Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, August 4, 2012

Pelik! Melukis dengan air kencing

Satu lagi teknologi pelik yang berkaitan dengan kencing. Teknologi ini umpama sebuah permainan video yang dinamakan  'The Thermochromic Urina' . Ianya mempunyai pengesan yang sensitif terhadap haba dari air kencing di seluruh permukaan dindingnya. Dengan teknologi ini, anda mampu berkarya sambil membuang air kecil. Adakah kita akan kagum dengan karya sebegini?

Ianya dikhususkan untuk tandas lelaki sahaja dan belum ada usaha untuk membangunkan kesesuaiannya bagi tandas perempuan. Mungkin pada masa akan datang, tandas bukan lagi tempat untuk membuang sisa kumbahan semata-mata, tetapi turut berfungsi sebagai tempat untuk melepaskan stress.

The Thermochromic Urina

Popeye di dunia sebenar

Pasti anda tahu tentang karakter kartun popular iaitu 'Popeye'. Popeye mempunyai lengan yang besar dan menjadi kuat secara tiba-tiba selepas memakan bayam. Di dunia realiti, seorang remaja turut mempunyai karakteristik berlengan besar sama seperti Popeye.

Real Life Popeye

Mathias Schlitte, bukan sahaja memiliki lengan yang besar malah dia adalah juara bertahan untuk pertandingan gusti lengan. Lihatlah sendiri betapa hebat lengan yang dimilikinya.

real popeye

Sebenarnya, Mathias dilahirkan atas ketidakstabilan genetik yang menyebabkan lengannya membesar dua kali ganda dari manusia biasa. Dia tidak malu dengan kecacatan fizikalnya itu malah digunakan sebagai kelebihan dalam pertandingan gusti lengan.

Real Life Popeye

Pelik! Lelaki kahwini bantal

Lee Jin-gyu, lelaki Korea yang berumur 28 tahun mengatakan 'I Do' kepada bantal peluknya. Kemudiannya dia mencium 'pasangannya' yang berpakaian gaun pengantin. Bantal tersebut mempunyai imej Fate Testarossa, karakter dari siri anime Mahou Shoujo lyrical Nanoha. Perkahwinan ini diuruskan oleh seorang paderi.

lelaki kahwini bantal

Rakan Lee mengatakan dia terlalu obses dengan bantal sehinggakan banyak masa terluangnya dihabiskan dengan bantal tersebut tidak kiralah waktu makan malam mahupun sebarang aktiviti lain. Berikut adalah video betapa bahagianya Lee bersama 'pasangannya' disebuah taman hiburan.

Ngeri! Chopstik menembusi otak kanak-kanak

Ngeri! chopstik menembusi otak kanak-kanak

Ngeri apabila sebatang chopstick menembusi hidung kanak-kanak hingga ke otak. Kisahnya bermula apabila seorang kanak-kanak cina yang bernama Li Jingchao bermain dengan chopstick dan secara tidak sengaja dia terjatuh. Chopstick tersebut tertusuk ke dalam hidung Jingchao dan menembusi 4cm ke dalam otaknya. Pembedahan di bahagian kepala terpaksa dilakukan untuk membuang chopstick tersebut. Kecederaan yang dialami Jiangchao adalah serius. Dengan kepakaran yang diberikan oleh para doktor, Jingchao akhirnya berjaya diselamatkan. Namun, masih tidak diketahui adakah Jingchao dapat hidup seperti kanak-kanak normal yang lain selepas pembedahan tersebut.


Misteri! Dari mana datangnya tengkorak ini

Asmat. Satu masa dahulu, perkataan ini amat ditakutkan. Asmat adalah sinonim kepada Kanibal. Suku kaum Asmat dahulunya memenggal kepala musuh lalu memakan otak mereka yang dicampurkan dengan ulat sago. Anak kepada Datuk Bandar New York  juga disahkan hilang dalam wilayah jajahan puak Asmat. Asmat  menggunakan tengkorak manusia sebagai pengganti bantal. Erti kata lain, perkataan Asmat lebih pada kebangkitan dari penghormatan.

pemburu kepala

Kepala kaum Dayak, Ifugao, dan Naga dianggap sebagai trofi. Kepala Asmat, Vanuatu, dan Palawan pula diperturunkan dari nenek moyang. Perbezaan kedua-duanya ialah pemburu kepala memerlukan kepala dari musuh yang dibunuh.




