Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, September 20, 2012

Lindsay Lohan ditahan terlibat dalam kes langgar lari

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan
NEW YORK - Aktres Hollywood, Lindsay Lohan ditahan polis selepas terlibat dalam kes langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di Manhanttan di sini semalam.

Seorang jurucakap Jabatan Polis New York berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 2.30 pagi dan Lohan ditahan selepas melarikan diri sejurus melanggar pejalan kaki berusia 34 terbabit yang mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Kejadian tersebut berlaku ketika pelakon berusia 26 tahun itu meninggalkan sebuah kelab malam di Chelsea dengan menaiki kereta Porsche Cayenne miliknya. 

sumber- AFP

Lelaki rebus isteri 4 hari

David Viens

LOS ANGELES - Seorang chef  mengaku merebus mayat isterinya secara perlahan-lahan selama empat hari sebelum menyembunyikan tulang wanita itu di kediaman ibunya, tiga tahun lalu.

David Viens memberikan kenyataannya itu semasa dirawat di hospital pada Mac 2011 selepas terjatuh ke dalam curam sejauh 24.4 meter di Rancho Palos Verdes, apabila menyedari namanya disenaraikan sebagai suspek utama kes kehilangan isterinya, Dawn Viens, 39, lewat 2009.

Viens hadir pada perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi Los Angeles, kelmarin, berkerusi roda memberitahu dia telah memasukkan mayat isterinya ke dalam tong yang diisi 55 gelen air mendidih, sebelum menenggelamkan mangsa dengan pemberat dan menyebatikan daging mangsa dengan bahan buangan lain sebelum menghapuskannya.

"Di atas beberapa sebab, secara tiba-tiba saya menjadi ganas," katanya kepada pegawai penyiasat Richard Garcia, sambil mendakwa isterinya pernah melarikan diri ke kawasan pergunungan 16 bulan lalu kerana enggan memasuki pusat pemulihan dadah. 

sumber- The Mail

Gunting yang mempunyai laser

Kita sering menghadapi masalah untuk mendapatkan potongan yang tepat dengan menggunakan gunting. 

Dengan teknologi baru, kegunaan gunting diperbaharui dengan fungsi laser penanda. Produk yang diberi nama Laser Guided Scissors ini amat sesuai digunakan untuk menggunting kertas dan juga fabrik. Harga produk ini dianggarkan sekitar U$D15.00 hingga U$D20.00. 

Laser Guided Scissors cheap
Laser Guided Scissors cheap

Kesan tapak kaki seakan haiwan

Jika anda bosan dengan tapak kaki sedia ada, anda boleh mencuba sandal ini. Ianya memberikan kesan tapak kaki anda seakan seekor anjing ataupun ayam. Sandal yang kreatif ini sesuai dijadikan hadiah untuk kanak-kanak.

Kesan tapak kaki seakan haiwan

Laluan maut hampir makan nyawa lagi

Proton Saga Hitam
Proton Saga dipandu Rama yang terbabas ketika melalui persimpangan maut di Kampung Paya Lebar - Ayer Molek - Lubok Cina, malam kelmarin.
ALOR GAJAH - Persimpangan laluan maut Kampung Paya Lebar - Ayer Molek, di sini menyaksikan satu lagi kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dinaiki seorang lelaki, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, mangsa, Rama, 28, dari Rumah Rakyat Lubok China, dekat sini, nyaris maut apabila kereta jenis Proton Saga dipandunya hilang kawalan dan terbabas di persimpangan berkenaan.

Dia yang memandu sendirian ke tempat kerjanya di sebuah ladang sawit di Kuala Linggi bagaimanapun hanya cedera di badan dan dikatakan sering melalui jalan berkenaan sebelum ini.

Difahamkan, persimpangan berkenaan boleh dianggap sebagai laluan maut oleh penduduk sekitar berikutan sebelum ini pernah berlaku insiden sama sehingga meragut nyawa.

