Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, October 15, 2012

Rembat seguni buah rambai

curi buah rambai
Rosli mengaku mencuri seguni buah rambai milik peneroka warga emas di Felda Belara, di sini, 10 Oktober lalu.
KUALA TERENGGANU - Gara-gara 'merembat' seguni buah rambai di sebuah kebun milik seorang peneroka di Felda Belara, di sini, seorang buruh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh, Rosli Abd Malek, 41, yang juga anak jati Felda tersebut boleh dikenakan hukuman itu selepas dia mengaku mencuri seguni buah rambai milik Bek Jusoh, 76, pada Rabu lalu.

Dengan itu, Rosli atau lebih dikenali dengan nama Jamsari oleh penduduk di Felda berkenaan mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang boleh dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu.

Dia mengaku mencuri seguni buah rambai bernilai RM25 dengan seorang lagi rakannya yang masih bebas, dikenali ‘Muda’ di dalam kebun milik warga emas berkenaan pada 10 Oktober lalu kira-kira jam 7 petang.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret/Sesyen, di sini, Rosli Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, selepas pengakuannya direkodkan, Rosli menetapkan 23 Oktober depan sebagai tarikh jatuh hukum yang akan diputuskan di Mahkamah Majistret, di sini dan membenarkan dia diikat jamin RM2,500 oleh seorang penjamin.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pemilik kebun, Bek sedang berada di rumahnya sebelum ternampak dua lelaki dikenali iaitu Rosli bersama rakannya sedang menunggang motosikal masuk ke dalam kawasan kebun buah rambai miliknya.

Hampir sejam kemudian, kedua-duanya keluar sambil membawa seguni berisi penuh buah rambai dan melihatkan situasi itu, Bek yakin buah rambai di dalam guni dibawa adalah hasil curi dari kebunnya.

Tanpa membuang masa, Bek terus memaklumkan kepada penduduk sebelum berjaya menangkap Rosli manakala rakannya berjaya melarikan diri.

sumber- Sinar

Gambar lelaki yang mengelirukan

Gambar ini mungkin agak mengelirukan. Sesiapa yang melihat gambar ini pasti mempunyai dua persepsi pandangan berbeza sama ada apa yang dilihat adalah wajah seorang lelaki dari sudut hadapan atau sisinya. Konsep gambar ini adalah hampir sama seperti teori gestalt yang diguna pakai dalam penghasilan seni lukisan.

Gambar lelaki yang mengelirukan

Kolam semulajadi yang menarik

Hamilton Pool merupakan kolam semulajadi yang terbentuk dari runtuhan sungai bawah tanah beberapa ratus tahun yang lalu. Lokasinya ialah kira-kira 23 batu (37 km) barat Austin, Texas. Ianya merupakan kawasan riadah pilihan ketika musim panas bagi pelancong yang datang ke Austin dan juga penduduk setempat.

Hamilton Pool

Wanita tidak tahan tekanan terjun kondo

rumah untuk dijual

KUALA LUMPUR: Akibat mengalami tekanan dipercayai selepas bergaduh dengan suami melalui telefon, seorang wanita berusia 37 tahun maut selepas terjun dari tingkat enam dalam kejadian di Kondominium Suria Kinrara, dekat Puchong, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang mempunyai seorang anak berusia empat tahun nekad terjun dari bangunan itu akibat tidak tahan dengan masalah yang dihadapi.

Sumber berkata, seorang rakan mangsa cuba menghalang wanita itu dari terjun, namun tidak berjaya.

“Mangsa cedera parah di bahagian badan sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) namun meninggal dunia pada jam 8.30 pagi ketika menerima rawatan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

sumber- HMetro

Felix Baumgartner cipta rekod terjunan angkasa

Felix Baumgartner

LOS ANGELES - Penerjun Austria Felix Baumgartner berjaya mencipta rekod dunia terjun dari pinggir angkasa awal hari ini dan mendarat dengan selamat di gurun New Mexico selepas jatuh bebas dari ketinggian 39km dari aras bumi.

Beliau membuka payung terjunnya setelah mencapai kelajuan jatuh bebas melebihi 1100 kilometer sejam

"Kadang-kadang anda perlu naik sangat tinggi untuk menyedari betapa kecilnya anda," kata Baumgartner sebelum beliau melompat dari kapsulnya, sambil diperhatikan di seluruh dunia melalui siaran langsung.

