Thursday, October 18, 2012

Penerima wajah kini boleh berus gigi, bercukur

Richard Lee Norris

ANNAPOLIS: Tujuh bulan selepas menjalani pembedahan, wajah baru Richard Lee Norris dipamerkan kepada umum, lengkap dengan muka, gigi, lidah dan dagunya, semalam.

Norris, 37, adalah pesakit pemindahan wajah paling meluas pernah dijalankan setakat ini.

Dia mengalami kecederaan parah akibat kemalangan membabitkan senjata api pada 1997.

Selama 15 tahun, Norris terpaksa menyembunyikan wajahnya di sebalik topeng dan keluar dari rumahnya di Hillsville, Virginia, ketika malam.

Selepas menjalani pembedahan 36 jam di Pusat Perubatan Universiti Maryland tujuh bulan lalu, Norris kini mampu merasai wajah sendiri, selain dapat memberus gigi serta bercukur. Deria menghidunya juga pulih walaupun ia terjejas selepas dia menembak mukanya pada 1997.

Insiden itu menyebabkan Norris hilang hidung, bibir dan hampir semua kemampuan menggerakkan mulutnya. 

sumber- DM

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...