Sementara itu, Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Abd Karim Sulaiman berkata, persimpangan berkenaan merupakan laluan utama penduduk ke Lubok China - Kuala Sungai Baru - Masjid Tanah.

"Ketiadaan kemudahan lampu isyarat di persimpangan berkenaan dipercayai menjadi sebab beberapa kemalangan sering berlaku termasuk penunggang motosikal.

“Saya anggap simpang tiga Kampung Paya Lebar - Ayer Molek ini sebagai persimpangan maut dan tidak selamat kepada pengguna jalanraya yang terdedah kepada kemalangan bila-bila masa,” katanya. Lebih membimbangkan,  katanya, laluan  ergelap juga membuka peluang kepada penjenayah melakukan aktiviti jenayah mereka di kawasan itu pada waktu malam.

“Saya berharap Majlis perbandaranAlor Gajah (MPAG) dapat selesaikan masalah ini dengan segera," katanya.

sumber- Sinar

Pulau Paling Romantik Di Dunia

Tavarua Island, Fiji merupakan salah satu pulau paling romantik di dunia. Sebenarnya pulau ini tiada langsung kemudahan asas untuk pasangan bercinta seperti saat-saat romantik yang diidamkan. Apa yang menjadikan ia tarikan ialah bentuk pulau ini sama seperti hati. Tidak hairanlah jika ada sesetengah pihak yang menggelarkan pulau ini sebagai Syurga Cinta.

Pulau Paling Romantik Di Dunia
Pulau Paling Romantik Di Dunia

Pasangan khalwat beri alasan dihalau keluarga

awek kena tangkap basah
Mohd Anuar ketika menyoal siasat pasangan yang dicekup.
KLUANG - Sepasang kekasih menggunakan alasan dihalau keluarga untuk meraih simpati Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang agar mereka terselamat daripada ditangkap di sebuah bilik sewa di Pekan Simpang Renggam, di sini, awal pagi semalam.

Pasangan yang berusia di antara 22 hingga 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 pagi dalam satu operasi Cegah Maksiat yang dijalankan.

Pegawai Tadbir Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan berkenaan memberikan alasan dihalau keluarga masing-masing kerana mempunyai masalah.

“Namun, bahagian penguat kuasa mengetahui bahawa semua alasan yang diberikan adalah sekadar untuk menagih simpati agar terlepas daripada ditahan.

“Ia dikukuhkan lagi apabila pasangan tersebut dibawa ke balai polis dan didapati mereka diikat jamin keluarga masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, operasi itu diketuai, Ketua Unit Penguatkuasa Agama Daerah Kluang, Mohd Anuar Kosnin dan enam anggota penguat kuasa serta tujuh anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mohd Khalil berkata, pasangan tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 27(1) a & b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, di Dataran Tasek Putih Kluang, seramai empat pasangan remaja berusia lingkungan 17 hingga 21 tahun ditahan kerana duduk berdua-duaan di tempat gelap dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai ketika pemeriksaan dilakukan di sekitar tasik
tersebut.

Mohd Khalil berkata, semua pasangan terlibat akan didakwa di bawah Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar memantau pergaulan anak terutama yang perempuan kerana sewaktu pemeriksaan dijalankan mendapati ada pasangan yang ditahan adalah pasangan sama yang dicekup pada operasi yang dijalankan sebelum ini.

sumber- Sinar

Cawan kopi yang boleh dimakan

Cawan kopi yang boleh dimakan

Idea yang menarik apabila bukan sahaja kopi yang boleh diminum, malah cawannya juga turut  boleh dihabiskan. Cawan kopi ini diperbuat sepenuhnya daripada biskut justeru dinamakan sebagai Cookie Cup. Ianya adalah hasil kreativiti Enrique Luis Sardi, seorang pereka dari Venezuela untuk kopi Itali jenama Lavazza. Sebenarnya, konsep cawan ini telah lama dipraktikkan untuk penghasilan kon ais krim.