Beliau mengambil masa lebih dua jam untuk naik ke ketinggian terjunan dan telahpun memecahkan satu rekod dunia sebelum melompat lagi, iaitu rekod altitud paling tinggi untuk sebuah penerbangan belon membawa manusia.

Cubaan kali ini adalah yang kedua selepas gagal minggu lalu akibat masalah angin.

Baumgartner telah berlatih selama lima tahun dan memegang banyak rekod termasuk terjunan dari Menara Berkembar Petronas.

sumber- AFP

Berlian 400 tahun bakal dilelong

NEW YORK - Sebutir berlian berusia 400 tahun sebesar ibu jari orang dewasa yang dianggarkan bernilai lebih AS$15 juta (RM45 juta) bakal dilelong di Switzerland pada 13 November ini.

Berlian Archduke Joseph yang diberi nama sempena nama Putera Hungary, Archduke Joseph August itu dianggarkan 10 kali lebih berat berbanding cincin berlian yang dipakai aktres terkenal Hollywood, Jennifer Aniston.

Berlian milik Aniston itu dipercayai seberat 1.6 gram, manakala berlian Archduke Joseph pula seberat 15.2 gram.

Archduke Joseph Diamond

Program stesen televisyen NMC, Today yang memetik kenyataan Pengarah Bahagian Berlian firma lelongan Christie, Rahul Kadakia berkata, sukar untuk membayangkan saiz sebenar berlian Archduke Joseph itu.

"Berlian berkenaan dianggarkan sebesar telur burung puyuh dan benar-benar asli serta mempunyai warna yang terang," katanya.

Berlian tersebut dipamerkan di New York, hari ini sebelum dilelong pada jualan lelong Magnificent Jewel di Geneva, Switzerland, awal bulan depan.

Meskipun harganya dianggarkan bernilai AS$15 juta (RM45 juta), pakar berlian percaya harga barang kemas itu lebih mahal daripada itu.

Malah, beberapa pembeli dari Asia Barat, Asia dan Rusia telah menyatakan minat untuk membida berlian terbabit.

Menurut Kadakia, RM45 juta merupakan harga yang berpatutan dan pihaknya mengharapkan jualan berlian itu akan mencatat rekod baharu.

Firma Christie pernah menjual berlian tersebut pada harga AS$6.5 juta (RM13.5 juta) di Geneva pada 1993.

Berlian itu dilombong dari lombong Golconda di India dan tergolong sebagai antara berlian termahal di dunia termasuklah berlian Kohinoor milik koleksi kerabat Diraja Britain dan berlian Regent yang dipasang pada Mahkota Perancis. 

sumber- AGENSI

Ibu 9 anak kerugian RM73,000

TUMPAT – Sebelas sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Kampung Kok Keli dekat sini, hangus dalam kebakaran tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta Proton Saga dan sebuah motosikal milik keluarga terbabit.

Mangsa, Noraizan Abdullah, 38, berkata, dia menyedari rumahnya terbakar apabila terlihat asap tebal dari salah satu  bilik tidur anaknya, selepas dia selesai membasuh pakaian di bilik air.

“Selesai membasuh, saya naik ke atas rumah tetapi dikejutkan dengan kepulan asap tebal dari bilik tidur anak.

“Pada masa sama saya nampak api mulai marak membakar kelambu dan dinding rumah,” katanya yang mempunyai sembilan anak.

rumah terbakar panggil bomba
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di rumah Norizan, turut terbakar kereta dan motosikal miliknya. Gambar kecil : Noraizan.
Menurutnya, dia yang dalam keadaan panik cuba memadamkan api di bilik tersebut dengan menyimbah air yang diangkut dengan baldi.

Katanya, sambil cuba memadamkan kebakaran dia juga sempat memeriksa semua empat bilik tidur khuatir ada yang terperangkap kerana seorang anaknya, Mohd Hisyam, 12, tidak ke sekolah.

“Mujur ketika kebakaran itu Mohd Hisyam keluar ke rumah kawannya, manakala tiga anak saya yang berusia tiga tahun, enam dan 16 bulan sedang bermain di halaman rumah.

“Lima anak yang lain berusia 17 hingga lapan tahun ke sekolah,” katanya.

Menurutnya, apabila api semakin marak dia terpaksa keluar menyelamatkan diri sehelai sepinggang bersama anak-anaknya.

