Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, July 19, 2012

Terpaksa mengasuh adik di sekolah kerana kesempitan hidup


Gambar ini mencerminkan satu kehidupan di wilayah Hunan di China.

Mengikut laporan media, apa yang dilihat ini bukanlah sesuatu yang ganjil di wilayah berkenaan atau di seluruh negara itu  sendiri.

Sudah menjadi satu amalan yang diterima di negara China untuk salah seorang ahli keluarga yang bersekolah membawa bersama ahli  keluarganya yang lain.

Pihak sekolah mahupun kerajaan negara komunis itu tidak mampu untuk menghalang perkara tersebut.


Ini kerana, ibu bapa murid seperti dalam gambar tersebut terpaksa berkerja untuk menyara keluarga. Seorang abang atau kakak yang ingin bersekolah terpaksa membawa adik mereka bersama kerana keluarga mereka tidak mampu untuk mengupah pengasuh.

Walaupun data dan statistik menunjukkan China sebagai negara ekonomi kedua terbesar dunia, namun hakikatnya rata-rata penduduknya yang  berjumlah 1.3 bilion hidup dalam kemiskinan tegar.

Secara purata, bangsa cina yang tinggal di negara asing adalah lebih mewah berbanding yang tinggal di negara asal mereka.


Sorok barang dalam kain

Sorok barang dalam kain
Rakaman CCTV menunjukkan suspek wanita memasukkan barang yang dicuri ke dalam kain.
PARIT BUNTAR, Buntar - Sebuah pasar raya di sini mengalami kerugian RM2,000 setelah sebahagian barang runcit premis itu dicuri sekumpulan individu disyaki warga asing secara terancang, minggu lalu.

Penyelia pasar raya yang hanya ingin dikenali sebagai Eau berkata, kejadian berlaku pada 13 Julai lalu sekitar jam 7.30 malam apabila empat lelaki dan tiga wanita melarikan tiga beg berisi pewangi kenderaan, barangan makanan dan lampin pakai buang setelah berlagak seperti pelanggan kedai.

Menurutnya, kesemua suspek didapati memasuki premis pasar raya itu secara serentak setelah dihantar seorang individu lain dengan menggunakan sebuah kereta.

"Kesemua suspek masuk ke dalam kedai secara berpisah dan memenuhkan raga dengan barangan runcit sebelum berkumpul di suatu penjuru kedai yang terlindung daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memasukkan barang ke dalam beg.

"Berdasarkan siasatan kamera CCTV, kami mendapati terdapat seorang wanita yang bertindak memantau pergerakan pekerja kedai dan jika ada kakitangan kami meluru ke arah mereka, wanita terbabit terus berpura-pura bertanyakan barang untuk mengalih perhatian," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Kata Eau, keadaan kedai yang dipenuhi pelanggan menyebabkan pihaknya tidak menyedari perbuatan licik kumpulan itu dan lebih mengejutkan, rakaman CCTV mendapati mereka menyembunyikan satu beg barangan yang dicuri di dalam kain salah seorang suspek wanita.

Jelasnya, ketika kejadian, dia sedang dalam waktu rehat dan percaya perbuatan itu dilakukan setelah ketiadaannya.

"Rakaman CCTV jelas menunjukkan mereka memasukkan beg berisi barang dicuri ke dalam kain salah seorang suspek.

"Dua lagi beg dilarikan seorang suspek wanita tidak bertudung manakala suspek lain beredar dari kedai sebaik sahaja menerima panggilan telefon kira-kira 15 minit kemudian," katanya.

Eau berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Parit Buntar pada malam kejadian dan pihak mengesyaki kes kecurian itu dilakukan oleh satu sindiket curi barang runcit.

"Saya turut mendapat maklumat kejadian sama berlaku di sebuah pasar raya berdekatan sehari selepas itu dan percaya sindiket ini terdiri daripada penjenayah profesional," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi, mengesahkan laporan kes kecurian itu dan menegaskan perkara itu masih dalam siasatan.

sumber- Sinar

Perodua lancar versi Alza Advanced baru

Perodua lancar versi Alza Advanced baru
Versi Alza Advanced baru hanya terdapat dalam transmisi automatik yang turut didatangkan dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan ungu
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) optimis menjual 350 sehingga 400 unit sebulan bagi model terbaru versi Alza Advanced yang baru diperkenalkan.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid berkata, model terbaru ini disasarkan kepada keluarga muda dan golongan muda.