Cawan kopi yang boleh dimakan
Cawan kopi yang boleh dimakan
Cawan kopi yang boleh dimakan

Remaja terpaksa tanggung kesakitan kaki terperosok dalam lubang

Remaja terpaksa tanggung kesakitan kaki terperosok dalam lubang
Norbaini (kanan) dan seorang lagi wakil Pejabat Parlimen Kuantan menunjukkan lantai yang pecah dan berlubang setelah dipijak remaja terbabit.
KUANTAN - Niat seorang remaja yang ingin bersiar-siar di sekitar kawasan India Town terbantut apabila dia cedera di bahagian lutut setelah lantai kaki lima bangunan kedai, di situ, pecah sebaik sahaja dipijak.

Remaja berkenaan, Lim Yu Xin, 19, berkata, kejadian berlaku Jumaat lalu semasa dia keluar berjalan-jalan melalui lorong pejalan kaki di kawasan terbabit.

Menurutnya, ketika melalui satu kawasan berhadapan sebuah anak tangga, secara tiba-tiba mozek yang dipijak pecah menyebabkan kakinya terperosok ke dalam lubang.

“Dari pandangan biasa, lantai mozek itu kelihatan elok dan tiada sebarang kerosakan, tetapi sebaik sahaja dipijak ia terus pecah. Sebelah kaki saya termasuk ke dalam lubang menyebabkan saya kesakitan dan cedera di lutut.

"Sepatutnya di bahagian bawah mozek itu ditampal dengan simen, tetapi saya tidak tahu kenapa ia kosong dan keadaan itu sangat berbahaya kepada orang awam. Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berwajib," katanya kepada media ketika menunjukkan lokasi kejadian, di sini, semalam. 

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis, termasuk memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sementara itu, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Pahang, Norbaini Abu Bakar berkata, remaja terbabit ada membuat aduan kepada pihaknya dan berdasarkan tinjauan terdapat banyak lagi lantai yang rosak di kaki lima berkenaan.

“Mangsa ada membuat aduan kepada PBT, tetapi ia bukan tanggungjawab PBT kerana ia sebenarnya di bawah seliaan pemaju. Kami ada hubungi pemaju tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil bagi mengatasi  masalah itu.

“Kita dapati banyak lagi lantai yang hanya diletakkan mozek tetapi berlubang di bahagian bawah di kawasan itu dan ia boleh mengundang bahaya kepada sesiapa sahaja. Sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan lebih ramai  mangsa, pihak berwajib harus bertindak,” katanya. 

sumber- Sinar

Maut dilanggar treler

Maut dilanggar treler
Keadaan mangsa maut di lokasi kejadian akibat dirempuh treler.
SUNGAI PETANI – Seorang lelaki maut terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dinaiki bersama seorang rakan dilanggar sebuah treler dari belakang dekat laluan Laguna Merbok–Sungai Layar di sini, kira-kira jam 1 petang, kelmarin.

Mangsa dipercayai berusia 30-an sedang dalam perjalanan dari arah Plaza Tol Sungai Petani Utara ingin membelok ke Bandar Laguna Merbok sebelum dilanggar sebuah lori yang datang dari arah sama.

Saksi kejadian, Syed Fuad Syed Osman, 27, berkata, pada mulanya dia nampak motosikal yang dinaiki dua lelaki berada di hadapan sebuah lori.

“Apabila sampai di simpang empat Bandar Laguna Merbok, motosikal itu ingin membelok ke kanan.

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba treler yang ingin meneruskan perjalanan ke arah Sungai Layar itu mungkin menambah had laju kerana melihat lampu isyarat hijau terus merempuh kedua-dua mangsa,” katanya.

Akibat rempuhan itu, mangsa maut di lokasi kejadian, manakala rakan mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Tinjauan ke lokasi kejadian mendapati, motosikal mangsa masih menunjukkan isyarat ingin membelok berdasarkan ‘signal’ yang masih terpasang, manakala pemandu lori difahamkan tiada di lokasi kejadian.