Pelik! Robot pelayan yang canggih

Jika anda berkesempatan untuk mengunjungi Thailand, pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman makan di restoran yang unik. Restoran 'The Hajime' di Bangkok, Thailand dikenali dunia kerana pelayannya adalah robot.

The Hajime

Selepas membuat pelaburan hampir $1 juta dolar, restoran ini  berjaya menarik ramai pelanggan dengan robot berpakaian seperti samurai. Ianya bergerak ke depan dan ke belakang mengikut landasan yang disediakan. Hidangan ala shabu-shabu di masak sendiri oleh manusia.

The Hajime

Mesin yang direka oleh Motoman of Japan ini tidak memerlukan rehat atau mengambil tips dari pelanggan. Jika mempunyai masa terluang, robot ini akan menunjukkan beberapa gerakan tarian kepada pelanggan.

Pelik! Bermain gitar menggunakan air kencing

Siapa sangka bahawa permainan dan bilik air boleh digabungkan! Jika anda seorang peminat Guitar Hero, anda harus mencari Guitar Pee dimana anda boleh bermain sambil kencing dalam satu masa tanpa perlu berhenti selagi anda belum puas.

Pee to Play: The Guitar Urinal

Guitar Pee membolehkan anda bermain muzik menggunakan titisan kencing. Guitar pelik ini mempunyai 'tali' sensor yang akan menghantar note berbeza kepada speaker. Ianya kini dipasangkan di beberapa buah bar sekitar São Paolo, Brazil. Projek ini dibangunkan oleh rakyat Brazil dan agensi almapBBDO untuk Billboard Music Brasil.

Pee to Play: The Guitar Urinal

Agak kelakar tetapi ini benar-benar terjadi. Selepas anda memainkan gitar dari kencing lalu flush, karya anda akan disimpan dalam bentuk “M-Pee-3″. Anda akan diberikan nombor peribadi dan boleh memuat turun karya anda dari laman web yang disediakan.

Pee to Play: The Guitar Urinal

Bola hilang ketika tsunami dijumpai semula di Alaska

Sebiji bola yang telah dihanyutkan oleh tsunami tahun lepas dijumpai semula di kepulauan Alaska. Ianya dipulangkan semula kepada seorang remaja Jepun yang telah dikenalpasti.

Bola hilang ketika tsunami dijumpai semula di Alaska

Misaki Murakami, 16 tahun adalah nama yang tertulis di atas bola yang dihanyutkan pada March 2011. Dia tinggal di bandar Rikuzen-takata, di mana bandar tersebut terjejas teruk akibat pukulan tsunami. Pada hari kejadian, Misaki berada di rumah tetapi sempat melarikan diri ke tanah tinggi setelah berlakunya gempa bumi. Rumahnya lenyap dihanyutkan air.

David Baxter bersama isterinya

David Baxter menjumpai semula bola tersebut lebih setahun kemudian di  Alaska’s Middleton Island, 70 batu (112km) dari tanah besar.

Arnab terbesar dan terkaya di dunia.

Dengan berat melebihi 49lbs dan panjang 4kaki 3 inci dari ekor ke hidungnya, Darius merupakan arnah terbesar di dunia. Usianya baru mencecah 2 tahun dan pemiliknya Annette Edwards merancang untuk membela seekor lagi arnab seberat 7lbs.

Darius, arnab terbesar, terkaya dan termahal di dunia

Setiap hari, Darius akan diberikan 12 batang lobak merah serta beberapa makanan lain (rumput kering, kubis, epal dan campuran dedak arnab) dimana ianya mudah untuk diperolehi dari kedai runcit berdekatan. Ms Edwards, dari Worcester, England pernah memelihara arnab besar sebelum ini tetapi Darius merupakan arnab yang jauh lebih besar dari mana-mana arnab lain.

