Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, August 7, 2012

10 pakaian dalam yang pelik

Fesyen adalah satu keperluan serta kehendak dalam menggayakan personaliti individu. Fesyen yang cantik juga memberi kepuasan pada pemakainya. Pelbagai cara yang digunakan oleh pereka fesyen bagi menempa nama dalam persada seni. Namun, adakah semua keunikan dan kreativiti mereka boleh diterima umum?  Bagi sesetengah pihak, isu pakaian dalam mungkin sesuatu perkara yang sensitif untuk diperbincangkan.  Tetapi tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam memberi asas keselesaan sebelum mengenakan sebarang pakaian lain. Berikut merupakan antara 10 pakaian dalam terpelik di dunia dan ada diantaranya mungkin tidak sanggup dipakai oleh sesiapa.

pakaian dalam
pakaian dalam
pakaian dalam
pakaian dalam
pakaian dalam
pakaian dalam
pakaian dalam
pakaian dalam
pakaian dalam
pakaian dalam

Pelik! Hotel untuk mayat

LASTEL di Yokohama ialah sebuah hotel yang istimewa. Kesemua penghunyinya terdiri dari mereka yang sudah meninggal dunia. Di Jepun kadar kematian tahunannya ialah 0.94% . Ini adalah jauh lebih tinggi dari purata kematian dunia 0.84% setahun. Tahun lalu sahaja terdapat lebih 1.2 juta kematian diseluruh negara matahari terbit ini. Ini adalah peningkatan sebanyak 55 000 kematian dari tahun sebelumnya. Akibat kadar kematian yang bertambah, rumah mayat dan pembakaran menghadapi masalah menguruskan untuk jenazah. Si mati yang siap diuruskan rumah pengkebumian biasanya terpaksa menunggu sehingga 4 hari sebelum mayatnya dibakar. Melihat situasi ini Encik Hisayoshi Teramura mendapat idea membina LASTEL sebagai tempat "penginapan" terakhir simati. Anda pasti tertanya:

"Kenapa tidak bina sahaja lebih banyak rumah mayat dan rumah pembakaran? Kan lebih mudah?"

Jawapannya ialah di Jepun tanahnya terhad. Tiada siapa mahu rumah pembakaran atau bilik mayat berhampiran rumah mereka. Untuk letakkan keranda dirumah sementara menunggu giliran pembakaran pula rumah di Jepun memang sangat kecil. Encik Hisayoshi Teramura mengenakan bayaran 12000YEN  (USD157) semalam kepada waris simati bagi memberi perkhidmatan menyimpan mayat dalam suasana yang bermartabat tinggi. Bilik LASTEL sebenarnya hanyalah bilik-bilik sejuk dan ahli keluarga boleh melawat simati pada bila-bila masa.

Hotel untuk mayat
Hotel untuk mayat
Hotel untuk mayat

sumber- Eseshyu

Pelik! Surat khabar yang boleh di makan

Selalunya surat khabar hanyalah untuk dibaca lalu dibuang ataupun dikumpul untuk dijual. Namun di Britain, percaya atau tidak, beberapa pakar makanan telah mencipta surat khabar yang boleh dimakan.

Surat khabar yang boleh di makan

Heston Blumenthal, seorang pakar masakan telah berperanan besar dalam mewujudkan idea unik ini. "Surat khabar yang boleh dimakan ini adalah idea terbaik saya," katanya.

Surat khabar yang unik ini mampu mengelak dari berlakunya kemusnahan hutan akibat penebangan pokok untuk mendapatkan kertas serta longgokan kertas terbuang.

Surat khabar yang boleh di makan

Adunan untuk membuat surat khabar ini terdiri daripada tepung maizena, minyak sayuran, permen arab, air dan asid sitrat yang dimasak sehingga menjadi pasta liat. Idea ini pertama kalinya dicuba oleh akhbar Metro di Britain.

200,00 dipindahkan Taufan Haikui landa Shanghai

Taufan Haikui

SHANGHAI: Pihak berkuasa China memindahkan 200,000 penduduk dari Shanghai selepas taufan kali ketiga dijangka melanda dalam tempoh seminggu di perairan pantai timur. 

Taufan Haikui yang melanda kali ini dianggap paling kuat sejak 2005. Taufan berkenaan akan membadai kawasan daratan di Wilayah Zhejiang, di selatan Shanghai, lewat hari ini atau awal pagi esok, demikian kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi China. 

