Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, January 1, 2013

Pelik! Bayi berusia setahun mengandung

Pelik apabila seorang kanak-kanak berusia setahun dikatakan telah mengandung. Kejadian ini berlaku di Arab Saudi. Doktor mengatakan, kes sebegini amat luar biasa. Namun misteri tersebut telah terungkai. Berdasarkan laporan perubatan, ketika ibu bayi tersebut sedang mengandung, terdapat dua janin berada dalam rahimnya. Tetapi salah satu dari janin itu membesar di dalam janin yang lain. Akibatnya, bayi perempuan ini telah mengandungkan kembarnya sendiri.

budak mengandung
budak hamil
bayi hamil
bayi mengandung
bayi pelik
budak pelik

Warder dibunuh banduan cuba lari dari penjara

penjara

RATCHABURI : Seorang warder penjara Khao Bin ditikam hingga mati selepas dijadikan tebusan selama tiga jam oleh tiga banduan ketika cuba melarikan diri, kelmarin.

Dua daripada tiga banduan itu kemudian ditembak mati oleh pihak berkuasa. 
Warder Suthep Joisriket ditikam dijantung ketika polis berunding dengan banduan yang cuba melepaskan diri itu, kata polis. 

Pesuruhjaya Polis Wilayah 7, Hanpol Nitwibul berkata, mangsa turut dikelar di leher dan di satu pergelangan tangan.

Suthep ternampak tiga banduan memandu jentera pengorek melanggar dinding penjara untuk melarikan diri.

Jentera itu berada di situ untuk digunakan dalam kerja pembinaan di penjara itu. 

Banduan yang bersenjatakan pisau dan objek tajam, menangkap warder ketika dia cuba menghalang mereka. 

Mereka membawa mangsa ke dalam bangunan yang sedang dalam pembinaan. 

Banduan dari Zon Keenam dikenali sebagai Suthirak Sangarthit dan Prasit Sansabai, kedua-duanya dipenjara atas kesalahan membunuh, dan Ronnachai Sriparnkaew, seorang pesalah dadah yang menjalani hukuman penjara seumur hidup. 

Beratus-ratus pegawai polis, termasuk polis rusuhan diarahkan ke penjara itu untuk mengawal keadaan sementara polis perunding berbincang dengan banduan untuk melepaskan mangsa. 

Hanpol berkata, pada kira-kira jam 6 petang, banduan Suthirak, 49, bersetuju untuk menyerah diri tetapi Ronnachai dan Prasit enggan berbuat demikian dan mahu bebas dari penjara. 

Sebaik saja Suthirak menyerah diri, polis berkata, dua banduan itu menikam Suthep menyebabkan polis bertindak dengan melepaskan tembakan ke arah kedua-dua mereka. 

sumber- BP

Pertandingan ratu cantik gajah

Satu pertandingan ratu cantik telah diadakan di Nepal. Istimewanya, kesemua peserta pertandingan ini bukanlah manusia. Sebanyak 90 ekor gajah bersama pelatih masing-masing telah mendaftar untuk pertandingan yang dianjurkan di Festival Gajah Nepal bertempat di Taman Negara Chitwan.

Peserta dinilai berdasarkan perhiasan yang dikenakan, hiasan pada kepala dan corak cat pada kuku masing-masing. Dengan ketiga-tiga penilaian tersebut, ianya melayakkan peserta untuk mara ke pusingan akhir.

pertandingan gajah paling cantik

Chitwan Kali akhirnya dinobatkan sebagai juara. Lima juri yang mengadili pertandingan tersebut telah memuji  perhiasan dan tahap kebersihannya. Shri Ram selaku jawantakuasa pengurusan gajah memberi ulasan, "Chitwan Kali adalah gajah pertama yang keluar dan ia telah dinilai berdasarkan perhiasannya yang cantik." Tambahnya lagi, gajah ini juga mudah mengikut arahan pelatihnya.

Dalam sebahagian acara dari festival ini, beberapa ekor gajah telah mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak yang diadakan di Kampung Sauraha, 106 batu di selatan Kathmandu. Seekor gajah yang diberi nama Pele telah menjadi bintang dalam pertandingan tersebut.

Tragedi 3 sekeluarga mati di air terjun

mati di air terjun

JOHANNESBURG: Sepasang suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 bersama-sama anak perempuan mereka, mati selepas terjatuh ketika menyeberang sebuah air terjun di Afrika Selatan.

Pasangan berkenaan bersama anak mereka berusia belasan tahun itu dipercayai berpegangan tangan ketika jatuh dari ketinggian 30 meter di air terjun berkenaan yang terletak di kawasan pedalaman, Jumaat lalu.
Menurut akhbar Beeld, mereka yang terbunuh itu ialah Pieter Prinsloo, 38, isteri, Adele, 34 dan anak mereka, Shante, 13, dari Benoni, berhampiran Johannesburg.

Mereka ditemui oleh pasukan penyelamat beberapa jam selepas terjatuh dari Air Terjun Rietfontein.

air terjun

Pemilik rumah percutian, Shawne Botha mengesahkan keluarga itu menetap di chaletnya di wilayah Mpubalanga, timur Afrika Selatan.

Menurutnya, mereka keluar bersiar-siar sebaik mendaftar masuk di chalet berkenaan yang terletak berdekatan Taman Negara Kruger.

“Mereka tiba sehari selepas Krismas. Keluarga itu keluar bersiar-siar dan menemuii ajal di air terjun berkenaan.

“Amat menyedihkan kerana ketiga-tiga keluarga itu mati bersama,” kata Botha.

3 sekeluarga mati di air terjun

Menurut laporan akhbar Beeld, Prinsloo dan Adele adalah pasangan kekasih sejak kecil dan bercuti kerana meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 semalam.

Keluarga itu dipercayai meraikan Krismas di rumah mereka di Benoni sebelum bercuti bersama anak mereka.

Kakitangan rumah peranginan itu meminta bantuan kira-kira jam 10 malam apabila keluarga itu tidak pulang.

Kawasan tragedi itu adalah antara yang paling sibuk di Afrika Selatan pada musim cuti. 

sumber- DM

Alahai si Bobo! Siang cari duit, malam beli kokain

RIO DE JANEIRO - Seorang bekas askar yang hanya dikenali sebagai Bobo menghabiskan masa pada waktu siang dengan mencari barang-barang yang boleh dikitar semula untuk dijual.

Bobo
BOBO duduk di atas kerusi selepas dia mengutip barang-barang yang boleh dikitar semula untuk dijual di sebuah kawasan setinggan di Rio De Janeiro pada 21 Disember lalu.
Bagaimanapun, apabila malam menjelma, dia menggunakan wang yang diperoleh daripada titik peluhnya sendiri untuk membeli kokain.

"Kadangkala saya tidak tidur sepanjang malam.

"Saya bekerja untuk membantu menampung ketagihan saya.

"Namun, saya hanya menggunakan kokain pada waktu malam," katanya yang enggan mendedahkan namanya yang sebenar.

Pihak berkuasa Brazil kini berusaha untuk membantu para penagih dadah dan menghentikan penyebaran tabiat tersebut dalam kalangan penduduk.

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...