Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, December 11, 2012

Pertandingan pelik mengangkat babi

Pertandingan pelik bagi menguji kekuatan ini diadakan di Hengyang, Wilayah Hunan, China. Para peserta dikehendaki untuk berlari sambil mengangkat dua ekor babi gemuk sehingga ke garisan penamat dengan jarak 30 meter. Sesiapa yang terpantas akan dikira sebagai pemenang.

angkat babi
haiwan babi
babi besar
haiwan khinzir

Cari kelapa jumpa tengkorak

TENDONG - Seorang pengutip kelapa tidak menyangka akan menemui tengkorak di Kampung Atas Pinggir, jam 9.30 pagi, semalam.

Saksi, Wan Hussain Wan Hamat, 51, berkata, selepas mencari kelapa, dia terdetik untuk memeriksa bangsal lembu dekat sini.

jumpa tengkorak
Tengkorak dipercayai seorang lelaki warga emas ditemui 9.30 pagi semalam.
Namun terkejut ketika ternampak rangka tulang manusia dengan pakaian yang terkoyak di dalamnya.

“Rangka tulang kaki masih lengkap, namun berada agak jauh di antara satu sama lain.

“Mungkin biawak atau binatang lain mengheret tulang hingga beberapa meter,” katanya, semalam.

Hussain yang juga bekas pegawai Imigresen Rantau Panjang berkata, berdasarkan pakaian dekat tulang, mangsa dikenali sebagai Pok Loh lawyer atau Abdullah Salleh, 75.

Menurutnya, kali terakhir mangsa ditemui adalah ketika bulan Ramadan lalu.

Sebelum ini katanya, penduduk tidak terhidu sebarang bau mayat kerana kedudukan bangsal agak jauh dari kampung.

Katanya, arwah sering bertukar tempat tidur dan suka berteduh di bangsal buah dalam kebun penduduk kampung.

“Sepanjang ketiadaan arwah, banyak khabar angin menyatakan dia sudah berada di Tanah Merah dan Pahang.

“Sebab itulah penduduk tidak mengesyaki dia masih berada di bangsa ini sejak Julai lalu,” katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan kehilangan oleh keluarga mangsa.

“Hasil siasatan mendapati mangsa mati mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya.

sumber- Sinar

Lelaki terkejut bil telefon RM8.16 bilion

Riyadh: Seorang lelaki di Arab Saudi terkejut apabila menerima bil telefon bimbitnya berjumlah lebih SR10 bilion (RM8.16 bilion) dan lebih mengejutkan, apabila syarikat penyedia kemudahan itu menyatakan bil itu mungkin betul. 

Fahd Matar

Akhbar Arab Saudi, Alyoum melaporkan, pemilik telefon bimbit itu, Fahd Matar berkata, beliau tidak percaya keseluruhan bil telefon bimbitnya SR10,828,705,046.28 

“Saya menghubungi Mobily, syarikat yang membekalkan kemudahan talian itu dan terkejut sekali lagi apabila diberitahu bil itu besar kemungkinannya betul. Saya langsung tidak mempercayainya. 

“Seorang pegawai syarikat berkenaan memberitahu saya bayaran tinggi dikenakan ke atas panggilan antarabangsa yang saya buat selain caj tambahan kerana melayari internet,” katanya. 

Matar berkata syarikat talian telefon bimbit itu sudah menamatkan perkhidmatan talian telefonnya. 

“Saya membayar bil secara tetap dan jumlah bil yang paling banyak pernah saya terima ialah SR3,000 (RM2,447). Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah,” katanya. 

sumber- Agensi

Cincin perkahwinan mengundang tragedi

Menyarungkan cincin perkahwinan mungkin merupakan detik-detik indah bagi seseorang. Namun siapa sangka, cincin yang dianggap sebagai ikatan kasih sayang tersebut boleh mengakibatkan mimpi ngeri yang tak disangka.

cincin kahwin

Berdasarkan cerita, cincin lelaki ini telah tersangkut pada objek berat ketika dia sedang bekerja. Kecederaan yang dialaminya amat parah. Kulitnya tersiat manakala jarinya menampakkan tulang dan mungkin telah hilang upaya.