Sebagai seorang penggemar arnab, haiwan peliharaan Edward telah banyak yang mencatatkan rekod dunia. Alice, telah berjaya memegang rekod sebelum Darius. Sebelum Alice ialah Amy, dan sebelum Amy ialah Roberto.

Darius, arnab terbesar, terkaya dan termahal di dunia

Darius di insurankan untuk $1.6 juta. Terdapat agen yang menguruskan perjalanan Darius dimana pendapatan tahunannya seperti dilaporkan ialah $100,000 malah Darius turut disertakan pengawal peribadi untuk mengawasi keselamatannya.

Pembantu rumah dakwa diperkosa majikan

awek dirogol
Mangsa membuat laporan polis mendakwa diperkosa majikannya
KULIM - Seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 28 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Kulim kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin setelah mengadu diperkosa oleh majikannya.

Mangsa yang datang ke Malaysia pada 15 Mei lalu dijanjikan gaji bulanan RM500 sebulan bagaimanapun tidak menerima sebarang bayaran sehingga hari ini.

Menurut mangsa, sepanjang tinggal bersama majikannya, dia telah diperkosa sebanyak tiga kali dan kejadian berlaku ketika isteri suspek dan anaknya yang sudah bersekolah tiada di rumah.

“Kejadian berlaku pada Ahad, ketika itu isteri dan anaknya tiada di rumah. Isterinya bekerja sebagai seorang guru sekolah manakala anaknya bersekolah dalam tingkatan empat. Apabila kedua-dua mereka keluar dari rumah, hanya tinggal saya dan suspek sahaja di rumah.

"Suspek kemudian menghampiri saya dan memuji saya cantik sebelum bertindak agresif terhadap saya. Suspek meminta saya melayani kehendak seksnya tetapi saya enggan berbuat demikian. Suspek naik berang dan mengugut untuk membunuh saya sekiranya tidak mahu melayani kemahuan seksnya,” katanya.

Mangsa berkata, kali terakhir dia diperkosa dua minggu lalu. Bagaimanapun Ahad lalu suspek sekali lagi cuba memperkosanya tetapi dia memaklumkan kepada suspek kesan luka yang terdapat pada kemaluannya masih belum sembuh dan sakit.

Katanya, perlakuan itu berlaku beberapa kali sehingga dia mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah majikannya dan meminta bantuan dari jiran berhampiran sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Sementara itu. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek sudah ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan terhadap laporan dibuat mangsa.

sumber- Sinar

Penzina ini dihukum tembak dikhalayak ramai

Penzina ini dihukum tembak dikhalayak ramai

Yehya Hussein al-Raghwah bekerja sebagai tukang gunting rambut di Sanaa, ibu kota Yaman. Beliau telah didapati bersalah merogol dan kemudian membunuh budak lelaki berusia 11 tahun Hamdi al-Kabas yang datang ke kedai gunting rambut beliau untuk menggunting rambut bagi menyambut Hari Raya. Tidak tahu apakah kaedah soal siasat yang polis gunakan di Yaman, tetapi Yehya Hussein al-Raghwah mengaku telah merogol dan membunuh budak  berusia 11 tahun.

Terdapat 59 buah negara di dunia yang masih mengamalkan hukuman mati. Pelaksanaan hukuman mati Yehya Hussein al-Raghwah adalah hukuman mati ke-9 Yaman tahun ini. Adakah Yehya Hussein al-Raghwah menerima perbicaraan yang adil masih dipersoalkan.

Perhatikan bagaimana hukuman mati dilaksanakan depan khalayak awam dengan dihadiri oleh seluruh penduduk termasuk kanak-kanak. Ianya seperti satu pesta keramaian atau seperti menonton pertandingan bola sepak dimana penonton bersorak beramai-ramai.


penzina dihukum
penzina dihukum
penzina dihukum

9 Reka Bentuk Truck Paling Pelik Di Dunia

Kebiasaannya kita dapat melihat reka bentuk menarik seperti kereta, motor, bas dan sebagainya. Tetapi kali ini adalah perkongsian mengenai gambar reka bentuk trak yang mempunyai hiasan yang cantik. Bukan sekadar hiasan, tetapi reka bentuknya juga dapat memukau mata apabila ada yang melihatnya.

