Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Thursday, February 21, 2013
Budak terperangkap diluar bangunan tingkat 3
Sepasukan bomba terpaksa menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap diluar bangunan rumah flat sambil berpaut pada bingkai tingkap dalam kejadian yang berlaku di China.
Kanak-kanak yang dipercayai berumur sekitar lapan tahun tersebut ditinggalkan bersendirian di rumahnya yang terletak di Lanzhou, Wilayah Gansu ketika ibunya keluar menziarahi rakan-rakan.
Mungkin disebabkan bosan menunggu lama, kanak-kanak tersebut memanjat keluar dari tingkap biliknya yang berada di tingkat tiga bangunan tersebut.
Malangnya, dia tergelincir lalu terperangkap di atas paip saliran. Dia cuba untuk memanjat naik memasuki tingkap itu semula namun tidak berhasil. 30 minit kemudian, barulah insiden tersebut disedari oleh orang awam yang kebetulan lalu di situ dan kemudiannya terus menghubungi pihak bomba.
Pasukan bomba tiba dan memikirkan cara terbaik untuk menyelamatkannya. Akhirnya mereka memutuskan untuk menggunakan kaedah memecah pintu dan menarik tangan kanak-kanak tersebut ke tempat yang lebih selamat.
Tanah perkuburan untuk ketua mafia
Moscow: Walaupun selepas mati, kumpulan penjenayah Russia tetap mahu mempamerkan diri mereka dengan menonjol dan memilih tanah perkuburan untuk melakukannya.
sumber- TS
Telefon 911 bagi meminta dihantarkan rokok
Pihak berkuasa dari Daerah Hood melaporkan, Linda White, 48, telah menghubungi 911 bagi meminta dihantarkan rokok ke rumahnya.
Lt. Kathy Jividen dari Jabatan Sheriff mengatakan wanita yang tinggal di Granbury tersebut telah menghubungi 911 bagi meminta rokok pada 11 Februari lalu.
Pemanggil: "Hello."
Penjawab panggilan: "Hello."
Pemanggil: "Saya memerlukan rokok".
Kemudiannya penjawab panggilan tersebut bertanyakan alamat serta namanya.
Penjawab panggilan: "Siapa nama kamu?"
Pemanggil: "Gary Roberts."
Penjawab panggilan: " Minta maaf, adakah Kerry nama pertama kamu?"
Pemanggil: "Gary."
Penjawab panggilan: "Boleh kamu tolong ejakan?"
Pemanggil: "G-a-r-y. Nanti. nanti... Saya terlupa bagaimana untuk mengeja nama belakang saya."
Penjawab panggilan: "Bukankah kamu mengatakan nama belakang kamu Roberts?"
Pemanggil: "Tidak, saya rasa saya telah tersalah nombor."
Tidak lama kemudian, bukan penghantaran rokok yang diterima, tetapi White dikunjungi dua pegawai polis dan ditahan atas kesalahan penyalahgunaan panggilan kecemasan 911.
Ketika White membuat panggilan, kemungkinan dia sedang mabuk atau berkhayal. Dia kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin $1,000.
Pekerja gunting rambut dengan mata tertutup
SEVASTOPOL, Ukraine - Seorang pakar menggunting rambut, Oleg Maksyuk menggunakan dua bilah gunting semasa dia memotong rambut pelanggan wanita di sebuah salun di sini pada Isnin lalu.
Maksyuk membuat kerja-kerja itu dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke salunnya.
sumber- AFP
Video: Rakaman hantu di Pusat Komuniti
Video ini menunjukkan kelibat seorang lelaki tiba-tiba muncil di luar pintu masuk South Ruislip Community Association and Community Centre pada 1 Februari lalu. Ianya merakamkan kehadiran kelibat misteri berjalan menerusi pagar besi sebelum dilihat hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan. Peristiwa misteri ini disaksikan sendiri oleh penjaga pusat tersebut dimana dia telah keluar untuk menyiasat apakah yang telah berlaku.
"Saya sedang duduk di dalam dewan dan perasan kelibat misteri muncul melalui CCTV. Saya melihat melalui skrin dan sangkakan apa yang dilihat adalah manusia namun saya kurang pasti lalu saya keluar untuk periksa sendiri. Ketika diluar, tiada sesiapa yang berada di situ. Mungkin seseorang telah berjalan laju dari sekitar bangunan untuk menuju ke taman jadi saya masuk semula."
"Selepas memuat turun rakaman CCTV tersebut, saya terkejut dengan apa yang dirakamkan pada sistem. Saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskannya."
Sejak dibangunkan oleh jawatankuasa tempatan pada tahun 1945, pusat ini dilaporkan pernah dijadikan penjara kem tahanan perang untuk tentera Itali ketika Perang Dunia Ke-2. Hantu-hantu yang muncul di sini sering dikaitkan dengan era sekitar 1940-an tersebut.
Bekas pengerusi di situ mengatakan dia percaya bangunan tersebut berhantu dan sering mengucapkan salam kepada semangat-semangat yang berada di situ sebelum memasuki bangunan dalam usaha menjadikan mereka lebih mesra.
Subscribe to:
Posts (Atom)