Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, August 8, 2012

Sabun termahal di dunia

Sabun termahal di dunia

Sekali imbas, sabun ini nampak biasa sahaja tetapi sama ada percaya atau tidak, harganya ialah $124. Kenapa harganya begitu mahal? Sabun ini sebenarnya dilarutkan dengan emas 24 karat.

Ada yang mendakwa pemakaian sabun ini baik untuk kesihatan kerana emas dikatakan mampu melancarkan peredaran darah serta merangsangkan pertumbuhan sel kulit. Selain itu, sabun tersebut juga bertindak sebagai anti oksigen.

Mutiara tertua di dunia

Mutiara tertua di dunia

Pernahkah anda melihat mutiara berusia ribuan tahun? Mutiara tertua di dunia ini telah ditemui di Arab Saudi baru-baru ini.

Mutiara tersebut dijumpai oleh para penyelidik di tanah perkuburan Umm Alquwain, Arab Saudi yang telah tertanam sekitar tahun 5547 hingga 5235 SM.

Menurut laporan, mutiara yang dijumpai itu bukanlah dari laut sebaliknya dari tanah perkuburan itu sendiri.

Ini kerana, masyarakat zaman dahulu meletakkan mutiara pada muka atau bibir jenazah sebelum dikebumikan.

Kajian tersebut dilakukan oleh beberapa orang saintis dari Perancis.

Menerusi penemuan itu, penyelidik percaya penangkapan tiram mutiara terawal adalah bermula dari negara Teluk Arab.

Sebelum ini, terdapat kajian yang menunjukkan Jepun adalah negara pertama memulakan penangkapan tiram mutiara.

Namun, tidak dapat dinafikan mutiara merupakan antara hasil dagangan terpenting dalam kemajuan negara-negara Arab.

Malah, hingga ke hari ini Arab Saudi masih menjadi salah sebuah negara pusat tumpuan mutiara.

Menurut laporan Discovery News, mutiara tertua yang dianggarkan berumur melebihi 7,500 tahun itu memiliki diameter 0.07 inci dan masih lagi berada dalam keadaan yang baik.

Persiapan nikah tinggal kenangan

HIBA...Che Ku Nurul Hamizah (tengah) mencium baju raya milik kakaknya yang sudah siap sambil ditemani Tuan Roshani (kiri) dan Che Ku Md Amin. Gambar kecil, majlis pertunangan arwah (kiri).
HIBA...Che Ku Nurul Hamizah (tengah) mencium baju raya milik kakaknya yang sudah siap sambil ditemani Tuan Roshani (kiri) dan Che Ku Md Amin. Gambar kecil, majlis pertunangan arwah (kiri).
KUALA TERENGGANU: “Arwah sudah membuat persiapan untuk hari perkahwinannya, tetapi apakan daya, hasratnya tidak kesampaian,” kata Che Ku Md Amin Che Ku Embong, 62, bapa kepada Che Ku Nurul Hamimie, 22, yang maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung ambulans di Kampung Kepong, Pengadang Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, seorang warga emas, Ngah Ismail, 70, yang berada di dalam ambulans berkenaan turut meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, pada jam 10.30 malam kelmarin.

Che Ku Nurul Hamimie pula yang dijadual berkahwin selepas Aidilfitri meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital yang sama pada jam 8.15 malam akibat cedera parah di kepala dan organ dalaman.

Ketika kejadian, Che Ku Nurul Hamimie yang bekerja sebagai jurujual kedai bunga di bandar raya ini, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kepong, di sini, dengan menunggang motosikal.

Difahamkan, setiba di lokasi kejadian, dia ingin membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat Kampung Kepong, di sini, namun bertembung dengan ambulans yang dalam perjalanan ke HSNZ.

sumber- HMetro

Gempar! Unta telan wanita hidup-hidup

Kejadian ini berlaku di negara arab di mana seekor unta 'gila' menelan wanita hidup-hidup ketika dia sedang melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap unta tersebut.