"Versi terbaru ini didatangkan dengan sistem skrin sentuh terbina dengan navigasi, kamera undur belakang, reka bentuk tempat duduk kulit dan tikar gegelung PVC.

"Selain itu, bagi sistem multimedia turut didatangkan dengan aplikasi Yellow Pages dan TM WiFi Hotspot sebagai nilai tambah kepada pelanggan,"

katanya selepas pengumuman penilaian prestasi syarikat suku pertama tahun ini, sekali gus melancarkan model baru versi

Alza Advanced menggantikan Alza Advanced sedia ada, di Kuala Lumpur, semalam.

Versi Alza Advanced baru hanya terdapat dalam transmisi automatik sahaja, turut didatangkan dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan ungu

sumber- Sinar

Berguling tangan terikat

CARI BUKTI...Arjunaidi (kiri) bersama pegawainya memeriksa kawasan sekitar rumah isteri pertama Megat Junid, semalam.
CARI BUKTI...Arjunaidi (kiri) bersama pegawainya memeriksa kawasan sekitar rumah isteri pertama Megat Junid, semalam. 
BEGINI...Mustafa menunjukkan cara dia diikat tiga penyamun.
BEGINI...Mustafa menunjukkan cara dia diikat tiga penyamun.
PETALING JAYA: "Saya terpaksa berguling ke pintu pagar depan sebelum mematahkan anak pokok buluh dan menggunakannya untuk menarik perhatian orang yang lalu-lalang," kata Mustafa Md Nor, pengawal keselamatan rumah bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Mustafa, 63, menceritakan kejadian diikat tiga penyamun yang menceroboh kediaman dua tingkat itu di SS7, Kelana Jaya, di sini, jam 5.40 pagi semalam.

Tiga lelaki dipercayai warga asing bersenjatakan pemutar skru dan pemotong besi dikatakan memanjat pagar sebelum menyerang dan mengikat tangan serta kaki pengawal keselamatan berusia 63 tahun itu dengan wayar.

Ketika itu, rumah itu hanya didiami isteri pertama Megat Junid, Puan Sri Faeizah Shuaib, 67, dan seorang amah warga Indonesia berusia 40-an serta Mustafa yang bertugas di luar.

Menurut Mustafa, ketika kejadian, dia meronda di kawasan belakang rumah apabila terserempak tiga penyamun terbabit.

sumber- HMetro

Bergelut demi maruah

TRAUMA...mangsa menceritakan pengalaman diculik dan dicabul sekumpulan lelaki.
TRAUMA...mangsa menceritakan pengalaman diculik dan dicabul sekumpulan lelaki.
KUALA LUMPUR: “Saya melihat rakan tergolek di jalan sebaik dicampak keluar dari kereta. Pada masa sama, tiga lelaki dalam kereta itu enggan melepaskan saya sebaliknya meraba seluruh badan dan memujuk saya melakukan perkara tidak senonoh.

"Demi mempertahankan maruah, saya memberanikan diri bergelut sebelum nekad terjun dari kereta yang sedang bergerak agak laju meninggalkan kawasan sekolah," kata pelajar yang mahu dikenali Nor Asmira, 13.

Asmira, seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Kajang, di sini, berkata demikian ketika menceritakan pengalaman dia dan rakannya ‘diculik’ sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika makan di taman permainan di hadapan sekolahnya itu dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, kelmarin.

Ketika kejadian, dia dan rakan sekelasnya menjamah makanan di taman berhadapan sekolah.

