MUAR – Seorang guru besar sebuah sekolah agama di sini terpaksa menahan kesakitan selama 20 minit akibat tersepit dalam kereta dipandunya sebelum meninggal dunia dalam kemalangan di Batu 16, Jalan Bakri-Air Hitam dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, Mukinah Warno, 52, yang baru beberapa bulan bertugas sebagai Guru Besar Sekolah Agama Bukit Naning baru meninggalkan sekolahnya selepas tamat sesi persekolahan pada hari tersebut.
KERETA Perodua Kancil dan treler yang bertembung di Batu 16, Jalan Bakri-Air Hitam, Muar kelmarin. |
Mangsa yang memandu kereta Perodua Kancil dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu 17 namun tiba di tempat kejadian, Mukinah dikatakan terlelap menyebabkan keretanya terbabas masuk ke laluan bertentangan.
sumber- Kosmo
sumber- Kosmo
0 comments:
Post a Comment