Noraizan terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan kereta yang di parkir di halaman rumah kerana ketika kejadian itu, suaminya, Che Ibrahim Abah, 49, keluar ke kolam itiknya di Kampung Kutan.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Zakaria Hussien berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.58 tengah hari.

“Tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Tumpat dan Pengkalan Kubor ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 1.20 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan dan kerugian dianggarkan kira-kira RM73,000, apabila motosikal dan kereta mangsa turut terbakar,” katanya.

sumber- Sinar

Dua maut kenderaan bertembung

BALING - Dua pemandu maut ketika dalam perjalanan ke hospital setelah kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa bertembung di Kampung Kembai dekat sini kira-kira 3.15 petang, kelmarin.

Mangsa, Muhamad Khusani Abdul Majid, 43, dari Kampung Kemelong, Sik manakala Mujahid Sallehuddin, 23, dari Kampung Parit Panjang maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, Mujahid Sallehuddin yang memandu kereta jenis Satria cuba memotong kenderaan lain sebelum bertembung kereta jenis Waja yang dipandu Khusani.

foto kemalangan maut
Keadaan kereta yang remuk teruk dalam nahas sehingga menyebabkan dua pemandu maut.
Menurutnya, rempuhan itu mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Sementara itu, dalam kejadian lain, seorang penunggang motosikal turut maut di tempat dan hari yang sama pada jam kira-kira 8.50 malam selepas merempuh sebuah motosikal di hadapannya.

Mohd Nizam Idris, 18, dari Kampung Guar Tinggi maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala penunggang motosikal yang dirempuh itu mengalami kecederaan ringan.

Mat Daud berkata, rempuhan itu mengakibatkan mangsa terjatuh sebelum terhantuk di atas jalan raya.

Mangsa yang tidak menggunakan topi keledar itu mengalami kecederaan teruk iaitu keretakan di bahagian kepala sehingga mengakibatkan kematian.

Mat Daud berkata, mayat Mohd Nizam dan Mujahid dihantar ke Hospital Baling, manakala Muhamad Khusani dihantar ke Hospital Sungai Petani untuk dibedah siasat sebelum jenazah dituntut oleh ahli keluarga masing-masing.

sumber- Sinar

Bas rempuh rumah kedai

Bas rempuh rumah kedai
Bas henti-henti yang merempuh tembok bangunan lama sehingga menggemparkan orang ramai, semalam
TAMPIN - Orang awam yang berada di deretan rumah kedai berusia puluhan tahun di sempadan Tampin, Negeri Sembilan dan Tampin, Alor Gajah gempar seketika apabila sebuah bas henti-henti merempuh bangunan berkenaan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, lokasi terletak di sempadan dua negeri yang juga merupakan lokasi lampu isyarat di tengah-tengah bandar Tampin itu menyebabkan aliran trafik sesak seketika.

Menurut saksi, Ng Siew Fah, 55, berkata, ketika kejadian, dia sedang melayan pelanggan terkejut mendengar bunyi dentuman kuat sehingga menyebabkan premis kedainya bergegar.

“Akibat dentuman itu juga, batu bata terpelanting sehingga ke kaki lima bangunan dan saya terus keluar kedai sebelum mendapati bas itu terperosok ke dalam premis bersebelahan.

“Disebabkan bimbang rumah kedai berusia 80 tahun ini runtuh, saya menutup kedai selama kira-kira sejam,” katanya, semalam.

Sementara itu, Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu bas berusia 40-an gagal kawal kenderaan, lalu merempuh bangunan kedai hingga menyebabkan pintu dan tembok premis itu pecah.

“Bas berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari perhentian bas di pekan ini ke pejabat syarikat yang terletak di kawasan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Kuala Ina, Alor Gajah.

“Sebaik sahaja tiba di lampu isyarat di persimpangan Pulau Sebang-Tampin iaitu di tengah-tengah bandar Tampin, pemandu bas terbabit yang ingin membelok ke kanan hilang kawalan lalu merempuh kedai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan insiden berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

sumber-  Sinar

Remaja rogol bekas kekasih

KOTA BHARU- Akibat merogol bekas kekasih tiga tahun lalu di Machang, seorang remaja menerima padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Bagaimanapun tertuduh, Muhamad Azroy Azhar, 21,membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan hakim, Azman Mustapha selepas pertuduhan dibacakan juru bahasa mahkamah.