"Kami dikepung sekumpulan 15 lelaki tidak dikenali yang mengajak kami mengikut mereka bersiar-siar dan berjanji menghantar pulang selepas itu," katanya.

sumber- HMetro

Jadi bodoh disihir isteri

MANGSA...Sufian menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
MANGSA...Sufian menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KUALA LUMPUR: Tergoda kejelitaan dan janji indah seorang ahli perniagaan dari Indonesia, seorang lelaki tempatan meninggalkan isteri dan anak-anaknya untuk berkahwin dengan wanita itu sebelum wang tunai dan rumahnya yang keseluruhannya bernilai RM850,000 dikikis perlahan-lahan.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Sufian, 45, berkata kebahagiaan dikecapinya apabila berkahwin dengan Talya, 35, hanya untuk beberapa bulan sebelum dia bertukar pak turut dan diperlakukan seperti hamba.

"Malah, saya selalu dicaci serta dipukul hingga saya pernah cuba membunuh diri sebelum diselamatkan," katanya ketika ditemui.

Sufian, percaya dia bertukar bodoh, dayus dan penakut disebabkan perbuatan sihir Talya selepas menemui beberapa bukti menjurus ke arah itu.

Kini, selepas berjaya meloloskan diri daripada cengkaman Yalya, baru Sufian sedar bahagia yang diimpikannya umpan ke neraka dunia.

sumber- HMetro

Pegawai polis mengamuk di Seremban 2 sudah ditahan

Rakaman CCTV menunjukkan pegawai polis menyerang dua pekerja hotel di Seremban 2, kelmarin
SEREMBAN- Polis sedang menyiasat tindakan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang menyerang dua pekerja hotel serta merosakkan beberapa kenderaan di Seremban 2, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 2.50 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun berkenaan dikatakan pada mulanya bertikam lidah dengan dua pekerja di kaunter lobi hotel berkenaan akibat tidak berpuas hati atas sebab-sebab tertentu.

Akibat serangan itu, kedua-dua pekerja terbabit mengalami kecederaan. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

"Kita masih menyiasat dakwaan mengenai pegawai polis itu yang dikatakan turut merosakkan kenderaan di luar hotel. Punca dia bertindak demikian juga masih disiasat.

"Selain itu, kawad cam akan dilaksanakan dan ketika ini pegawai polis berkenaan ditahan untuk membantu siasa- tan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Saiful Azly bagaimanapun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pegawai polis terbabit berada di dalam pengaruh dadah atau alkohol ketika kejadian.

"Ujian urin dibuat menunjukkan pegawai polis berkenaan tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol. Kita menafikan dakwaan kononnya dia turut mencederakan seorang daripada mangsa dengan menggunakan pemegang pistol," katanya.

Sementara itu, kejadian amuk berkenaan yang dirakam menerusi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) oleh pihak hotel terbabit, turut dimuatkan dalam laman Youtube.

sumber- Sinar

Anak dicabul, ibu tunggal dakwa dihalau guru besar

budak sekolah di cabul
Maryam menunjukkan laporan polis dan borang aduan salah laku murid yang dibuat berhubung kejadian cabul melibatkan anak perempuannya, baru-baru ini.
SHAH ALAM – Seorang ibu tunggal mendakwa bukan hanya dimarahi malah dihalau guru besar ketika dia cuba mendapatkan penjelasan berhubung kejadian cabul melibatkan anaknya, baru-baru ini.

Wanita yang mempunyai tiga anak itu, dikenali Maryam, 32, dihalau guru besar di sebuah sekolah agama di sini, kira-kira jam 9.30 pagi, kelmarin.

Maryam mendakwa, guru besar sekolah tersebut memarahi dan menghalaunya kerana dia membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku terhadap anak perempuannya yang berusia 9 tahun itu.

Menurut Maryam, kejadian cabul itu berlaku ketika anaknya berada di sekolah pada 8 Mei lalu.

"Apabila pulang daripada sekolah dia (anak) menceritakan rakan sekelasnya sering usik payu dara dan kemaluannya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Maryam yang juga kerani Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah itu berkata, keesokannya dia bertemu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) dan menceritakan kejadian itu.

Menurutnya, dia diarahkan mengisi borang aduan salah laku murid dan PKHEM berjanji akan merujuk perkara tersebut dengan guru disiplin serta guru besar.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mendapat sebarang berita berhubung aduan yang dibuat.