Jurucakap polis berkata, kemalangan menyebabkan seorang maut, manakala rakan mangsa yang cedera dibawa ke HSAH untuk rawatan lanjut.

sumber- Sinar

Hentak kepala ketua pengawas

Hentak kepala ketua pengawas
SAKIT...Logaganapathy (kanan) menunjukkan balutan jahitan di kepala Saturpaghan.
PETALING JAYA: Seorang penolong ketua pengawas menerima lapan jahitan di kepalanya selepas dipukul dengan sebatang besi oleh seorang pelajar lain dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah sekolah menengah di Taman Medan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa, K Saturpaghan, 16, dikepung lebih 10 pelajar di hadapan sekolahnya sebelum dimaki hamun dan dibelasah kerana melaporkan perbuatan mereka membawa barang larangan ke sekolah kepada guru disiplin sebulan lalu.

Rakan mangsa yang juga bekas penolong ketua pengawas sekolah berkenaan, S Logaganapathy, 17, berkata, dia turut diserang empat pelajar ketika mahu pulang dari sekolah kira-kira 10 minit sebelum kejadian.

“Saya berjaya melarikan diri sebelum sempat dibelasah empat pelajar terbabit dan terus melaporkan kejadian itu kepada guru disiplin, namun, saya tidak tahu Paghan menjadi mangsa sebaik saya melepaskan diri.

“Selepas menyangkakan keadaan sudah reda, saya keluar melalui pintu pagar depan sekolah sebelum terkejut melihat Paghan sudah dikepung kira-kira 14 pelajar sekolah dengan bersenjatakan besi dan kayu,” katanya.

Sementara itu, Paghan yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, kelmarin, selepas membuat laporan polis mendakwa mengenali suspek yang bertindak memukulnya.

Katanya, dia pernah melaporkan perbuatan pelajar terbabit yang membawa barang larangan ke sekolah kepada guru disiplin kira-kira sebulan lalu.

“Saya tidak menyangka suspek berdendam sehingga tergamak membelasah saya sehingga menerima lapan jahitan di kepala.

“Guru yang membawa saya ke klinik swasta berdekatan kemudian menghubungi ibu bapa sebelum menghantar saya ke sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Loga turut membuat laporan polis dengan ditemani ibu bapanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

sumber- HMetro

Pemuda mati dibunuh selepas bertemu rakan

Pemuda mati dibunuh selepas bertemu rakan
Mayat mangsa dituntut keluarga di Hospital Kajang, semalam.
SEREMBAN – Seorang lelaki mungkin tidak menyangka panggilan telefon diterima daripada seorang rakan untuk bertemu di sebuah lokasi, adalah panggilan maut untuknya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah, dipercayai dibunuh di sebuah kawasan berhampiran sebuah tokong Cina di Broga, Nilai, kelmarin.

Mangsa yang tidak bekerja dikenali sebagai Saravanan atau lebih popular dengan gelaran Musang, ditemui mati oleh empat rakannya dalam sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna putih.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, mangsa berusia 22 tahun dan berasal dari Seremban Selatan.

Menurutnya, hasil siasatan mangsa dipercayai dibunuh berdasarkan kesan kecederaan di beberapa bahagian anggota badan mangsa.

"Siasatan awal juga mendapati kemungkinan mangsa dibunuh menggunakan senjata tumpul.

“Sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan menerima satu panggilan telefon daripada rakannya untuk bertemu di kawasan tersebut," katanya.

Mohd Yusoff berkata, mayat mangsa kemudiannya ditemui empat lelaki, dipercayai rakan mangsa.

"Mereka juga turut menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memaklumkan mangsa telah mati di lokasi berkenaan.

“Sebaik sahaja semua rakannya tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati mangsa tidak sedarkan diri, dipercayai telah mati," katanya.