Muhamad Azroy yang berasal dari Machang itu, dituduh merogol bekas kekasihnya yang ketika itu berusia 15 tahun lapan bulan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Burok, Batu 30, Machang kira-kira jam 8 malam pada 8 Februari 2009.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

rogol bekas awek
Muhamad Azroy tenang ketika dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
Muhamad Azroy yang mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan itu, hadir ke mahkamah tanpa melantik peguam semalam .

Turut hadir ke mahkamah adalah ahli keluarganya sendiri.

Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Ahmad Salam Yusof yang mengendalikan kes tersebut memohon tarikh untuk sebutan pengurusan kes dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Mahkamah menetapkan 19 November ini untuk sebutan pengurusan kes.

sumber- Sinar

Tiga sekeluarga maut

Perodua Kancil
Keadaan kereta remuk setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 5 Jalan Muar-Tangkak, dekat sini kelmarin.
LEDANG – Hasrat seorang lelaki pulang ke kampung keluarganya di Bukit Pasir, Muar untuk mengambil buah jambu bersama serbuk asam, tidak kesampaian apabila terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 5 Jalan Muar-Tangkak, dekat sini kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 4.45 petang membabitkan sebuah kereta dengan lori yang sarat membawa muatan tong gas menyebabkan tiga daripada lima penumpang kereta Perodua Kancil iaitu Mohd Adzhar Abu Bakar, 29, dua anaknya, Mohd Wahyu, 3, dan Nursyifa Qistina yang berusia dua tahun mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, kesemua mangsa dilaporkan kritikal dan disahkan meninggal dunia beberapa jam ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Menurutnya, Mohd Wahyu meninggal dunia jam 6 petang, diikuti Nursyifa Qistina jam 9 malam dan Mohd Adzhar meninggal dunia pada jam 3 pagi semalam.

“Pemandu kereta merupakan isteri kepada Mohd Adzhar, Shahlasiah Abd Malik, 29, kini dirawat di HPSF dan keadaannya stabil. Manakala adik pemandu, Safawi Abd Malik, 20an, dilaporkan kritikal.

“Siasatan awal dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu hilang kawalan lalu memasuki laluan lori dari arah bertentangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, keadaan itu menyebabkan pemandu lori, Mohd Shahril Abu, 27, tidak dapat mengelak lalu bertembung dengan kereta berkenaan sebelum terbabas di bahagian kanan jalan.

“Akibat rempuhan kuat itu menyebabkan kereta Kancil remuk teruk di bahagian hadapan dan Mohd Adzhar tersepit di tempat duduk sebelah pemandu.

“Kita meminta saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shahril berkata, kejadian itu berlaku sekelip mata apabila kereta kancil tersebut tiba-tiba masuk ke laluannya sebelum merempuh lorinya secara berdepan.

“Mujur lebih 20 tong gas yang saya bawa tidak meletup dan hanya bahagian depan dan tepi lori  remuk,” katanya.

Difahamkan, kemalangan tersebut membuatkan jalan berdekatan Parit Bunga itu sesak sepanjang hampir satu kilometer.

sumber- Sinar

Sembunyi pelanggan bawah selimut

KOTA BHARU-Tindakan seorang tukang urut wanita yang menyembunyikan pelanggan lelaki di bawah selimut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, berjaya dihidu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dalam serbuan di sebuah pusat spa, di sini, petang Khamis lalu.

Dalam operasi terbabit, wanita berusia lingkungan 20-an itu pada mulanya tidak mahu membuka pintu bilik yang menempatkan pelanggan itu bersamanya, yang dikunci dari dalam sehingga menyebabkan pihak terbabit terpaksa menunggu hampir 20 minit di luar pintu bilik.

Serbuan yang diketuai oleh Pegawai penguat kuasa MKPB-BRI Inspektor Roslan Yusof, bersama 20 penguat kuasa MPKB dan JHEAIK yang dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Ramly Che Hussin berkata, dalam operasi yang dilakukan itu, pihaknya turut berjaya menahan wanita berkenaan serta lelaki itu yang sedang mendapatkan perkhidmatan mengurut.
tukang urut wanita
Tukang urut wanita yang ditahan bersama pelanggannya dalam serbuan Khamis lalu.
“Kita mengeluarkan tiga kompaun terhadap kesalahan menjalankan operasi spa tanpa lesen, di samping kompaun kepada tukang urut wanita yang tidak menutup aurat di bawah Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 serta menahan pelanggan berkenaan yang diserahkan kepada pihak jabatan agama.

