Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Thursday, March 21, 2013
Gelagat abang menghitung hari sebelum kelahiran adiknya
Kelahiran ahli baru dalam keluarga bukan sahaja ditunggu oleh ibu bapa, malah turut dinantikan oleh adik-beradiknya yang lain. Sebagai seorang kanak-kanak, menjadi seorang abang atau kakak mungkin merupakan saat paling istimewa dalam hidup mereka. Mana tidaknya, dengan adanya seorang adik, maka secara tidak langsung mereka mendapat kawan baru yang boleh dikongsikan suka-duka bersama.
Bila ayah jadi pakar kecantikan
Rekaan kreatif untuk si pemalas
Satu lagi rekaan terbaru dari Jepun untuk seorang pemalas. Alat pemegang tablet atau buku ini amat berguna untuk sesiapa sahaja yang gemar membaca sambil berbaring. Dengan adanya peralatan ini, penggunanya tidak perlu lagi memegang tablet atau buku yang hendak di baca. Rekaan ini juga membolehkan seseorang itu melayari internet secara berbaring. Namun apa yang dirisaukan adalah akan bertambah si pemalas di dunia ini.
Mangkuk RM7 juta
New York: Sebiji mangkuk yang dibeli dengan harga kurang AS$3 (RM9) dilelong pada harga AS$2.23 juta (RM6.69 juta) di Sotheby, semalam.
Mangkuk kecil China itu yang dikenali sebagai ‘Ding’ berusia 1,000 tahun dan dibuat ketika pemerintahan dinasti Song yang mentadbir China dari 960 hingga 1279.
Satu-satunya mangkuk serupa dari zaman itu yang diketahui wujud dipamerkan di Muzium Britain sejak 60 tahun lalu.
Selepas membeli dengan hanya beberapa dolar, pembelinya mempamerkan mangkuk itu di ruang tamu rumahnya.
Apabila menyedari keistimewaan mangkuk itu dan nilainya baru-baru ini, dia membawanya ke pakar.
Sotheby menganggarkan mangkuk itu akan dijual antara RM600,000 hingga RM900,000. Bagaimanapun, dua pembida bersaing sengit untuk memilikinya dan akhirnya, peniaga seni terkenal di London, Giuseppe Eshenazi memperolehnya dengan harga RM6.69 juta.
sumber- AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)