Subhanallah! Budak Kembar Sotong

Deepak Kumar Paswaan yang berusia lapan tahun dari India mempunyai zaman kanak-kanak yang normal setelah “kembar parasit”nya dibuang dalam satu pembedahan. Budak lelaki ini menjadi terkenal di seluruh dunia dengant gelaran “kanak-kanak sotong ajaib piala dunia”. Dia dilahirkan dengan kaki dan lengan yang tergantung tumbuh antara pusat dan dada.


.
kembar pelik
.
kembar pelik
.
kembar pelik

sumber- Melayukini, Relaxsudah

Britain cipta helikopter perang terkecil

Britain cipta helikopter perang terkecil

LONDON - Sebuah helikopter sebesar tapak tangan dan seberat 198 gram bakal menjadi senjata terbaru yang akan digunakan oleh tentera Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Amerika Syarikat untuk menentang militan Taliban. 

Ketua-ketua tentera percaya, drone perisikan berharga 20,000 pound (RM97,249) itu yang dikenali sebagai SQ-4 Recon dan merupakan kenderaan udara tanpa juruterbang terkecil di dunia, akan dapat menyelamatkan nyawa tentera AS sekutunya di Afghanistan. 

SQ-4 Recon sebenarnya pesawat versi kecil Little Nellie, autogiro yang diterbangkan oleh James Bond dalam filem You Only Live Twice. 

Helikopter atau 'nanodrone' itu memiliki dua kamera yang membolehkan tentera melihat keadaan di sebalik bukit atau di dalam kubu musuh tanpa risiko terbunuh atau cedera. 

Ia boleh dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh oleh tentera yang duduk di sebuah bilik kawalan yang terletak beribu-ribu batu jauhnya atau oleh tentera peronda dengan menggunakan komputer tablet tujuh inci. 

Dengan ukuran sembilan inci diameter, helikopter itu boleh terbang dan berada di udara selama 30 minit dan enjinnya boleh dimatikan dan bertenggek seperti burung di tingkap bangunan tanpa disedari sesiapa sambil merakam sebarang aktiviti selama lebih lapan jam. 

Kameranya pula boleh menghantar imej secara langsung atau mengambil gambar atau video yang boleh merakam pada waktu malam dan siang. 

Ini bermakna tentera boleh menjalankan misi tinjauan tanpa menghadapi sebarang risiko diserbu atau terkena jerangkap samar. 

SQ-4 direka oleh BCB International and Middlesex University's Autonomous Systems Laboratory yang beribu pejabat di Cardiff, Britain dan sedang diuji oleh tentera AS. 

Pengarah urusan BCB International, Andrew Howell berkata, teknologi terbaru itu menawarkan kaedah pertempuran moden dan keupayaan melakukan intipan tanpa membahayakan diri. 

sumber- AGENSI 

Hujan air batu gemparkan Jertih

Hujan air batu gemparkan Jertih
Ketulan air batu yang jatuh bersama hujan lebat di sekitar bandar Jertih.
JERTIH - Orang ramai di beberapa buah kampung di sekitar Jertih terkejut dengan fenomena hujan air batu luar biasa berserta ribut kencang yang melanda petang kelmarin.

Dalam kejadian hujan lebat kira-kira jam 6.55 petang itu, ia menggemparkan penduduk kampung antaranya di Seberang Jertih, Balik Bukit, Padang Luas, Bandar Jertih dan beberapa kampung lain dengan fenomena luar biasa itu.

Bagaimanapun tiada kemalangan mahupun kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu tetapi penduduk menyifatkan bencana itu adalah paling teruk dalam tahun ini.

Saksi, Wan Azha Wan Ahmad, 50, berkata, kejadian hujan air batu berserta ribut itu berlaku dalam tempoh 15 minit dan menyebabkan orang ramai mengambil kesempatan mengambil air batu tersebut untuk melihatnya.

Menurutnya, kejadian itu amat jarang berlaku menyebabkan ia menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai.

“Air batu tersebut tidak bertahan lama dan cair selepas beberapa minit,” katanya.

Seorang peniaga kedai barangan elektrik di bandar Jertih, Foo Fay Jong, 50, turut mendakwa seketul air batu sebesar bata jatuh di atas jalan raya di bandar itu berhampiran kedainya pada masa kejadian.