Seperti Shanghai, pihak berkuasa di Zhejiang turut bergegas untuk menyelamatkan keluar kira-kira 130,000 penduduk, demikian laporan agensi berita Xinhua. 

Pada pagi ini, taufan berkenaan dikesan berada di 330 kilometer di barat daya Zhejiang dan ramalan menunjukkan ia akan membadai kawasan bandar antara Ningbo dan Wenzhou. 

sumber- BHarian

Ulat Bulu Yang Menyerupai Ular

Ulat bulu yang menyerupai ular ini dikenali sebagai Elephant Hawk Moth (deilephila elpenor). Walaupun kelihatan seperti ular, ianya tetap ulat biasa yang tidak boleh mematuk atau mengeluarkan bisa. Apabila diancam, ia akan menarik segmen badannya menyerupai kepala seekor ular. Mungkin inilah caranya untuk ia menakutkan musuh.

Elephant Hawk Moth

Elephant Hawk Moth

Telur ayam terbesar di dunia

Seekor ayam betina bernama Bolt di Christurch, mengejutkan pemiliknya, Denise Sloan, apabila ia mengeluarkan sebiji telur bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam biasa.

Telur terbesar di dunia

Panjang telur gergasi itu 9 cm manakala lebarnya adalah 5.7cm.

Sloan yang merupakan seorang petani berusia 52 tahun berkata, dia tidak pernah melihat telur sebesar itu walaupun telah memelihara ayam selama 15 tahun. "Saya tidak pasti rekod dunia untuk telur ayam paling besar di dunia tetapi telur ini amat besar," katanya baru-baru ini.

Telur terbesar di dunia

Rekod dunia untuk telur ayam terbesar setakat ini menjadi milik Zhang Yinde iaitu seorang kakitangan Biro Perhutanan Daerah Suiling di China, setelah ayam peliharaannya mengeluarkan telur sepanjang 9.2cm dan lebar 6.3cm dengan berat 201 gram.

Lebah terbesar di dunia

Megachile Pluto adalah lebah terbesar yang berasal dari Indonesia. Lebah ini menggunakan resin untuk membuat petak di sarangnya. Spesis betinanya mampu membesar sehingga 3.9 cm dengan lebar sayap 6.33 cm sedangkan pejantannya hanya mampu membesar sekitar 2.3 cm. Megachile Pluto dianggap sebagai lebah terbesar di dunia dan turut digelar sebagai Wallace's Giant Bee. 

Megachile Pluto pertama kali ditemui pada tahun 1859 oleh seorang pencinta alam, Alfred Russel Wallace. Penemuannya kurang memberi banyak maklumat sehinggalah diteruskan pada tahun 1981 oleh Adam C. Messer, seorang entomologi Amerika, yang menemui enam sarang di Pulau Bacan dan pulau-pulau berdekatannya.

Lebah terbesar di dunia
Lebah terbesar di dunia
Lebah terbesar di dunia
Lebah terbesar di dunia

Katak terbesar di dunia

Goliath Frog  yang berasal dari Sungai Benito, Cameroon , Afrika Barat adalah katak terbesar di dunia. Berat katak ni  boleh mencapai 3.3 kg dan panjangnya pula boleh mencecah 33cm. Saiznya ini hampir sama dengan seekor kucing dewasa. Kanak-kanak di Afrika sudah biasa dengan katak ini dan ada yang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.

Katak terbesar di dunia
Katak terbesar di dunia
Katak terbesar di dunia
Katak terbesar di dunia

Tembikai terkecil di dunia

Tembikai atau semangka terkecil di dunia ini bernama Pepquinos. Ianya berasal dari benua Amerika Selatan. Saiznya pula muat untuk sudu teh atau sebesar duit syiling iaitu sekitar 3cm dan panjang diameter 2cm. 

Isinya berwarna hijau. Mungkin ianya tidak sesuai untuk dimakan seperti tembikai biasa dan lebih sesuai dijadikan ulaman atau sayuran seperti timun.

Tembikai terkecil di dunia
Tembikai terkecil di dunia
Tembikai terkecil di dunia
Tembikai terkecil di dunia
Tembikai terkecil di dunia

Rumah sewa mendiang Loga Alleycats terbakar

loga
GEORGE TOWN – Hampir keseluruhan daripada koleksi album peribadi milik ahli kumpulan Alleycats, mendiang Datuk Loganathan Arumugam hangus dalam kejadian kebakaran di rumah sewanya di Jalan Azeze, Tanjong Bungah di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu turut memusnahkan tiga bilik yang terletak di bahagian atas rumah yang didiami isterinya, Datin Susan Lovie, 51, bersama adik ipar, Kevin Jonathan Boudville, 46.