Menurutnya, dua rakannya segera menghantar mangsa ke hospital untuk tindakan lanjut.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

sumber- Sinar

Curi laptop adinda Sultan Kelantan

Mahadi Mahamad
Mahadi cuba menutup mukanya ketika dibawa ke mahkamah, semalam.
KOTA BHARU – Tindakan seorang pengawal keselamatan istana mencuri komputer riba milik adinda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Ogos lalu mengundang padah apabila dia dihukum dua tahun penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan selepas Mahadi Mahamad, 35, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu.

Dia didakwa mencuri komputer riba berjenama Apple bernilai RM7,500 milik Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan Ismail Petra.

Berdasarkan pertuduhan, kejadian berlaku di Istana Mahkota Kubang Kerian di sini, antara jam 12 tengah hari, 29 Ogos dan 2 pagi, 30 Ogos.

Mengikut fakta, komputer riba yang diletakkan di bilik ruang tamu istana berkenaan disedari hilang sebelum laporan polis dibuat.

Hasil siasatan berjaya menahan tertuduh bersama barang kes.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly berkata, beliau bukan sahaja mempertimbangkan nilai barang dicuri malah turut mengambil kira keberanian tertuduh yang menceroboh kawasan larangan  untuk melakukan jenayah itu.

“Hukuman berat perlu dijatuhkan terhadap kamu supaya kamu mendapat pengajaran dan tidak mengulangi kesilapan sama,” katanya. 

sumber- Sinar

Pekerja ladang berasmara dengan keldai

gambar keldai

TALLAHASSEE (Florida): Seorang pekerja ladang ditahan semalam selepas dia disyaki melakukan hubungan seks dengan keldai kerdil bernama Doodle.

Carlos Romero dikatakan leka berasmara dengan haiwan itu di sebuah bangsal yang menjadi tempat tinggalnya di Ocala.

Menurut sumber, pemilik ladang berkenaan ternampak Romero, 31, menanggalkan seluarnya dan berada di belakang keldai berusia 21 bulan itu.

Romero ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti seksual dengan haiwan.

Dia juga berdepan tuduhan melakukan kekejaman ke atas haiwan. 

Bagaimanapun, kata sumber, Romero menafikan menyetubuhi Doodle, sebaliknya mendakwa menunggu keldai itu “menjadi matang.” 

“Romero cuma mengaku rasa seronok bulu haiwan itu menyentuh kulitnya dan dia menganggap Doodle merangsang nafsunya,” katanya. 

Romero juga mendakwa, DNA dia berada dalam badan Doodle “secara tidak sengaja.” 

Sementara itu, media juga melaporkan, Romero berdiri di belakang Doodle dan melancap apabila haiwan itu terangsang. 

Menurut sumber, Romero menggunakan jarinya untuk membersihkan kemaluan Doodle dan keldai itu akan terangsang akibat perbuatannya.

Katanya, Romero melakukan perbuatan itu lima atau enam kali sejak Doodle dibeli majikannya dua bulan lalu. 

Sumber berkata, Romero mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan kuda ketika dia berusia 18 tahun. 

“Dia tidak melakukan perbuatan sama ke atas Doodle kerana menganggap keldai berkenaan belum bersedia dan haiwan itu dalam proses menjadi matang,” katanya. 

Dia ditahan di penjara daerah Marion sejak pada 17 September lalu. 

sumber- TS

Rekod Dunia pakai 302 helai seluar dalam

Gary Craig

LONDON: Gara-gara mahu mencipta nama dalam rekod dunia, seorang bapa berusaha menyarung lebih 300 seluar dalam untuk mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness.

Menggelar dirinya “Pantsman,” Gary Craig berjaya memakai 302 seluar sekali gus dan usaha itu membolehkan namanya tercatat dalam rekod dunia Guinness. 

Berasal dari Whitburn, Tyneside Selatan, Craig, 52, tahun lalu pernah mencatat rekod dunia bagi kategori sama dengan memakai 211 seluar dalam . 