Wanita yang juga merupakan doktor haiwan itu mengalami kecederaan ringan akibat tindakan gila unta tersebut. Untuk pengetahuan, unta merupakan haiwan herbivor di mana ia hanya memakan tumbuhan dan mustahil baginya memakan daging walau dalam apa jua keadaan.

Lokasi kejadian dan identiti doktor haiwan tersebut dirahsiakan kerana ingin menjaga nama baiknya serta negara tersebut. Hasil laporan mengesahkan Unta tersebut mengalami masalah mental.

Unta telan wanita hidup-hidup
Letak cursor pada foto untuk kisah selanjutnya

Pelik! Jus katak yang menyihatkan

SEBUAH restoran di Lima, Peru memperkenalkan sejenis minuman yang rasanya anda sama sekali tidak akan minum!

Sejak 15 tahun lalu, restoran berkenaan menjual jus yang sangat pelik iaitu jus katak segar.

Jus katak yang menyihatkan

Anehnya, kebanyakan penduduk tempatan di situ meminum jus berkenaan setiap hari kerana mereka mengatakan yang ia memberi tenaga.

Pemilik restoran itu, Carmen Gonzales berkata, dia dan beberapa pemilik gerai menjual jus ‘Jugo de Rana’ ciptaannya kepada penduduk tempatan dan pelancong yang berani mencuba jus ‘sedap’ itu.

Jus katak yang menyihatkan
Jus katak yang menyihatkan

Dia menjual lebih kurang 80 minuman berasaskan katak setiap hari, dan kebanyakan pelanggannya meminum jus itu sebagai minuman sarapan pagi kerana ia memberikan mereka tenaga sepanjang hari.

Katak yang digunakan diperoleh dari Tasik Titicaca yang terkenal, yang terletak pada aras tinggi di selatan Peru.

Jus katak yang menyihatkan
Jus katak yang menyihatkan

Cara jus katak segar dibuat ialah katak dibunuh dengan menghentaknya ke atas jubin, dibuang kulit dan dimasukkan ke dalam pengisar bersama 20 bahan lain termasuk kacang putih, madu, pokok lidah buaya, malta, maca (sejenis akar Andean yang juga dipercayai boleh meningkatkan tenaga dan nafsu seks) dan kadang-kala wain (arak).

Jus katak yang menyihatkan
Jus katak yang menyihatkan

Minuman ‘sedap’ itu juga dikenali sebagai ‘Peruvian Viagra’ (Viagra Peru) yang berharga hampir RM7, tetapi bagi  para peminat jus pelik itu berkata ia berbaloi setiap sen untuk kesannya pada badan mereka.

sumber- mynewshub

Sidai anjing kerana bosan

anjing sidai

Di Filipina, seorang pemuda, Jerzon Senador bakal berdepan dakwaan melakukan kekejaman pada haiwan selepas dia menyidai seekor anak anjing pada penyidai pakaian.

Senador menggunakan beberapa penyepit pakaian untuk menyidai haiwan itu sebelum dia merakamkan beberapa gambar anak anjing tersebut. Dia kemudian menyiarkan beberapa gambar haiwan itu yang disepit pada penyidai pakaian di laman Facebook baru-baru ini.

Namun, pemuda tersebut meminta maaf selepas pengguna-pengguna Facebook menyuarakan kemarahan mereka. Senador menyatakan dia melakukan perbuatan itu setelah diselubungi kebosanan. Lebih 3,000 pengguna laman itu menyertai kempen bagi meminta Senador dihukum ekoran perbuatan tersebut. Persatuan Kebajikan Haiwan Filipina telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu. 

sumber- Agensi

Kolam renang terbesar di dunia

Kolam renang ini tercatat dalam Guinness Book of Records sebagai kolam renang terbesar di dunia. Kolam renang di pinggir pantai ini panjangnya mencecah 1013 meter (1 kilometer lebih) dan luasnya mencecah 8 hektar. Ianya terletak di pinggir pantai Chili dan dapat menampung sehingga 66 juta galen air pada satu-satu masa.