Difahamkan, sebanyak 35 daripada 40 album simpanan yang dibingkai mendiang sejak 44 tahun mewarnai dunia muzik tempatan bersama abangnya, Datuk David Arumugam musnah dijilat api.

Kesemua koleksi perkembangan seni Alleycats diletakkan di ruangan khas di tingkat atas termasuk di dinding berdekatan tangga.

Menurut David, koleksi album itu merupakan sebahagian koleksi kenangan yang disimpan Loga manakala plak penghargaan dan koleksi album lain diletakkan di Galeri Alleycats di Kuala Lumpur.

sumber- Kosmo

Anjing Terbesar Di Dunia

Anjing yang bernama Giant George ini digelar sebagai "The Biggest Dog In The World". George bukanlah seekor anjing biasa, namanya telah tercatat di dalam "Guinness World Record" sebagai anjing terbesar di dunia. George dilahirkan pada 17 November 2005.

Tinggi George kini mencecah 1.09 Meter dengan berat 111Kg. Pemilik George iaitu David Nasser dari Arizona, Amerika, mengatakan dana yang diperolehi untuk anjingnya banyak dihabiskan bagi membeli makanannya kira-kira  £110 (RM550) sebulan. Pada 15 Februari 2010, Guinness World Record telah memberikan dua lagi anugerah kepada George iaitu "Anjing tertinggi di dunia" dan "Anjing tertinggi di dunia yang masih hidup"

Anjing Terbesar Di Dunia
Anjing Terbesar Di Dunia

Asah pensil menggunakan hidung

Satu lagi alat tulis yang lucu dimana pengasah pensil direka bentuk seperti hidung manusia. Cara menggunakannya adalah dengan mencucuk mata pensil ke dalam lubang 'hidung' tersebut lalu diasah sehingga tajam. Sama sahaja seperti pengasah pensil yang lain.

Sebenarnya penggunaan pengasah pensil sebegini tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Bukan kerana menggelikan, tetapi takut jika kanak-kanak tidak tahu membezakan pengasah pensil dengan hidung sebenar rakan-rakan. Mungkin secara tidak sengaja rakan-rakan mereka terpaksa di masukkan ke ICU kerana kecederaan hidung yang parah.

Asah pensil menggunakan hidung

Terkejut lihat mayat anak

ANGGOTA polis mengawal mayat Mohd. Nasiruddin yang terkorban dalam kemalangan di Lebuh AMJ, Melaka semalam.
ANGGOTA polis mengawal mayat Mohd. Nasiruddin yang terkorban dalam kemalangan di Lebuh AMJ, Melaka semalam.
MELAKA – Seorang pemandu teksi terkejut apabila mendapati mayat mangsa kemalangan yang terbaring di atas jalan persimpangan lampu isyarat Cheng Heights Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di sini semalam merupakan mayat anaknya sendiri.

Nahas pukul 6.15 pagi itu mengakibatkan Mohd. Nasiruddin Shah Ishak, 28, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis Mitsubishi dipandu seorang pelajar sekolah.

Mohd. Nasiruddin merupakan pekerja landskap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Mengimbau semula kejadian itu, Ishak Mohd. Amin, 60, memberitahu, ketika melalui jalan tersebut, dia ternampak mayat mangsa kemalangan terbaring atas jalan. Dia tidak perasan muka mayat itu kerana keadaan pada waktu itu masih gelap.

sumber- Kosmo

Curi kuih di surau kerana terlalu lapar

Curi kuih di surau kerana terlalu lapar
Eng Khim ketika melihat keadaan lelaki terbabit.
KULIM - Tiada siapa di antara manusia yang mahu hidup tanpa tempat berlindung. Kepada yang berfikiran waras tentu sekali tidak mahu memilih jalan hidup sebegitu.

Namun, ramai antara kita terpaksa hidup bergelandangan akibat masalah peribadi masing-masing. Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 50-an yang ditemui Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM)  sebaik saja mendapat aduan daripada orang awam yang mendakwa lelaki itu mencuri makanan di surau.

Pengerusinya, Khor Eng Khim berkata, pihaknya menemui lelaki itu yang sedang tidur di tepi parit bersebelahan Stadium Mini Keladi kira-kira jam 12.30 pagi semalam.