cincin perkahwinan

Patutlah disesetengah tempat kerja tidak membenarkan kakitangannya memakai aksesori ataupun barangan kemas. Kepada mereka yang bekerja berat terutamanya dalam bidang pembinaan ataupun pekerjaan yang sentiasa menggunakan mesin, fikirkan semula untuk tidak memakai barangan sebegitu.

tragedi cincin kahwin

DJ panggilan palsu muncul di TV

SYDNEY - Dua penyampai radio Australia yang membuat panggilan palsu ke sebuah hospital London yang merawat isteri Putera William, Kate, menyatakan semalam bahawa mereka kesal mendengar berita kematian seorang jururawat pusat rawatan berkenaan.

Christian and Greig
Christian (kiri) dan Greig diwawancara dalam program televisyen Today Tonight di Sydney semalam.
Penyampai radio 2DayFM, Mel Greig dan Michael Christian sebelum ini bersembunyi dan menjalani rawatan kaunseling sejak jenaka mereka mencetuskan kemarahan di seluruh dunia berikutan laporan bahawa jururawat itu, Jacintha Saldanha telah membunuh diri.

Dalam wawancara bersama sebuah stesen televisyen Australia, di sini, kedua-duanya mula bersuara susulan kematian Saldanha di London pada minggu lalu setelah program mereka dibatalkan pemilik 2Day FM manakala semua panggilan jenaka oleh badan penyiar itu turut dihentikan.

Greig memberitahu dalam keadaan sebak bahawa dia kesal apabila diberitahu jururawat kelahiran India itu sudah mati.

"Saya mengingati detik itu dengan baik sekali kerana saya tidak dapat berhenti daripada berfikir tentang peristiwa tersebut sejak ia berlaku.

"Saya masih ingat lagi soalan pertama saya apabila mendengar perkhabaran tersebut iaitu adakah dia seorang ibu?," katanya kepada saluran televisyen Seven Network dalam program Today Tonight.

Dalam satu wawancara berasingan dalam program A Current Affair menerusi saluran Nine Network, Greig pula berkata: "Terlintas dalam fikiran saya untuk menemui mereka (keluarga Saldanha), memeluk mereka dan memohon maaf. Saya berharap mereka berada dalam keadaan baik, saya ikhlas meluahkannya."

Panggilan daripada Greig dan Christian yang menyamar sebagai pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan anakandanya, Putera Charles dijawab oleh Saldanha, 46, di Hospital King Edward VII di London.

Ibu dua anak itu kemudian menyambungkan panggilan itu kepada rakan sekerjanya yang mendedahkan butiran mengenai keadaan Kate yang semakin sembuh selepas mengalami loya yang teruk.

Kate merupakan menantu Ratu Elizabeth II.

Saldanha seterusnya ditemui mati di kediaman untuk kakitangan hospital tersebut tetapi polis Britain enggan mengesahkan sama ada dia membunuh diri kerana kes tersebut masih disiasat.

Suami jururawat itu, Ben Barboza, 49, yang merupakan seorang akauntan sebelum ini menyatakan hatinya berkecai ekoran kematian isterinya itu dalam keadaan tragis.

Christian juga mengaku dia kesal dengan kejadian itu.

"Terkejut, kesal dan hancur luluh... kami menghulurkan simpati kepada keluarga dan rakan-rakan Saldanha," ujarnya.

Kematian Saldanha mencetuskan kemarahan terhadap stesen radio berkenaan dan kedua-dua penyampainya walaupun pihak 2Day FM memberitahu, tiada siapa yang dapat menjangka tragedi itu berlaku.

Ketua Pegawai Eksekutif Southern Cross Austereo yang memiliki stesen radio itu, Rhys Holleran memberitahu, pihaknya telah menghubungi Hospital King Edward VII sebanyak lima kali untuk berbincang tentang panggilan tersebut sebelum ia disiarkan.