Bagaimanapun katanya mujur ia tidak menimpa orang ramai.

Sementara itu, Timbalan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Jertih, Baharom Said berkata, dalam kejadian itu sebuah rumah di Kampung Gerai mengalami kerosakan bahagian bumbung dapur akibat dipukul ribut.

Bagaimanapun penghuni rumah berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

sumber- Sinar

Samun ikut jadual ilmu hitam

ANTARA barangan curi dan senjata yang dirampas daripada empat lelaki Indonesia bergelar Geng Kerinchi dipamerkan polis pada sidang akhbar di Kajang semalam.
ANTARA barangan curi dan senjata yang dirampas daripada empat lelaki Indonesia bergelar Geng Kerinchi dipamerkan polis pada sidang akhbar di Kajang semalam.
KAJANG - Sekumpulan empat penjenayah warga Indonesia bergelar Geng Kerinchi yang menggunakan ilmu hitam bagi memukau mangsa nampaknya tidak menjadi apabila kesemua mereka ditahan tiga jam selepas melakukan jenayah itu kelmarin.

Suspek-suspek berusia antara 24 hingga 32 tahun tersebut ditahan pada pukul 8.30 pagi di rumah kongsi sebuah kilang papan dekat Semenyih pada 27 Julai lalu.

Kegiatan mereka berjaya ditumpaskan selepas mereka memecah masuk sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Teknologi, Kajang.

Suspek juga didapati berjalan kaki melalui hutan sejauh 10 kilometer dari kawasan kilang ke rumah mangsa untuk mengelak daripada terserempak dengan sesiapa.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, pengurus kilang berusia lingkungan 30-an kerugian RM10,000 apabila barangan berharga milikinya dilarikan suspek.

Difahamkan, suspek menyapu minyak pukau pada badan masing-masing sebelum memecah masuk rumah supaya penghuni yang terhidu cecair itu berada dalam keadaan khayal. Minyak itu berbau wangi.

Sebelum itu, suspek menilik kad ilmu pelangkah yang dibawa khusus dari kampung halaman mereka di Kerinchi, Jambi, Indonesia untuk mengetahui sama ada mereka berjaya atau gagal memecah masuk rumah yang disasarkan.

Selepas itu, keempat-empat suspek yang masuk ke negara ini sejak seminggu lalu menghubungi ketua dukun bergelar Kiai di kampung mereka sebelum lelaki tersebut menyalakan lilin di dalam bilik untuk membuat ramalan.

AB. RASHID menunjukkan minyak pukau (kiri) dan kad ilmu pelangkah yang digunakan Geng Kerinchi untuk menyamun di kawasan Kajang.
AB. RASHID menunjukkan minyak pukau (kiri) dan kad ilmu pelangkah yang digunakan Geng Kerinchi untuk menyamun di kawasan Kajang.
Jika api bergoyang maka rancangan untuk merompak akan ada aral yang melintang.

Siasatan polis setakat ini mendapati suspek telah tiga kali keluar masuk ke negara ini dan mereka dipercayai menghantar hasil samun pulang ke kampung.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab memberitahu, pihaknya yakin dapat menyelesaikan lima kes pecah rumah membabitkan suspek dan modus operandi yang sama dengan tertangkapnya keempat-empat penyangak tersebut.

Kerugian keseluruhan daripada lima kes pecah rumah dianggarkan RM60,000.

sumber- Kosmo

13 haiwan peliharaan termahal di dunia

13. Hyacinth Macaw – $14,000
burung termahal di dunia
Burung ini berasal dari Amerika Selatan. Ianya merupakan spesis burung terancam yang paling diminati dan amat sukar untuk diperolehi.


12. Leucistic Ball Python – $15,000
ular termahal di dunia
Leucistic Ball Python merupakan reptilia paling jarang ditemui dan hanya boleh dibiakkan dalam iklim tertentu. Dengan kulitnya yang putih licin, dan mata hitam legam bercampur pula dengan sedikit merah menjadikan ia kelihatan agak menyeramkan. Pada awal kemunculannya, ia dijual dengan harga kira-kira $15,000, tetapi kini sesiapapun boleh mendapatkannya dengan harga serendah  $2,500 sahaja.