Kolam renang terbesar di dunia

Kolam renang ini memerlukan 5 tahun untuk disiapkan sepenuhnya dan ketika pembukaan, ia menarik ramai pelancong ke San Alfonso del Mar resort di Algarrobo, pantai selatan Chili dimana terletaknya kolam renang ini.

Kolam renang terbesar di dunia

Ia menggunakan pam dan sistem penyaringan yang dikendalikan oleh komputer untuk sentiasa menjaga air di dalamnya agar terus segar dengan sistem kitaran tetap. Pamnya menyedut dan menyaring air laut pada satu sisi, dan mengepamnya keluar pada sisi lainnya. Suhu yang ditetapkan ialah 26 darjah celcius, lebih tinggi sekitar 9 darjah dari suhu air laut di sekitarnya.

Kolam renang terbesar di dunia

Kolam renang ini di reka oleh ahli biokimia yang berasal dari Chili, Fernando Fischmann dengan memanfaatkan sumber air laut yang tidak pernah habis dan menjaga alam sekitar.

Kolam renang terbesar di dunia

Pelik! Makan daging gajah mentah

Sejak 400,000 tahun lalu menurut kajian yang dilakukan oleh profesor di University Tel Aviv, daging gajah menjadi makanan rutin untuk mereka yang berada di Asia Tengah. Daging gajah adalah 60 peratus daripada makanan yang diambil oleh mereka. Ini kerana daging gajah mampu memberi protein yang cukup untuk mereka sepanjang tahun. Kini, di Asia Tengah, daging gajah kurang menjadi tumpuan kerana terlalu banyak gajah yang pupus di kawasan tersebut. Afrika pula menjadi lokasi di mana orang ramai memakan daging gajah yang mentah sebagai rutin pemakanan mereka.

Makan daging gajah mentah
Makan daging gajah mentah
Makan daging gajah mentah

Kerana cinta, suami jadikan mayat isteri sebagai hiasan meja kopi

Jeff Green, 32, yang menetap di Arizona, Amerika Syarikat amat menderita dan mengalami tekanan perasaan yang serius apabila isterinya Lucy telah meninggal dunia akibat penyakit jantung pada usia 29 tahun. Semasa urusan pengkebumian hendak dijalankan tiba-tiba Jeff mengambil keputusan untuk tidak membiarkan Lucy pergi meninggalkan dirinya begitu saja kerana amat mencintai isterinya.

Dengan kebenaran pihak berkuasa Jeff telah di benarkan untuk membawa mayat isterinya pulang ke rumah. Jeff menjadikan mayat Lucy sebagai meja kopi untuk diletakkan di ruang tamu rumahnya setelah menempah satu meja kaca khas berharga USD $6000.00 yang berupaya menghilangkan bau busuk mayat isterinya itu.

Rakan-rakan dan saudara-maranya begitu takut untuk pergi kerumahnya selepas kejadian itu tetapi ada juga beberapa orang kawan baiknya tetap menghormati keputusan Jeff dan terus tetap melawatnya.

suami jadikan mayat isteri sebagai hiasan meja kopi

Jambatan kaca paling menakutkan

HUNAN - China sememangnya terkenal dengan pembinaan laluan berbahaya bagi menjadi salah satu tarikan kepada pelancong luar untuk berkunjung ke negara itu.

Jambatan kaca paling menakutkan

Pelancong yang tidak gayat berada di tempat tinggi, pasti teruja untuk mencuba pengalaman baru berjalan melalui jambatan tergantung diperbuat daripada kaca pada ketinggian 1,432 meter dari paras laut di Gunung Tianmen, wilayah Hunan sambil menikmati pemandangan indah alam semula jadi.