"Sekali lagi saya bertemu dengan PKHEM iaitu tiga minggu selepas aduan dibuat, tetapi jawapan yang diberikan amat mengecewakan.

Setelah berfikir dan mendapatkan nasihat, saya terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis lalu," katanya.

Maryam mendakwa, dia yang bekerja di pejabat PIBG di sekolah tersebut bagaimanapun diarahkan keluar daripada sekolah selepas laporan polis itu diketahui oleh guru besar.

"Dia (guru besar) kata sekiranya saya tidak berpuas hati dan ada masalah, saya perlu keluar serta membawa semua barang di dalam pejabat," dakwanya.

Menurutnya, disebabkan itu, dia membuat satu lagi laporan polis di IPD Shah Alam, kelmarin.

Katanya, dia juga sudah membuat aduan di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga.

"Saya terkilan dengan apa yang berlaku. Saya mahu menuntut keadilan bagi anak saya tetapi tidak disangka diri saya turut menjadi mangsa," katanya.

sumber- Sinar

Ketam Membanjiri Pulau Krismas, Australia


Migrasi bermaksud perpindahan atau penghijrahan sesuatu spesis daripada suatu tempat ke tempat yang lain demi kelangsungan hidup. Kita lihat proses migrasi Ketam Merah yang membanjiri Pulau Krismas, Australia. Proses migrasi Ketam Merah biasanya berlaku sekitar bulan Oktober dan November. Dianggarkan lebih dari 50 juta ekor yang menyertai setiap proses migrasi.



Ketam Merah hidup di daratan tetapi telurnya harus ditetaskan di kawasan persisiran pantai. Perjalanan yang jauh terpaksa diredah mereka iaitu kira-kira 5 km yang memakan masa sekitar 3 minggu dari kawasan hutan ke kawasan pantai. Ketika dalam perjalanan, mereka akan terdedah kepada pemangsa termasuklah manusia.  Segala halangan di hadapan mereka akan diredah walaupun ianya berbahaya dan mampu menyebabkan kematian. 



Tidak terkecuali juga dengan keadaan cuaca panas terik yang boleh menyebabkan banyak Ketam Merah terhidrasi seterusnya mati.  Terdapat juga di kalangan mereka yang harus memakan ketam lain yang telah mati demi mendapatkan sedikit tenaga untuk meneruskan perjalanan yang sukar . Perjalanan dari kawasan pantai ke hutan akan diteruskan pula oleh anak-anak ketam yang telah menetas.

Minuman ringan dari air kencing lembu

minuman ringan dari air kencing lembu

Sebuah perusahaan minuman di India menyatakan telah memproduksi sejenis minuman ringan yang unik. Minuman yang telah di pasarkan ini di perbuat daripada air kencing lembu dan dikatakan berkhasiat untuk mengubati dan mencegah pelbagai penyakit. Namanya di letakkan sebagai 'Gau Jal' (dalam bahasa Hindi) yang bermaksud air kencing lembu.

Meskipun menimbulkan kekhuatiran pelbagai pihak mengenai impak kesihatan dari minuman ringan tersebut, Om Prakash, Ketua Bahagian Perusahaan menegaskan minuman ini akan menjadi sajian yang sedap.

Selain menawarkan rasa minuman yang sedap, air kencing lembu uga dikatakan memiliki sejumlah khasiat perubatan. Diantaranya dapat mengubati beberapa penyakit kronik seperti kanser dan penyakit hati. 

minuman ringan dari air kencing lembu
minuman ringan dari air kencing lembu
minuman ringan dari air kencing lembu

Ukiran ais yang mengagumkan

Tidak dinafikan bahawa seni ukiran ais adalah di antara seni tersukar di dunia. Ia memerlukan bakat, ketekunan dan tahap kesabaran yang tinggi. Hasil dari kreativiti dan imaginasi pengukir, bongkah ais akan ditukar menjadi seni yang mempesonakan. Satu kepuasan bagi diri mereka jika karya yang dihasilkan dikagumi  dan disanjungi ramai. Proses penghasilan ukiran ais mengambil masa berjam-jam malahan ada yang mengambil masa berhari-hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...