Bagaimanapun, rekodnya diatasi Janine Keblish yang mengenakan 252 seluar dalam pada Februari lalu. Craig seorang jurutera mencipta rekod baru itu di Gypsies Green di Shields Selatan. 

sumber-  DM

Pembedahan pertama pemindahan rahim ibu kepada anak di dunia

Andreas G Tzakis, Pernilla Dahm-Kähler dan Mats Brannstrom
TIGA daripada lebih sepuluh pakar bedah yang melakukantransplan rahim ibu kepada anak perempuan di Sweden. Dari kiri: Andreas G Tzakis, Pernilla Dahm-Kähler dan Mats Brannstrom.
STOCKHOLM - Sepasukan doktor di Sweden berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim daripada ibu kepada anak perempuan yang pertama di dunia, kata satu pasukan perubatan kelmarin.

Universiti Gothenburg menyatakan, dua wanita tempatan berusia dalam lingkungan 30-an menerima rahim daripada ibu mereka dalam pembedahan di Hospital Sahlgrenska, barat Sweden pada hujung minggu lalu.

Identiti mereka tidak didedahkan.

"Lebih sepuluh orang doktor bedah yang berlatih bersama untuk prosedur tersebut selama beberapa tahun mengambil bahagian dalam pembedahan sukar ini," kata ketua pasukan pakar bedah berkenaan, Mats Brannstrom.

Beliau merupakan seorang profesor Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Gothenburg.

Menurutnya, rahim seorang wanita itu telah dibuang bertahun-tahun lalu akibat kanser servik. Sementara wanita kedua pula dilahirkan tanpa rahim.

" Kedua-dua pesakit yang menerima rahim baharu berada dalam keadaan baik tetapi penat selepas menjalani pembedahan. Ibu mereka sudah boleh berjalan dan akan dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari lagi," jelas Brannstrom.

Pihak universiti berkenaan memberitahu, dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 wanita di Sweden tidak dapat mengandung kerana ketiadaan rahim.

Pasukan perubatan tersebut memberitahu, kualiti rahim dikawal oleh ovari dan hormon di dalam badan manusia. Berdasarkan teori tersebut, mereka menjelaskan, rahim wanita yang sudah mengalami menopaus boleh menampung kehamilan.

Seorang penerima rahim tersebut yang dikenali sebagai Anna berkata, dia memilih untuk menjalani pembedahan tersebut bagi memulihkan semula fungsi badannya seperti wanita lain.

"Satu perasaan hebat kerana dapat merasai pengalaman ini (mempunyai rahim)," katanya dalam komen yang disiarkan di laman web Hospital Sahlgrenska.

Menurutnya, tiada jaminan dia dan teman lelakinya akan dapat menimang cahaya mata selepas prosedur tersebut.

"Namun, kami ada peluang yang baik. Jika saya hamil, ia adalah bonus buat kami," katanya.

sumber- Reuters

Doktor pakar disamun

Dr. Ida Zarina Zaini
AZHAM memperkatakan sesuatu kepada Ida Zarina yang cedera disamun ketika ditemui di HUSM semalam.
KOTA BHARU – Seorang doktor pakar mengalami detik cemas apabila bukan sahaja kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Grand Livina miliknya lesap malah, dia cedera di beberapa anggota badan akibat disamun di Kampung Demit di sini kelmarin.

Kejadian pukul 7 pagi itu berlaku ketika Dr. Ida Zarina Zaini, 38, yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berada dalam kenderaan tersebut di depan rumah sementara menunggu tiga anaknya masuk untuk dihantar ke sekolah.

Mengimbau semula kejadian itu, Ida Zarina memberitahu, tanpa disangka, seorang lelaki berwajah bengis tiba-tiba membuka pintu pemandu menyebabkan dia tersentak dan menjerit.