Jambatan kaca paling menakutkan

Bagi memastikan kebersihan laluan tersebut, pelancong diminta membuka kasut, sebelum melalui jambatan sepanjang 60 meter yang disambungkan ke kemuncak cenuram bahagian barat antara Gunung Tianmen dan Zhang Jiajie tersebut.

Jambatan kaca paling menakutkan

Pelancong boleh menyaksikan keindahan pelbagai spesies tumbuhan yang jarang dilihat, menerusi kaca kristal di bawah kaki mereka dan pe­ngalamannya seperti sedang berjalan di udara.

Jambatan kaca paling menakutkan

Gunung Tianmen turut digelar sebagai ‘Pintu ke Syurga’ kerana pelancong dapat menyaksikan gua besar semula jadi di hampir separuh perjalanan menuju ke puncak.

Perkhidmatan kereta kabel didakwa terpanjang di dunia juga disediakan di tempat pelancongan itu.

Jambatan kaca paling menakutkan

Sebelum ini, sebuah kawasan pelancongan di Gunung Shifou terletak di wilayah Hunan juga telah menerima kritikan banyak pihak.

 Mereka mendakwa laluan pejalan kaki diperbuat daripada papan kayu nipis tersebut, tidak dilengkapi ciri- ciri keselamatan, sekali gus membahayakan pelancong.

sumber- Sinar

Surat khabar terkecil di dunia

Akhbar First News telah menerima pengiktirafan daripada Guinness World Record kerana mencetak surat khabar terkecil di dunia dengan ukuran 32x22mm. Surat khabar bersaiz ibu jari manusia ini mudah untuk dibawa serta disimpan. Walaupun saiznya terlalu kecil, namun tulisannya masih mampu dibaca oleh penglihatan normal.

Surat khabar terkecil di dunia
Surat khabar terkecil di dunia
Surat khabar terkecil di dunia
Surat khabar terkecil di dunia
Surat khabar terkecil di dunia
Surat khabar terkecil di dunia
Surat khabar terkecil di dunia

Syiling antik termahal di dunia

Syiling antik termahal di dunia
ORLANDO, Amerika Syarikat (AS) - Satu keping duit syiling satu sen (RM0.03) pada tahun 1793 dilelong dengan harga AS$1.38 juta (RM4.34 juta) pada satu lelongan di Florida.

Seorang kakitangan firma Heritage Auctions, James Halperin memberitahu bahawa nama orang yang membelinya tidak didedahkan tetapi dia merupakan seorang pengumpul koleksi duit.

Duit tersebut dibuat di Mint di Philadelphia pada 1793 iaitu tahun pertama AS menghasilkan duitnya sendiri.
Salah seorang pemilik awal duit tersebut ialah seorang ahli perbankan dari Baltimore, Louis E. Eliasberg, Sr.
Eliasberg yang diberi gelaran sebagai raja duit syiling sebelum kematiannya pada tahun 1976.

Dia menyimpan koleksi yang mengandungi sekurang-kurangnya satu keping contoh duit syiling yang telah dikeluarkan oleh kilang syiling AS, Unites States Mint. 

sumber- AP

Teh termahal di dunia adalah teh terjijik di dunia.

Kopi luwak dari pencernaan najis musang yang berasal dari Indonesia merupakan kopi termahal di dunia. Dari situlah, timbul idea seorang pakar dari China, An Yanshi, untuk membuat ramuan teh termahal di dunia. 

Teh termahal di dunia

An Yanshi yang juga seorang pensyarah mengatakan, teh paling mahal di dunia ini dibuat dari najis panda. Dia telah mengumpulkan lima tan najis panda untuk mencipta teh yang pelik. 

Dia percaya, teh yang dibuat dari najis panda mampu menaikkan aroma dan rasa yang unik bagi peminumnya. Teh najis panda dijual dengan harga £50 000 untuk 1kg.