“Aktiviti terbabit merupakan perlakuan yang memalukan dan menjatuhkan moral umat Islam memandangkan wanita itu beragama Islam yang menjalankan perkhidmatan mengurut kepada pelanggan lelaki.

"Pihak kami memandang serius aktiviti seumpama ini dan diharapkan agar peniaga yang menjalankan perniagaan spa, tidak menjalankan aktiviti seumpama ini. Perbuatan ini salah di sisi agama Islam memandangkan agama Islam menyuruh umatnya menjaga batasan perlakuan dengan lelaki bukan muhrim," katanya.

sumber- Sinar

20 bilik sewa berselerak alat hisap dadah

KUALA LUMPUR: Lebih 20 bilik sewa di Jalan Chow Kit, di sini, berselerak dengan peralatan menghisap syabu ketika serbuan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, bermula jam 12 tengah malam kelmarin hingga 3 pagi semalam.

Dalam operasi itu, polis menahan 15 lelaki termasuk lima yang memiliki dadah, tujuh ditahan mengikut Akta Imigresen dan tiga lagi dikehendaki polis kerana terbabit kes jenayah sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, operasi itu untuk menghapuskan gejala sosial dan penagihan dadah di kawasan terbabit.

“Hasil pemeriksaan, kami mendapati hampir keseluruhan penghuni bilik di Chow Kit terbabit aktiviti penagihan syabu, heroin dan ganja.

“Penagih terbabit melakukan pelbagai jenayah untuk mendapatkan wang bagi membeli bekalan,” katanya.

Menurutnya, kemungkinan banyak lagi kegiatan itu dilakukan penghuni di kawasan itu sekiranya pemeriksaan besar-besaran dilaksanakan. Lebih 100 individu diperiksa dan 15 daripadanya ditahan terhadap pelbagai kesalahan.

dapur syabu
gambar hiasan
Seramai 150 pegawai dan anggota polis yang dibantu Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terbabit pemeriksaan itu di Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu, Dataran Merdeka, Jalan Imbi dan Jalan P Ramlee.

Pemeriksaan dan serbuan yang dijalankan merangkumi pelbagai kesalahan jenayah termasuk kes dadah, pelacuran, samun dan ragut, parkir haram, pusat hiburan lebih masa dan kesalahan lalu-lintas.

“Sejak operasi berkala setiap hujung minggu diadakan, kami mendapati indeks kes jenayah di daerah ini menurun,” katanya.

sumber- HMetro

Bintang Red Devil disyaki memandu ketika mabuk

LONDON: Bintang Manchester United, Ryan Tunnicliffe ditahan semalam selepas kenderaan mewahnya bernilai 60,000 pound (RM300,000) terbabit nahas dalam tempoh beberapa jam selepas mendapatkan kuncinya.

Pemain bek tengah berusia 19 tahun itu menjalani ujian nafas selepas kejadian tengah hari itu dan ditahan kerana disyaki memandu ketika mabuk.

Menurut saksi, dia hilang kawalan ketika memandu kenderaan mewah Range Rover hitam apabila memandunya mengelilingi estet perindustrian.

Ryan Tunnicliffe
Ryan Tunnicliffe
Dia didakwa merempuh sebuah van menyebabkan ia tercampak sembilan meter ke tembok. Seorang saksi berkata, bintang Red Devil itu “kelihatan pucat seperti hantu” ketika polis bergegas ke tempat kejadian di Heywood, Manchester.

Nahas pada jam 2.15 petang itu berlaku beberapa minggu selepas Tunnicliffe muncul dalam perlawanan pertama Manchester United menentang Newcastle yang membantu bapanya Mick, memenangi pertaruhan RM50,000. Seorang saksi berkata: “Dia tergelincir di jalan raya yang basah.” 

sumber- TS

Jumlah anak luar nikah naik

CASABLANCA: Jumlah bayi ditinggalkan oleh ibu tidak berkahwin semakin membimbangkan, kata aktivis

Mereka menyalahkan prejudis di dalam masyarakat dan undang-undang lapuk sebagai punca masalah itu. 

Penganjur persidangan mengenai keganasan dan diskriminasi terhadap ibu tunggal dan kanak-kanak, Omar Kindi berkata, “Menurut maklumat yang kami kumpul daripada golongan yang menjaga kanak-kanak yang dilahirkan luar nikah, jumlah mereka semakin ramai.” 