“Saya kemudian tergesa-gesa ke kerusi penumpang depan sebelum suspek terus mengundurkan kenderaan dengan laju. Tanpa berfikir panjang, saya terus membuka pintu dan terjun sebelum tercampak menyebabkan saya cedera di kepala, lengan dan kaki.

“Suspek kemudian terus memecut kereta,” ceritanya ketika ditemui di HUSM di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihaknya telah mengambil langkah awal dengan melakukan Ops Tutup sebaik menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.

“Kita sedang mengesan penjenayah berusia lingkungan 30-an tersebut berdasarkan beberapa maklumat yang kita peroleh daripada saksi kejadian.

“Suspek dipercayai datang dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira hitam bersama seorang rakan sejenayahnya,” katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Ekoran kejadian itu, mangsa dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM80,000 dan tiada barangan berharga lain berada di dalam kenderaan tersebut.

sumber- Kosmo

Parlimen Australia tolak perkahwinan sejenis

gambar gay kahwin

SYDNEY - Parlimen Australia semalam mengundi sebulat suara menolak perkahwinan gay, selepas beberapa hari berlangsungnya perdebatan hangat yang menyaksikan seorang senator meletak jawatan selepas mengaitkan kesatuan seks sejenis dengan sifat kebinatangan.

Dewan Rakyat membatalkan rang undang-undang bagi menghalalkan perkahwinan pasangan sejenis apabila memperoleh 98 undi menentang dan 42 undi menyokong. Perdana Menteri, Julia Gillard dan pemimpin pembangkang konservatif, Tony Abbott kedua-duanya mengundi untuk menentang rang undang-undang terbabit.

Gillard telah membenarkan kesemua ahli Parlimen Parti Buruh mengundi mengikut suara hati terhadap isu itu dan bukan berdasarkan kepada polisi parti.

Anggota utama Parlimen Parti Buruh, Anthony Albanese yang mengundi untuk pembaharuan berkata, walaupun rang undang-undang itu gagal, namun angka undian menggalakkan.

"Angka itu menunjukkan bahawa terdapat sokongan majoriti masyarakat mengenai isu ini. Saya fikir pada masa akan datang, Parlimen akan seiring dengan pendapat komuniti," kata Albanese.

sumber - AFP

Jerman larang penggunaan Internet Explorer

free vector

FRANKFURT - Pihak berkuasa Jerman kelmarin menggesa orang ramai supaya berhenti melayari internet menggunakan pelayar web Internet Explorer milik Microsoft Corp.

Gesaan itu dibuat berikutan penemuan satu lagi virus dalam pelayar web tersebut yang menyebabkan komputer peribadi terdedah kepada serangan penggodam.

Masalah yang menjejaskan beratus-ratus juta pengguna Internet Explorer di seluruh dunia itu dikatakan timbul pada pada hujung minggu lalu.

Menurut Microsoft, penggodam boleh mengeksploitasi virus untuk menggodam komputer seseorang yang melayari satu laman web yang mengandungi virus, sebelum mengambil alih komputer mangsanya.

Pejabat Persekutuan Keselamatan Maklumat Jerman (BSI) menyatakan bahawa pihaknya sedar mengenai sasaran serangan tersebut.

"Virus yang tersebar dengan pantas itu amat membimbangkan," kata pihak berkuasa Jerman dalam satu kenyataan.

BSI menasihati semua pengguna Internet Explorer supaya menggunakan pelayar web alternatif sehingga Microsoft Corp. mengeluarkan satu perkembangan mengenai keselamatannya. 

sumber- Reuters

Korea Selatan haramkan novel lucah Perancis

novel lucah

SEOUL - Korea Selatan mengharamkan penjualan sebuah novel lucah hasil nukilan penulis dan bangsawan Perancis abad ke-18, Marquis de Sade (gambar) kerana mengandungi kelucahan keterlaluan, kata seorang pegawai semalam.