"Panda memiliki sistem pencernaan yang kurang baik dan hanya menyerap sekitar 30% dari apa yang mereka makan. Itu bererti, najis mereka kaya dengan serat dan nutrisi, " jelas Yanshi seperti dipetik dari Metro.

Teh termahal di dunia

"Teh najis panda akan mengeluarkan aroma istimewa seperti kacang," katanya. 

Bagi meneruskan hasratnya, Yanshi mengumpulkan najis tersebut dari pusat Panda di Chengdu, Sichuan, Selatan China. Dia merancang ingin menempa nama dalam Guiness World Record untuk 'Teh Termahal Di Dunia'.

Hingga hari ini, kopi luwak dikenali sebagai kopi termahal di dunia. 450 gram kopi tersebut dijual dengan harga £100.

Teh termahal di dunia

Cili terpedas di dunia

CHANGPOOL, India: Cili terpedas di dunia terdapat di kawasan pergunungan Barat Laut India yang dikenali sebagai “Bhut Jolokia” atau “Ghost Chilli”. Cili ini juga terdapat di Bangladesh dan Sri Lanka. Saiz cili Bhut Jolokia ialah sekitar 60 - 85mm. Ianya berwarna merah atau oren apabila matang.

cabai terpedas di dunia, cili terpedas di dunia, lada terpedas di dunia,

Cili ini dikatakan mempunyai skala kepedasan sebanyak 855,000 – 1,075,000 mengikut skala Scoville Heat, manakala skala kepedasan cili api (Bird’s Eye Chilli) yang sudah cukup pedas kepada kita cuma 50,000-100,000 mengikut skala Scoville Heat. Ini bermakna cili Bhut Jolokia adalah 17 kali lebih pedas daripada cili padi dan 28.5 kali lebih pedas daripada sos Tabasco.

Bhut Jolokia

Gambar seorang petani memetik “Bhut jolokia” atau “ghost chili” di sebuah ladang di Changpool, yang terletak di Barat Laut India, dalam negeri Assam. Cili Bhut jolokia yang bersaiz sebesar ibu jari ini telah dinobatkan sebagai cili terpedas di dunia oleh Guinness World Records.

kadar indeks kepedasan cili

Kereta Adolf Hitler Dijual Dengan Harga 15 Juta Dollar

Kereta Mercedes Benz model 770 K kepunyaan Adolf Hitler seperti yang diceritakan CNN, kini berada di tangan seorang jutawan Rusia yang tidak mahu dikenali. Dia membeli kereta tersebut dengan harga US$15 juta.

Menurut seorang penjual kereta lama di Duesseldorf, Jerman, Michael Froehlich berkata, kereta itu dibeli oleh wakil jutawan Rusia tersebut. Dia datang ke pejabatnya untuk menjejaki di mana kereta tersebut berada. Froehlich sangat terkejut dan menolak permintaannya.

Namun begitu, wakil tersebut tetap berusaha menjejaki tempat di mana letaknya kereta kepunyaan Adolf Hitler ini. Akhirnya dia menjumpai kereta itu di tangan seorang penjual kereta lama di Bavaria, Jerman. Sebelum ini, kereta tersebut pernah diletakkan di muzium kereta klasik di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Adolf hitler car's
Adolf hitler car's

Bayi koma sebulan kembali sedar

DANIALL kembali sedar selepas koma lebih sebulan akibat pendarahan otak kesan dari hentakan kuat ketika dalam jagaan pengasuh.
DANIALL kembali sedar selepas koma lebih sebulan akibat pendarahan otak kesan dari hentakan kuat ketika dalam jagaan pengasuh.
ALOR SETAR – Tiada apa yang lebih menggembirakan hati seorang ibu apabila mendapati bayinya yang sebelum ini koma selepas mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat hentakan kuat ketika dalam jagaan pengasuhnya kembali sedar dan memberi reaksi positif.