Menurutnya, lelaki itu mengaku kerana terlalu lapar dia terpaksa mengambil sisa kuih dalam surau sebaik solat Terawih dijalankan lalu melarikan diri.

"Dia juga memaklumkan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan hidup gelandangan sejak lima tahun lalu," katanya.

Sementara itu, lelaki berkenaan berkata, dia tidak suka dituduh sebagai pencuri. “Aku ada minta pada mereka sedikit kuih tetapi mereka halau aku kerana aku kotor. "Orang selalu tuduh aku mencuri. Itu semua tidak betul.

Aku cuma mahu makan saja," katanya. Dia berkata, sehingga kini tidak ada sesiapa atau pihak bertanggungjawab yang datang membantu.

Dalam pada itu, Eng Khim berkata, masalah itu dapat diselesaikan sekiranya pihak terlibat turun padang dan mendekati nasib mereka yang hidup di jalanan.

“Orang awam yang menemui lelaki ini memaklumkan kepada saya dia mencuri dan harus diserahkan kepada polis. Pada pendapat saya, dia tak bersalah.

"Dia sudah meminta kebenaran untuk mendapatkan beberapa kuih untuk dimakan tetapi tidak diberikan sebaliknya dia dihalau.

"Dia tidak ada pilihan melainkan mencuri kuih itu. Dia mencuri kerana dia lapar dan bukan kerana dia mahu melakukan jenayah. Dalam soal ini di manakah peranan orang ramai serta badan yang bertanggungjawab?," katanya.

Katanya, dia meminta jasa baik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membuat rondaan atau operasi bagi mengenal pasti orang gelandangan di sekitar Kulim.

Sehingga kini sudah ramai dalam kalangan pengemis yang meninggal dunia di kaki lima.

sumber- Sinar

Tindih kanak-kanak sampai mati untuk menghalau hantu

BERI KETERANGAN...anggota polis menyoal ahli keluarga mangsa.
BERI KETERANGAN...anggota polis menyoal ahli keluarga mangsa.
BUKIT MERTAJAM: “Saya berasa pelik dan curiga apabila mereka semua berkurung dalam bilik itu sejak jam 2 pagi (kelmarin) tanpa makan, minum dan tidak buka (pasang) penyaman udara.

“Kami semakin hairan apabila suami saya dihalau dan dituduh sebagai hantu ketika cuba masuk ke bilik itu awal malam tadi (kelmarin),” kata ibu saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dipercayai akibat ditindih beramai-ramai.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Minyak Indah, di sini, kanak-kanak perempuan berusia dua setengah tahun itu, Chuah Wan Xuan dipercayai mengalami sesak nafas apabila ditindih tujuh ahli keluarganya iaitu ibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu serta seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Mereka disyaki bertindak demikian ketika menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan menghalau hantu.

Menurut ibu saudara mangsa yang tidak mahu dikenali itu, sudah menjadi kebiasaan dia dan suami pergi ke rumah adik iparnya itu setiap petang untuk makan malam bersama.

sumber- HMetro

2 keluarga bertempur di restoran

CEDERA...seorang remaja cedera.
CEDERA...seorang remaja cedera.
JEMPOL: Akibat perselisihan faham, dua keluarga bertempur membabitkan 11 suspek termasuk sembilan remaja di sebuah restoran di Taman Meranti, Bahau, dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, dalam pergaduhan jam 10.30 malam pada 4 Ogos lalu itu semua suspek ditahan berikutan terbabit dalam pergaduhan ganas sehingga menggunakan senjata termasuk pisau kecil, kayu dan botol minuman.

“Suspek yang terbabit pergaduhan itu berumur 12 hingga 42 tahun termasuk remaja perempuan berusia 15 dan ibunya berumur 38 tahun.

“Kejadian berpunca daripada seorang bapa remaja terbabit yang cuba menyelamatkan anaknya dalam kejadian itu. Bapa remaja berumur 42 tahun itu pemilik restoran berkenaan.

“Kemudian, keadaan lebih tegang sebelum tercetus pergaduhan menggunakan beberapa senjata seperti pisau kecil, kayu dan botol minuman,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat polis daerah (IPD), semalam. 

Bagaimanapun Hamzah berkata, kejadian itu tiada unsur pergaduhan berkumpulan. 