Omar adalah Presiden Insaf, iaitu badan bukan kerajaan yang memberi sokongan kepada wanita dan kanak-kanak dalam kesusahan.

bayi di hospital
gambar hiasan
Menurut kajian yang dibuat oleh Insaf, 27,200 wanita muda melahirkan anak luar nikah pada 2009, dan sejumlah 8,760 bayi ditinggalkan iaitu bersamaan purata 24 bayi setiap hari. 

Pertumbuhan penduduk di Maghribi meningkat dan peningkatan bandar baru sejak berpuluh tahun kebelakangan ini meningkatkan interaksi antara lelaki dan wanita bujang di negara Islam konservatif ini. 

Omar dan aktivitis lain berkata, sikap dan undang-undang gagal menurut perubahan sosial seperti yang termaktub di dalam Artikel 490 Undang-Undang Jenayah di mana sesiapa yang didapati bersalah mengadakan seks luar nikah boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga setahun. 

Katanya, doktor di hospital bersalin enggan merawat wanita muda yang belum berkahwin walaupun mereka mangsa rogol majikan. 

sumber- AFP

Singapura masih negara kedua terkaya Asia

dolar Singapura

SINGAPURA: Kekayaan warga negara ini jatuh 2.5 peratus atau AS$25 bilion (RM 76.4 bilion) kepada AS$1 trilion (RM3.06 trilion) daripada pertengahan 2011 ke pertengahan tahun ini, menurut kajian laporan kekayaan baru-baru ini.

Sebab utama kejatuhan itu adalah pengurang dalam aset kewangan keluarga, termasuk produk saham dan insurans. 
Kekayaan purata untuk setiap dewasa jatuh empat peratus kepada AS$258,117 (RM789,192) pada tahun lalu. 

Namun begitu, Singapura masih lagi negara kedua terkaya di Asia selepas Jepun (keseluruhannya AS$269,708 (RM824,632) dan kelapan di dunia, menurut Laporan Credit Suisse 2012, Institut Kekayaan Global. 

sumber- Straits Times

Kaki skodeng kru kabin terlepas hukuman

TOKYO: Seorang lelaki yang suka mengintai menggunakan kamera berbentuk pen untuk mengambil gambar dari bawah skirt kru kabin wanita dalam penerbangan domestik di Jepun, berjaya mengelak daripada didakwa selepas pihak pendakwa raya gagal membuat keputusan di ruang udara wilayah mana pesawat itu berada waktu kesalahan itu dilakukan.

Menurut laporan di laman web akhbar Asahi, lelaki berusia 34 tahun itu menjulurklan tangannya dengan kamera kecil ketika duduk dan mengambil gambar kru kabin wanita.

skodeng bawah skirt
gambar hiasan
Ketika ditangkap, lelaki itu mengaku, berasa “bernafsu dengan wanita berseragam.” 

Lelaki itu dalam pesawat Penerbangan Jepun dari Takamatsu ke barat daya Tokyo, bulan lalu, menurut laporan awal Kyodo News. 

sumber- AFP

Budak maut dihempap TV

AMPANG: “Ketika suami mengangkat peti televisyen itu, anak saya sudah tidak bermaya. Telinga, hidung dan mulutnya juga berdarah,” kata Nor Azlin Mohd Ali, 31, ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang mati dihempap televisyen di rumahnya di Taman Ampang Saujana, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit Haris Hariz Khairil Anuar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.

Budak maut dihempap TV
ANGKAT...jenazah Haris dibawa bapanya selepas dibedah siasat di Hospital Ampang, semalam. Gambar kecil, Nor Azlin, tangisan terhenti.
Nor Azlin berkata, kejadian berlaku ketika anak bongsunya itu bermain-main dengan pakaian yang dimuatkan dalam laci almari setinggi satu meter di dalam bilik tidur yang turut menempatkan televisyen bersaiz 29 inci (73.6 sentimeter).

“Saya dan suami ketika itu berada di dalam bilik sementara dua lagi anak kami berusia lima dan lapan tahun bermain permainan komputer di dalam bilik saya.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi benda jatuh dan terus berpaling ke arah Haris sebelum terkejut apabila mendapati peti televisyen sudah menghempapnya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Ampang, di sini, semalam.

sumber- HMetro

Hanya turun sekilogram selepas belanja RM100,000

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 47 tahun yang dikenali sebagai Wong, berkata, dia membelanjakan Sg$40,000 (RM100,000) untuk program melangsing badan selama tiga bulan, tetapi hanya berjaya menurunkan berat badan sebanyak sekilogram saja.