Bayi berusia lima bulan, Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan yang sebelum ini koma lebih sebulan lalu mula sedar pada 23 Julai lepas selepas menjalani rawatan intensif di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Ibunya, Rosmira Ramli (gambar kecil), 28, memberitahu, dia bersyukur kerana doanya agar Daniall (panggilan manja Muhammad Taufiq Daniall) sedar dan sembuh seperti bayi sihat lain dimakbulkan Tuhan.

Katanya, khabar itu seakan memberi kegembiraan berganda kepadanya kerana anaknya sedar ketika umat Islam sedang bersiap-siap untuk meraikan Aidilfitri yang bakal menjelang.

“Saya terkejut dan air mata saya terus mengalir apabila melihat anak tunggal saya sedar daripada koma dan mulai sembuh sedangkan pada awalnya harapannya untuk sedar adalah tipis,” cerita pekerja pasar raya itu ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

sumber- Kosmo

Simpan enam juta tulang manusia

GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seorang pengkaji  terowong itu berjalan di barisan tulang dan tengkorak manusia.
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seorang pengkaji  terowong itu berjalan di barisan tulang dan tengkorak manusia.
PARIS - Bandar raya ini mempunyai daya tarikan pelancong di bawah tanah iaitu sebuah tempat simpanan tinggalan enam juta tulang manusia.

Menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin, terowong bawah tanah itu dikenali sebagai Empayar Kematian Paris.

Terowong bawah tanah itu dijadikan tempat menyimpan rangka manusia sejak abad ke-18 bagi menyelesaikan masalah kawasan kubur yang terhad di Paris.

Menurut laman web CNN, pada 1786, kawasan perkuburan di Paris didapati tidak lagi mempunyai ruang untuk menanam mayat.

Ketika itu, mayat-mayat tersebut terpaksa dikebumikan dekat dengan kediaman manusia.

Terowong bawah tanah itu terdapat di Place Denfert-Rochereau dekat daerah Montparnasse di sini.

Sesiapa yang didapati menceroboh masuk ke dalam terowong sejauh 249.44 kilometer itu akan dikenakan denda sebanyak 60 euro (RM230.88).

Beberapa anggota polis mengawal terowong itu. 

sumber- Agensi

Bieber beri nasihat pada Putera William

PUTERA WILLIAM (kanan) duduk bersama isterinya, Kate Middleton semasa menonton perlumbaan basikal berpasukan lelaki pada sukan Olimpik di London pada 2 Ogos lalu.
PUTERA WILLIAM (kanan) duduk bersama isterinya, Kate Middleton semasa menonton perlumbaan basikal berpasukan lelaki pada sukan Olimpik di London pada 2 Ogos lalu.
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Justin Bieber menasihati pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William supaya mendapatkan rawatan berhubung rambutnya yang semakin nipis, lapor portal berita Stv kelmarin.

Penyanyi Kanada itu berkata, beliau terkejut apabila mendapati keluarga diraja Britain itu belum mendapatkan rawatan bagi memulihkan semula rambutnya.

"Maksud saya kini terdapat ubat bagi merawat masalah tersebut seperti Propecia," katanya dalam satu wawancara dengan majalah Rollercoaster.

"Saya tidak tahu mengapa beliau tidak mendapatkan produk ini. Anda cuma perlu mengambil Propecia dan rambut anda akan tumbuh semula. Mustahil ubat itu tidak dijual di Britain," tambahnya.

Pada tahun 2010, seorang jurucakap firma rawatan rambut, Rogaine memberitahu bahawa mereka mahu menggunakan Putera William sebagai wajah jenama itu.

"Kami melihat kepala Putera William semakin botak sejak beberapa tahun lalu dan kami percaya Rogaine dapat membantunya mengatasi masalah ini," kata seorang wakil syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, pelakon Hollywood, Jennifer Aniston mempertahankan keguguran rambut Putera William.

Dalam satu temu bual bersama stesen radio Capital FM aktres berkenaan berkata, Putera William tidak perlu mengubah apa yang berlaku pada dirinya.