“Susulan itu, tujuh individu daripada 11 yang terbabit cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Jempol dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan akibat merusuh menggunakan senjata,” katanya.

sumber- HMetro

Panahan petir sambar kepala

SEDIH...ahli keluarga menatap gambar Mohd Nazrun. Gambar kecil, Mohd Nazrun.
SEDIH...ahli keluarga menatap gambar Mohd Nazrun. Gambar kecil, Mohd Nazrun. 
ENDAU: “Saya mahu kerja hari ini saja, esok tidak lagi sebab saya masih bercuti, maklumlah raya dah dekat,” itu kata-kata akhir Mohd Nazrun Othman, 27, yang maut disambar petir di rumah kongsi tempat dia bekerja, kelmarin.

Kejadian jam 7 malam itu berlaku di Ladang Sungai Merbau, Ulu Sungai Endau, dekat sini, ketika Mohd Nazrun memasang alat pengecas telefon sebelum sambungan berkenaan disambar petir lalu menyambar kepalanya.

Ibu saudara mangsa, Mariani Omar, 30, ketika ditemui di rumahnya di Felda Selendang, Rompin berkata, perubahan sikap mangsa yang seolah-olah berat hati untuk pergi bekerja sebenarnya petanda dia meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.

Katanya, arwah yang bekerja sebagai pemandu lori masih bercuti namun bekerja pada hari kejadian kerana mahu mengumpul lebih banyak wang menjelang Aidilfitri, namun pada masa sama berat hati meninggalkan keluarga dan dilihat termenung di depan rumah biarpun enjin motosikalnya sudah dihidupkan.

“Tak sangka rupa-rupanya perubahan itu petanda hari terakhirnya bersama kami.

Kami sangat terasa kehilangannya memandangkan dia anak lelaki tunggal dalam keluarga,” katanya.

sumber- HMetro

Imej Kuntilanak dekat jambatan runtuh


Imej Kuntilanak dekat jambatan runtuh

TANJUNG ANOM - Seorang lelaki, Pego Guntoro berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di celah sebatang pokok di sebuah jambatan yang runtuh di sini, lapor sebuah akhbar.

Gambar itu dirakamkan oleh Guntoro menerusi telefon bimbit berkamera pada petang Isnin.

Dalam imej tersebut, hantu kuntilanak itu memakai baju labuh berwarna putih, rambut panjang mengurai manakala tangannya tidak kelihatan.

"Jika diperhatikan, ia seperti kuntilanak," kata seorang rakan Guntoro yang hanya mahu dikenali sebagai Ratno.

Menurutnya, semasa gambar itu dirakamkan, Guntoro kelihatan ketakutan dan menghantar imej tersebut kepadanya.

Penduduk di sekitar lokasi jambatan itu mengaku kuntilanak pernah dilihat di kawasan tersebut.

Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Agus menyatakan bahawa dia pernah melihat kuntilanak dengan wajahnya yang cukup cantik semasa melintas di atas jambatan itu.

Kuntilanak merupakan hantu yang dipercayai berasal dari ibu hamil yang mati. 

sumber- Agensi

Telur Ayam Sebesar Duit Syiling

Telur sebesar duit syiling

GLOUCESTERSHIRE - Seekor ayam di Britain mengeluarkan telur sebesar duit syiling 50 pence (RM2.46) yang dipercayai telur terkecil di negara berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Telur setinggi 3.3 sentimeter dengan lebar 2.5 sentimeter itu ditemui oleh seorang gadis, Chloe Heath-Byard, 15, ketika dia mengutip telur ayam di rumah neneknya di sini, barat daya England, baru-baru ini.

"Saya terkejut melihat telur ayam sekecil ini. Saiznya menyamai duit syiling 50 pence," katanya.

Chloe dan neneknya merancang untuk mengawet telur ganjil itu supaya dapat menyimpannya untuk satu jangka masa yang lama.

sumber- Kosmo

Siput Babi Terbesar Di Dunia

Benua Afrika sememangnya dikenali kerana mempunyai pelbagai jenis haiwan yang bersaiz gergasi.  Siput Babi Gergasi yang terdapat di Afrika ini juga dipanggil sebagai 'the giant tiger land snail' kerana corak cengkerangnya seakan harimau. Ianya berasal dari Ghana, Afrika, dan tergolong dari spesis hermaphrodites iaitu mempunyai dua jantina.