Kini, dia menuntut klinik itu menghentikan program menurunkan berat badan dan memulangkan wangnya. 
Wong, seorang pekerja sosial berkata, dia menyertai program mengurangkan berat badan di Klinik Hougang tetapi tidak mendapat keputusan yang diingini. 

“Pada asalnya, berat badan saya 72.3 kilogram dan turun 70.7 kilogram selepas tiga bulan. Penurunan dalam satu kilogram saja,” katanya.

awek gemuk
gambar hiasan
Dia berkata, beberapa pekerja di klinik itu tidak berpengalaman dan tidak profesional.

“Mereka membalut saya dengan plastik pembalut seperti mumia dan meminta saya “melompat” ke bilik lain untuk rawatan. Seorang pekerja masih berjenaka yang dia tidak akan dapat mengangkat saya sekiranya saya tidak boleh berjalan sendiri. Dia benar-benar tidak profesional,” katanya. 

Akhirnya Wong terpaksa berjalan perlahan-lahan ke bilik yang menyebabkan dia berasa sangat malu. 

Katanya, sejak hari itu dia membuat keputusan untuk mengurangkan berat badan dengan cara lebih sihat dan bersenam. 

sumber- Asiaone

Psy ajar pelumba F1 tarian kuda

F1 gangnam style
PSY (tengah), Webber (kiri) dan Vettel menari tarian kuda di litar perlumbaan Formula Satu di Yeongam semalam.
YEONGAM - Penyanyi Korea Selatan yang terkenal dengan tarian kudanya, Psy, 34, mengajar pelumba Formula Satu (F1) Mark Webber dan Sebastian Vettel cara untuk menari tarian itu di Litar Antarabangsa Korea di sini semalam.

Dia mengajar kedua-dua pelumba pasukan Red Bull itu sebelum perlumbaan FI Korea Selatan bermula.

"Satu, dua, tiga, empat dan anda," kata Psy semasa dia mengajar tarian tersebut dengan menunjukkan lengannya seolah-olah seperti menunggang kuda.

Ketiga-tiga mereka kemudian menari tarian tersebut di depan puluhan jurugambar dan peminat yang bertepuk tangan serta bersorak.

Vettel kemudian bertanya kepada Psy tentang wanita-wanita cantik seperti yang terdapat dalam muzik video lagu Gangnam Style.

"Malangnya, tidak ada wanita seksi di sini," kata penyanyi tersebut sambil ketawa sebelum dia dan beberapa pengawal keselamatan yang berpakaian biasa beredar.

"Ia merupakan tarian yang keras," tambah Psy yang merupakan duta F1 Korea Selatan.

F1 gangnam style
PSY membuat persembahan pada konsert untuk meraikan Formula Satu di Litar Antarabangsa Korea di Yeongam semalam.
Psy, 34, menjadi popular di dunia kerana tarian kuda yang dipersembahkannya dalam muzik video Gangnam Style.

Muzik video itu telah ditonton lebih 450 juta kali di laman YouTube.

Bagaimanapun, penyanyi kelahiran itu masih terkejut dengan populariti tarian kuda tersebut.

Ketika ditanya oleh wartawan agensi berita AFP tentang kejayaan lagu tersebut yang mengungguli kedudukan teratas carta lagu di seluruh dunia, dia berkata: "Ia luar biasa. Saya tidak bersedia untuk itu."

Psy turut mengibar bendera perlumbaan itu yang dimenangi Vettel.

sumber- Agensi

Perlumbaan lembu di sawah padi

Perlumbaan lembu
SEJUMLAH penonton menyaksikan pertandingan perlumbaan Pacu Jawi. - Agensi
PADANG PANJANG, Sumatera Barat – Satu perlumbaan lembu di kawasan sawah padi diadakan di sini kelmarin.

Sukan itu dikenali sebagai Pacu Jawi dalam kalangan penduduk Minangkabau.

Ia diadakan selepas musim menuai padi berakhir. Pada perlumbaan itu, seorang lelaki akan berdiri di atas sekeping papan yang ditarik dua ekor lembu.

Lelaki itu turut memukul ekor haiwan itu supaya berlari dengan lebih pantas untuk menewaskan pesaingnya. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...