Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Saturday, March 9, 2013
Kenderaan pelik di China
Sebuah kenderaan pelik telah kelihatan di sebuah pusat bandar di China. Ianya kelihatan seperti sebahagian kereta yang digabungkan bersama sebuah kontena tapak pembinaan.
Pihak polis di Chongqing, China masih mencari pemilik kenderaan tersebut. Ianya telah ditinggalkan sejak beberapa minggu yang lalu di pusat bandar dan masih belum dituntut.
Secara jelas, kenderaan ini tiada pintu malah tempat duduk juga tidak disediakan. Amat meragukan dan masih menjadi misteri bagaimana pemandunya boleh memuatkan diri di tempat yang sempit antara kontena yang dibawa dan juga stereng.
Anjing yang pandai membantu tuannya
Seekor anjing berusia tiga tahun yang diberi nama Huabei merupakan anjing yang terlatih. Pemiliknya, Li Binyin, 68, telah melatih Huabei sejak dua tahun yang lalu bagi membawa barangan keperluan yang dibeli. Huabei sering dibawa untuk membeli belah di sebuah pasar yang terletak di Kaili, wilayah Guizhou, China. Sebuah kereta khas dihasilkan oleh Li bagi memudahkan Huabei untuk mengusung barangan tersebut. Berat yang mampu ditanggung oleh Huabei boleh mencecah lebih dari 50 kilogram.
Lelaki tersangkut di lorong sempit antara dua rumah
Ianya adalah detik dimana seorang lelaki cina yang malang baru menyedari bahawa jalan pintas untuk pulang ke rumahnya tidak seluas yang disangka. Jian Tsui dalam perjalanan pulang dari sebuah bar yang terletak di wilayah Zhejiang, timur China, kira-kira pada pukul 1 pagi dan memutuskan untuk memasuki celahan dua biji rumah sebagai jalan pintas. Namun tanpa disedari dia akan terperangkap dalam insiden yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidupnya.
"Ianya berlaku pada awal pagi yang sejuk, jadi saya memutuskan untuk mengambil jalan pintas. Malangnya saya terperangkap dan tidak mampu untuk bergerak ke mana-mana. Saya cuba menjerit meminta pertolongan tetapi suara tidak terkeluar kerana saya tidak dapat bernafas dengan baik."
Jian akhirnya ditemui oleh seorang individu yang dalam perjalanan untuk ke tempat kerja. Dia mengalami sedikit kecederaan dan lebam-lebam ketika jiran sekampung cuba untuk menariknya.
Disebabkan tiada cara lain, dinding salah sebuah rumah tersebut terpaksa dipecahkan bagi membolehkan Jian dibawa keluar. Jian kemudiannya bebas dari insiden yang mencemaskan tersebut tetapi masih perlu memikirkan ganti rugi yang harus dibayar bagi dinding yang telah dipecahkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)