Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Tuesday, February 19, 2013
Video: Askar Rusia berkawad sambil menyanyi lagu Spongebob Squarepants
Are ya ready kids? Lucu apabila tentera Rusia berkawad sambil menyanyikan lagu Spongebob Squarepants. Lagu ini dihasilkan oleh Stephen Hillenburg sekitar tahun 1990-an. Spongebob Squarepants merupakan kartun animasi terkenal yang berjaya memecahkan pasaran antarabangsa malah turut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa melayu. Tidak mustahil jika sekolah-sekolah juga turut mengikuti langkah yang sama dengan menggunakan lagu tema ini untuk perarakan hari sukan.
Bayi mati selepas dipulau 10 hospital
JAKARTA, Indonesia - Seorang bayi berusia seminggu meninggal dunia akibat masalah pernafasan selepas 10 buah hospital di sini enggan merawatnya, kata bapa bayi tersebut semalam.
Elias Setya Nugroho yang bekerja sebagai penjaja berkata, dia tidak mampu membayar caj yang dikenakan oleh sebahagian hospital berkenaan untuk merawat bayinya.
Dera turut mengalami kecacatan tekak yang menghalang pernafasannya.
Menurut lelaki tersebut, keluarganya cuba mendapatkan rawatan tetapi ditolak oleh pihak pengurusan 10 buah hospital.
Sebahagian mereka memberikan alasan tidak memiliki peralatan yang diperlukan manakala sebahagian lagi mendakwa hospital mereka penuh.
"Dera dikebumikan kelmarin tidak jauh dari rumah kami," kata Elias.
Menurutnya, bayi itu meninggal dunia selepas dibawa kembali ke Hospital Zahira tempat dia dilahirkan di sini.
Menurut Elias, hospital-hospital swasta di sini meminta bayaran pendahuluan berjumlah 15 juta rupiah (RM4,795) walaupun keluarganya memiliki kad kesihatan yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah sepertinya mendapat perkhidmatan kesihatan percuma.
sumber- AFP
Belajar sambil membonceng motor ayah
Kita semua tahu bahawa belajar merupakan kunci kejayaan. Kita juga tidak dikhususkan untuk belajar di sekolah sahaja malah dimana-mana sahaja kita boleh belajar asalkan tempat tersebut bersesuaian.
Jika dilihat pada kanak-kanak China ini, keazamannya untuk belajar amat tinggi sehingga sanggup untuk membuat kerja sekolah sambil membonceng di belakang motorsikal ayahnya. Tidak tahulah sama ada dia ingin menghabiskan kerja sekolah secepat mungkin supaya boleh bermain atau mempunyai motif tertentu.
Pertunjukan jalanan yang berbahaya di China
Penghibur jalanan yang mengembara ke serata tempat. Apa yang menariknya mengenai pertunjukkan jalanan ini ialah anda boleh melihat seorang lelaki menyeksa kanak-kanak dan juga haiwan sebagai hiburan. Gambar ini diambil dari pertunjukan yang diadakan di wilayah Guangxi. Ianya jelas menunjukkan dua remaja dicekik dan sendi lengan mereka lari dari kedudukan asal.
Mereka dikatakan datang dari wilayah Henan dan membuat pertunjukan berbahaya ini bagi mendapatkan wang. Selain itu, mereka turut menjual ubat-ubatan serta azimat kepada penonton. Terdapat spekulasi bahawa remaja tersebut mungkin telah diculik semenjak kecil.
Penculikan kanak-kanak sememangnya berleluasa di China, terutamanya di wilayah miskin. Pada Disember 2012, tujuh kanak-kanak sekolah rendah telah diculik di Sichuan dan diambil untuk bekerja di sebuah kilang di wilayah Guangdong. Seramai 70.000 kanak-kanak diculik di China setiap tahun.
Subscribe to:
Posts (Atom)