus hubungi bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk maklumkan kejadian,” katanya ketika ditemui  di lokasi kejadian.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...