Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, March 3, 2013

Kolam renang yang menjimatkan ruang kediaman

Hydrofloors merupakan rekaan kolam renang dengan lantai yang boleh bergerak. Ianya kelihatan seperti kolam renang biasa. Namun apabila kolam tidak mahu digunakan, pemilik Hydrofloors hanya perlu menekan satu butang dan lantai akan naik secara perlahan-lahan sehinggalah ianya rata tanpa sebarang takungan air. Secara tidak langsung ianya menjimatkan ruang kediaman. Tambahan pula kolam renang bukanlah digunakan 24 jam dan hanya digunakan untuk beriadah pada masa tertentu sahaja.

Dengan menekan butang lainnya, lantai tersebut akan turun ke bawah dan air akan memenuhi takungan kolam. Pemiliknya juga boleh menentukan sedalam mana kolam yang dimahukan. Justeru ianya juga sesuai untuk kegunaan kanak-kanak.

Ulat beluncas kering dirampas di lapangan terbang

Seorang penumpang berusia 22 tahun telah membawa masuk 207 paun ulat beluncas kering ke Lapangan Terbang Gatwick London memberitahu pihak berkuasa kastam bahawa serangga tersebut adalah untuk kegunaannya sendiri.

Ulat beluncas kering dirampas di lapangan terbang

Penumpang yang dikatakan telah meneruskan perjalanan dari Istanbul ke Burkina Faso tersebut terpaksa menyerahkan kesemua ulat beluncas yang dibawanya untuk rampasan.

"Saya ingin memberi amaran bahawa pelancong tidak dibenarkan untuk membawa masuk sebarang produk yang berasaskan haiwan ke UK tanpa sebarang kebenaran," kata seorang pegawai persempadanan, Ingrid Smith.

Lelaki tersebut bukanlah satu-satunya individu yang mempunyai selera pelik dengan memakan ulat beluncas. Pada Selasa lalu, pemeriksa kesihatan Perancis telah menemui sebuah restoran Paris yang menyediakan masakan ulat beluncas rebus.

Banduan bersembunyi dalam bagasi

Penjara di Venezuela telah menyekat pelawat dari membawa masuk bagasi setelah pengawal berjaya mengesan seorang banduan yang cuba melarikan diri dengan bersembunyi di dalam bagasi yang dibawa oleh teman wanitanya.

Banduan bersembunyi dalam bagasi

Gavinson Garcia yang ditahan atas kesalahan membunuh, telah bersembunyi di dalam bagasi yang berketinggian kira-kira 5 kaki 3 inci dalam cubaan melarikan diri. Bagasi tersebut dibawa oleh teman wanitanya, Susana Blanco, ke penjara Yare II yang terletak di Caracas, Ahad lalu.

Namun rancangan mereka gagal apabila pengawal mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena setelah Blanco, 22, begitu sukar membawa bagasi berodanya ke pagar penjara. Setelah dibuka, mereka menjumpai Garcia dalam keadaan separuh tidak berpakaian bersembunyi di dalam bagasi tersebut.

Kebiasaannya, sebarang beg atau bagasi yang dibawa hanya digeledah semasa pelawat masuk dan tidak akan digeledah semula ketika meninggalkan penjara.

Leftenan Kolonel  Rafael Rodríguez berkata, Blanco telah menerima bayaran kira-kira $1,100 untuk melibat diri dalam kejadian ini. Garcia juga dipercayai membayar kira-kira $3,175 kepada beberapa banduan untuk membantunya bagi melarikan diri.

"Wanita tersebut mengheret bagasi berwarna hitam, namun tindak-tanduknya mencurigakan pengawal," kata Rodriguez.

Lelaki pecah rumah dan paksa mangsa memasak

Polis dari Santa Ana memburu seorang lelaki yang dipercayai sering melakukan aktiviti pecah rumah di sebuah kawasan kejiranan. Dalam satu insiden, lelaki tersebut turut menjadikan seorang wanita sebagai tawanan dan memaksanya untuk memasak.

suspek polis

Polis mengatakan, lelaki ini telah memecah masuk sebuah pangsapuri di Lyon Street pada Isnin lalu kira-kira pukul 7 pagi. Dia sempat mencuri wang sebanyak $100 dari beg tangan seorang wanita yang sedang tidur.

Sehari kemudian, dia kembali ke sebuah pangsapuri berlainan dan memecah masuk melalui tingkap. Dia terpaksa berhadapan dengan seorang penghuni wanita. Dalam kejadian ini, dia menangkap dan menjadikan mangsa sebagai tebusan selama dua hingga tiga jam.

Suspek memberitahu wanita itu bahawa dia tidak akan mengapa-apakannya dan hanya mahu dimasakkan makanan untuknya. Selepas disediakan makanan seperti mana yang dimahukan, suspek menemui kamera di rumah mangsa dan mula menangkap gambar mangsa. Dia mengatakan wanita tersebut kelihatan cantik. Suspek juga sempat memujuk mangsa untuk mandi dan tidur bersama tetapi ditolak.

Polis mengatakan, ketika kejadian, kemungkinan besar suspek sedang khayal dibawah pengaruh dadah. Wanita tersebut telah berjaya memujuk suspek untuk pergi dan dia akhirnya melarikan diri menaiki sebuah basikal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...