Menurut Holleran, beliau berpuas hati dengan semakan yang dilakukan oleh pihaknya sebelum segmen perbualan telefon itu ke udara.

"Adalah benar bahawa kami telah beberapa kali mencuba untuk menghubungi pihak hospital berkenaan," jelas Holleran kepada stesen radio tempatan, Fairfax.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada pihaknya menerima maklum balas daripada pihak Hospital King Edward VII.

Susulan kematian Saldanha, sebahagian akhbar Britain mengecam jenaka Greig dan Christian menyebabkan ramai pengguna internet menuduh mereka menjadi penyebab kematian Saldanha.

Namun, dakwaan tersebut dibidas oleh media Australia yang menyatakan media Britain sengaja menjadikan kedua-dua penyampai radio berkenaan sebagai kambing hitam dalam tragedi tersebut.

sumber- Agensi

Anjing memandu di litar lumba

WELLINGTON - Dua ekor anjing terlatih memandu sebuah kereta yang diubah suai di sebuah litar perlumbaan di Auckland, New Zealand semalam.

Kedua-dua ekor anjing itu yang bernama Monty dan Porter lulus ujian memandu manakala aksi haiwan tersebut disiarkan menerusi televisyen.

Anjing memandu di litar lumba
SEEKOR anjing yang bernama Monty memandu kereta Mini di Auckland semalam.
Tujuan aksi tersebut disiarkan adalah untuk meningkatkan minat orang ramai supaya menjadikan anjing dari rumah-rumah perlindungan sebagai haiwan peliharaan.

Dua ekor haiwan itu merupakan sekumpulan anjing penyelamat dari Auckland yang diajar untuk memandu kereta.

Rakaman anjing-anjing itu belajar memandu mencetuskan sensasi di internet sebelum ini.

Beberapa klip video yang menunjukkan anjing-anjing berkenaan memandu telah ditonton lebih 700,000 kali di laman YouTube setakat ini.

Dalam ujian memandu itu, Monty memandu sebuah kereta Mini yang telah diubah suai di sepanjang laluan yang lurus.

"Semuanya dilakukan sendiri oleh anjing jantan itu," kata jurulatih haiwan, Mark Vette ketika Monty memandu kereta tersebut di sepanjang litar berkenaan.

Menurut Vette, anjing itu menghidupkan enjin, meletakkan satu kakinya di brek untuk menolak gear dan memandu kereta berkenaan.

Papan pemuka kereta itu diubah suai dengan dilengkapi pedal minyak dan brek.

sumber- AFP

Bayi pandai berenang walau belum pandai berjalan

GLOUSTERSHIRE: Mereka terlalu muda untuk berjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan.

Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air.

William and Ellenita
SEPERTI ITIK DALAM AIR...William (kiri) dan Ellenita, ketika berenang di kolam.
Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang.

Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan kedua-duanya dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan.

bayi berenang
WILLIAM meniru kakaknya, Ellenita.
Sekembalinya ke Cirenster, Gloustershire, ibu mereka, Charlotte, 3,5 membawa pasangan berkenaan ke kolam bayi tempatan apabila mereka tiba-tiba berenang. “Ia amat mengejutkan. Mulanya mereka berenang lima meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sepanjang 12 meter,” kata Charlotte, wanita kelahiran Perancis yang juga bekas jurulatih renang.

“Memandangkan tidak ada orang di kolam dewasa, saya mencadangkan guru mereka mencuba di kolam renang besar itu.

“Mereka begitu riang. Mereka mula berenang sepanjang kolam itu dengan saya berenang di bawah mereka bagi memastikan kedua-duanya tidak menghadapi masalah dan memandu mereka jika tersalah arah.

“Ellie adalah yang pertama. William kelihatan meniru kakaknya. Kami sungguh gembira. Penyambut tetamu dan jurulatih renang datang melihat dan turut kagum.

Seorang jurulatih yang sudah mengajar selama 20 tahun berkata, ini kali pertama dia melihat keadaan seperti itu.

“Saya yakin ia semula jadi kerena mereka terlalu kecil untuk belajar berenang.” kata Charlotte.

sumber- DM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...