"Maksud saya jika beliau mendapatkan rawatan penanaman, kita pula akan menyebabkan beliau mendapatkan transplan rambut. Saya fikir beliau kelihatan kacak seperti aktor Ed Harris dengan keadaan sekarang," kata Aniston. 

sumber- Agensi

Televisyen Syria siar imej Bashar

STESEN televisyen Syria menunjukkan Bashar menemui Saeed di Damsyik semalam.
STESEN televisyen Syria menunjukkan Bashar menemui Saeed di Damsyik semalam.
DAMSYIK - Presiden Bashar Al-Assad muncul di televisyen Syria buat kali pertama dalam tempoh lebih dua minggu semalam apabila beliau melayan kunjungan utusan dari Iran ketika tenteranya menggempur pemberontak di bandar Aleppo.

Dalam imej itu, Saeed Jalili yang merupakan penasihat kanan pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menemui Bashar selepas beliau tiba dari Lebanon, sehari selepas Perdana Menteri, Riad Hijab berpaling tadah memihak kepada pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA).

"Bashar dan Saeed membincangkan hubungan dua hala antara Syria dan Iran selain situasi di rantau berkenaan," lapor stesen televisyen Syria.

Kali terakhir rakaman Bashar disiarkan adalah ketika beliau menerima kunjungan ketua tentera yang baharu, Jeneral Ali Ayyub pada 22 Julai lalu, empat hari selepas serangan bom meragut empat nyawa ketua kanan keselamatan negara berkenaan.

Media Iran memetik Saeed sebagai memberitahu Teheran percaya satu dialog kebangsaan antara semua pihak terbabit merupakan jalan penyelesaian kepada krisis di Syria dan bukannya campur tangan asing.

"Kami berharap dapat mengambil langkah efektif berhubung hala tuju baharu ini," kata Saeed.

Di Beirut kelmarin, beliau mengeluarkan amaran kepada negara-negara yang menyokong pemberontak.

"Mereka yang percaya bahawa dengan mencetuskan kekacauan di negara-negara rantau ini menerusi penghantaran senjata dan mendalangi keganasan, mereka dapat menjamin keselamatan tetapi mereka sebenarnya silap," katanya kepada Menteri Luar Lebanon Adnan Mansour.

Di Aleppo, pertempuran antara tentera dan pemberontak menggegarkan beberapa kawasan di pusat bandar raya berkenaan awal semalam.

Kumpulan Pemerhati Syria Bagi Hak Asasi Manusia menyatakan, sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam pertempuran di Aleppo dengan angka kematian di seluruh Syria setakat semalam berjumlah 57 orang. 

sumber- AFP

Manila dilanda banjir

SEORANG bapa mendukung anak di belakang badannya semasa dia menggunakan tali untuk menyelamatkan diri ketika banjir melanda di Kampung Tumana, pinggir Manila semalam.
SEORANG bapa mendukung anak di belakang badannya semasa dia menggunakan tali untuk menyelamatkan diri ketika banjir melanda di Kampung Tumana, pinggir Manila semalam.
MANILA - Separuh bandar raya Manila ditengelami air semalam, kata beberapa pegawai ketika hujan lebat melumpuhkan ibu kota Filipina itu.

Puluhan ribu penduduk meninggalkan rumah mereka manakala sejumlah penduduk terperangkap di atas bumbung.

Sebuah kawasan setinggan dilanda tanah runtuh menyebabkan 15 orang mati dekat bandar raya ini.

SEBUAH kereta terperangkap di sebatang jalan raya di Manila.
SEBUAH kereta terperangkap di sebatang jalan raya di Manila.
Jumlah itu mengakibatkan 68 orang maut sejak minggu lalu kerana cuaca buruk di negara ini.