Pegawai Kanan Suruhanjaya Etika Penerbitan Korea, Jang Tag-Hwan berkata, pihaknya meminta penerbit novel The 120 Days of Sodom menarik balik bahan bacaan itu daripada pasaran.

Beliau juga mengarahkan semua salinan novel tersebut dimusnahkan.

Novel itu mengisahkan tentang pesta seks liar oleh empat individu kaki perempuan kaya yang merogol, menyiksa dan membunuh kebanyakan mangsa remaja.

Bahan bacaan tersebut mula dijual di sini bulan lalu.

"Sebahagian besar kandungan novel itu amat lucah dan kejam. Ia melibatkan penderaan seksual, sumbang mahram, perbuatan kebinatangan dan tarikan seksual terhadap mayat.

"Paparan secara meluas tentang aksi seksual melibatkan individu bawah umur membuktikan ia sebahagian daripada penerbitan berbahaya," kata Tag-Hwan.

Tambah Tag-Hwan, ini merupakan tindakan pertama pihaknya mengharamkan sebuah novel yang tidak termasuk dalam bahan bacaan kartun sejak tahun 2008.

Bagaimanapun, pihak penerbit berikrar untuk merayu dan merancang membawa kes itu ke mahkamah jika rayuan ditolak.

"Novel ini bukan mempromosikan bahan lucah dan keganasan. Ia mempersenda dan mengkritik sisi gelap sifat manusia di sebalik perbuatan seperti itu," kata Editor Kanan Dongsuh Press, Lee Yoong.

Jelasnya, novel berkenaan boleh didapati secara meluas di kebanyakan negara termasuklah Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Jepun.

"Banyak novel lucah boleh didapati di mana-mana sahaja. Saya tidak faham kenapa novel ini yang sesuai untuk penyelidikan akademik oleh pakar psikiatri atau pakar sastera harus menerima layanan berbeza," kata Yoong.

Novel The 120 Days of Sodom berada di pasaran ketika pengharamannya masih dalam peringkat rayuan. 

sumber- AFP

Pemerkosaan, samun gadis terdesak

Pemerkosaan, samun gadis terdesak
KHAIRI menunjukkan gambar fotofit suspek kes rogol (belakang) pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak licik apabila menjadikan sebuah bilik hotel bajet di Taman Segar, Cheras di sini kononnya sebagai tempat temu duga namun sebaliknya merogol dan menyamun seorang gadis yang merupakan siswazah sebuah kolej swasta Khamis lalu.

Mangsa berusia 22 tahun tersebut dikatakan terpedaya dengan helah suspek selepas terpengaruh dengan tawaran gaji lumayan sebagai jurujual yang dikatakan mampu memperoleh pendapatan RM400 sehari selepas melayari sebuah laman web.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa diarahkan datang ke bilik hotel bernombor 207 oleh suspek bergelar Faye, 30-an, selepas berhubung melalui e-mel. Suspek mengaku sebagai orang yang akan menemu duga mangsa.

Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian pergi ke bilik itu pada pukul 7.03 petang bersendirian dengan membawa dokumen berkaitan.

“Sebaik sahaja mangsa masuk ke bilik itu, suspek terus menarik tangannya dan merogol mangsa. Bukan itu sahaja, suspek turut menyamun telefon bimbit dan jam tangan mangsa.

“Identiti suspek masih belum diperolehi kerana dia tidak mendaftar di situ. Ogos lalu, terdapat kes serupa berlaku ke atas wanita berusia 23 tahun melibatkan modus operandi dan suspek yang sama,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Bagaimanapun tambahnya, wanita itu mendapat maklumat daripada laman web berlainan dan pekerjaan sebagai jurujual ditawarkan dengan gaji RM200 sehari.

Sehubungan itu, Khairi semalam mengedarkan fotofit suspek tersebut berdasarkan maklumat yang diberi oleh dua mangsa bagi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya tampil kepada polis.

“Graduan, terutamanya gadis yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar, dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran yang tidak masuk akal bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

sumber- Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...