11. Palm Cockatoo – $16,000
burung termahal di dunia
Burung ini turut dikenali sebagai Goliath Cockatoo dan jarang ditemui. Kebanyakan burung ini dipelihara oleh selebriti terkenal seperti Natalie Copp, David Roberts dan Mike Tyson. Habitat asalnya adalah dari New Guinea dan Utara Queensland, Australia.


10. Blue Mutation Amazon – $20,000
burung termahal di dunia
Ramai yang menyangka bahawa burung kakak tua dari spesis ini telah pupus, namun seorang lelaki bernama Howard Voren berjaya mendapatkan sepasang burung ini dan berjaya membiakkannya.


9. Lavender Albino Ball Python – $40,000
ular termahal di dunia
Pada tahun 2003, dua penternak ular terdengar khabar angin bahawa wujudnya ular sawa albino di Afrika. Selepas rundingan, ular tersebut dibeli dengan harga $40,000 walaupun ketika itu ular tersebut dalam keadaan yang kurang sihat. Tetapi selepas tempoh pemulihan dan ular tersebut sembuh, ia diternak dan anak-anak ular itu dijual dengan harga sekitar $20000.


8. Bengal Cat – $42,000
kucing termahal di dunia
Kebanyakan kucing Bengal biasanya dijual sekitar $800 - $1500, namun jualan yang luar biasa telah berlaku di London, England pada tahun 1998. Seekor kucing generasi kedua telah dibeli dengan harga $42 000 oleh seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.


7. Chimpanzee – $55,000
haiwan peliharaan termahal di dunia
Bayi chimpanzee ini kelihatan comel namun apabila ia meningkat dewasa, chimpanzee boleh menjangkau berat 150-250 lbs dan 10 kali lebih kuat dari lelaki normal. Walaupun banyak insiden buruk telah berlaku sejak kebelakangan ini, ramai yang masih gemar membeli bayi chimpanzee dengan harga sekitar $50,000 - $75,000.


6. Stag Beetle – $89,000
kumbang termahal di dunia
Purata ukuran Stag Beetle ialah kira-kira 2-3 inci. Pembiak baka ini yang berasal dari Jepun telah dibayar $89000 tunai setelah rundingan dengan pelanggan. Kumbang tersebut dinilai dengan harga yang begitu mahal kerana berukuran lebih dari 3 inci dan jarang ditemui.


5. White Lion Cub – $138,000
singa termahal di dunia
Anak singaputih ini mengalami masalah genetik namun masih dianggap cantik dan ingin dimiliki.


4. Sir Lancelot Encore – $155,000
anjing termahal di dunia
Selepas Edgar dan Nina Otto kehilangan Lancelot, anjing kesayangan mereka kerana kanser pada tahun 2008, pasangan ini mengalu-alukan pula Lancelot Encore setahun kemudian. Lancelot Encore dihasilkan dari DNA yang sama dengan anjing yang telah mati itu selepas pasangan Otto memenangi pengklonan anjing di Bio-Arts Auction yang diadakan di San Francisco dengan tag harga yang memberangsangkan iaitu $155 000.


3. Tibetan Mastiff – $582,000
anjing termahal di dunia
Yangtze River Number Two ialah nama anjing yang paling mahal pernah dijual dalam rekod dunia. Anjing ini telah dibeli oleh seorang jutawan muda yang dikenali sebagai "Mrs. Wang ".


2. Missy – $1,200,000
lembu termahal di dunia
Missy ialah seekor Holsten Cow berumur 3 tahun yang memenangi Grand Champion of the 2009 Western Fall National Show. Missy dijual dengan harga $1.2 juta di Ontario, Kanada pada 11 November, 2009.



1. Green Monkey – $16,000,000
kuda termahal di dunia
Green Monkey dijadikan sebagai kuda lumba selama dua tahun di Calder Race Course oleh Demi O’Byrne.Walaupun begitu, kuda ini tidak pernah memenangi sebarang perlumbaan dan kini telah bersara dari trek perlumbaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...