Seorang peramal kaji cuaca, Gine Nievarez memberitahu: "Jika kami meletakkan peratusan, sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk Manila dilanda banjir." 

sumber- AFP

Gunung berapi New Zealand meletus

BEBERAPA buah rumah di sebuah ladang dilitupi debu yang dihamburkan daripada gunung berapi Tongariro, New Zealand semalam.
BEBERAPA buah rumah di sebuah ladang dilitupi debu yang dihamburkan daripada gunung berapi Tongariro, New Zealand semalam.
WELLINGTON - Gunung Tongariro di sebuah taman negara New Zealand semalam meletus buat kali kedua dalam tempoh lebih sedekad lalu.

Beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan selepas gunung tersebut menghamburkan debu tebal.

Kelmarin, gunung tersebut hanya menghamburkan batu dan debu selama 30 minit.

Sejumlah penduduk meninggalkan rumah bagi menyelamatkan diri.

Jabatan Pemuliharaan semalam menyatakan tiga pendaki yang tinggal di sebuah pondok berjaya menyelamatkan diri keluar dari kawasan gunung tersebut dengan selamat. 

sumber- Agensi

Masjid di AS dibakar, mungkin kerana khianat

SEORANG anggota bomba memadamkan api di bangunan masjid di Joplin yang terbakar kelmarin.
SEORANG anggota bomba memadamkan api di bangunan masjid di Joplin yang terbakar kelmarin.
JOPLIN, Missouri - Sebuah masjid di barat daya negeri Missouri, Amerika Syarikat terbakar kelmarin dalam kebakaran kedua di pusat Islam tersebut dalam tempoh kurang sebulan.

Pihak berkuasa menyelongkar timbunan runtuhan masjid tersebut seharian kelmarin untuk mencari bukti kemungkinan kebakaran disebabkan oleh perbuatan khianat.

Pejabat Syerif Daerah Jasper memberitahu, tiada kecederaan dilaporkan tetapi bangunan masjid Persatuan Islam Joplin ranap dalam kebakaran yang mula dilaporkan sekitar pukul 3.30 pagi.

Beberapa penyiasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Biro Alkohol, Tembakau Dan Senjata Api serta Jabatan Syerif Daerah Joplin berada di lokasi kejadian seharian kelmarin.

Mereka memindahkan timbunan runtuhan dengan sebuah jentolak dan beberapa peralatan lain.

Turut berada di lokasi berkenaan adalah sekumpulan penduduk Islam yang berkumpul untuk melakukan solat Maghrib dan berbuka puasa di laman masjid itu.

Ia merupakan kali kedua pihak berkuasa dipanggil ke masjid itu sepanjang musim panas tahun ini.

Masjid berkenaan terletak di dalam sebuah bangunan bekas gereja di pinggir bandar ini.

Satu kebakaran dilaporkan sekitar waktu yang sama pada berlaku pada 4 Julai lalu dan didapati berpunca daripada perbuatan khianat tetapi tiada dakwaan dibuat setakat ini.

FBI turut menyiarkan rakaman sistem kamera litar tertutup suspek dan menawarkan ganjaran AS$15,000 (RM47,797) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek tersebut.

sumber- AP

Rokok termahal di dunia

rokok termahal di dunia

Ternyata Lucky Strike pernah mengeluarkan sebungkus rokok yang dikatakan sebagai rokok termahal  di dunia pada tahun 2006. Rokok ini menggunakan tembakau yang sama seperti rokok lain.

Apa yang membezakannya ialah bungkusan rokok ini disadur emas putih 18 karat dan ditatah pula dengan sebentuk intan serta sebentuk batu rubi. 

Rokok ini dibuat dalam bentuk edisi istimewa dimana ianya terdapat satu sahaja di dunia. Tujuan utama pembuatannya bukanlah untuk mencari keuntungan sebaliknya sekadar menonjolkan penjualan rokok jenama Lucky Strike. Nilai bagi rokok ini ialah $100 000. 

Perkataan amaran 'Smoking Kills' turut terdapat pada kotak tersebut sama seperti mana-mana kotak rokok yang dijual di Amerika.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...