Siput ini juga hampir kesemuanya dari kategori Gastropod Pulmonate dimana sistem pernafasannya adalah sama seperti mana-mana siput dan lintah yang tinggal di darat. Cengkerangnya mampu membesar sehingga 18cm dan panjang diameter sehingga 9cm. Dikatakan ianya boleh menghasilkan telur sehingga 1000 biji setahun.

the giant tiger land snail
the giant tiger land snail
the giant tiger land snail
the giant tiger land snail
the giant tiger land snail
the giant tiger land snail
the giant tiger land snail

Mesir ikrar balas dendam

SEORANG askar Israel semalam memeriksa sebuah kenderaan berperisai yang digunakan para militan Islam dekat pos sempadan Kerem Shalom.
SEORANG askar Israel semalam memeriksa sebuah kenderaan berperisai yang digunakan para militan Islam dekat pos sempadan Kerem Shalom.
KAHERAH - Tentera Mesir semalam berjanji akan membalas dendam kematian 16 pengawal sempadan dalam satu serangan di sebuah pos kawalan dekat sempadan Israel pada hari sebelumnya, menurut satu kenyataan oleh agensi berita rasmi MENA.

Para pengawal sempadan itu mati selepas sekumpulan miltan Islam melancarkan serangan.

Kejadian itu berlaku di pos sempadan Kerem Shalom.

"Kami bersumpah dengan nama Tuhan kami akan membalas kematian mereka.

"Rakyat Mesir tidak perlu menunggu lama untuk melihat tindak balas kami ke atas serangan pengganas ini," kata kenyataan Majlis Agung Angkatan Bersenjata (SCAF).

"Sesiapa yang mengadakan hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang menyerang tentera kami di Semenanjung Sinai sejak beberapa bulan lalu akan membayar dengan harga yang tinggi sama ada mereka berada di dalam atau luar Mesir," tambah kenyataan tersebut.

Presiden Mohamed Morsi (gambar kecil) sebelum ini turut berikrar lewat kelmarin untuk meningkatkan kawalan keselamatan dan mengambil alih kawalan di Semenanjung Sinai.

Kumpulan penyerang militan Islam itu melintas masuk ke Israel dengan menaiki sebuah kenderaan berperisai selepas melakukan serangan tersebut.

Israel kemudian menyatakan, lima orang lelaki bersenjata dibunuh dalam serangan melibatkan beberapa buah kereta kebal dan helikopter rejim Zionis.

Di bawah perjanjian damai 1979 dengan Israel, Mesir dibenarkan menempatkan pasukan tentera dalam jumlah yang terhad di Sinai.

Jurucakap tentera Israel, Yoav Mordechai memberitahu Radio Tentera semalam bahawa para militan Islam itu merupakan anggota kumpulan jihad global yang berpangkalan di Sinai.

Sinai menjadi pangkalan para militan global kerana kelemahan Mesir mengawal semenanjung tersebut.

sumber - Agensi

Polis cari motif serangan

SEBAHAGIAN penduduk Sikh berhimpun dalam tunjuk perasaan di New Delhi semalam bagi mengutuk serangan di sebuah kuil Sikh di Amerika Syarikat.
SEBAHAGIAN penduduk Sikh berhimpun dalam tunjuk perasaan di New Delhi semalam bagi mengutuk serangan di sebuah kuil Sikh di Amerika Syarikat.
OAK CREEK, Wisconsin - Seorang lelaki bersenjata membunuh enam orang dan mencederakan tiga yang lain di sebuah kuil Sikh di Amerika Syarikat (AS) kelmarin sebelum dia ditembak mati dalam serangan yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai satu keganasan domestik.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) turut melakukan siasatan bagi mengetahui motif serangan.

Media tempatan melaporkan identiti lelaki bersenjata itu sebagai Wade Michael Page yang merupakan seorang veteran tentera AS.

Dipercayai anggota kumpulan rasis kulit putih, lelaki bertatu itu bersenjatakan sepucuk pistol separa automatik dan memakai baju-T putih ketika dia ditembak mati polis AS.

Menurut pihak berkuasa, lelaki berkulit putih, tinggi dan berkepala botak berusia dalam lingkungan 40-an melepaskan tembakan sejurus sebelum upacara keagamaan di sebuah kuil Sikh di sini pinggir bandar Milwaukee pada pukul 10.30 pagi (waktu tempatan).

Tindakan tersebut menyebabkan ramai penganut Sikh bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Beberapa orang saksi berkata, lelaki itu mempunyai tatu 9/11 yang merujuk kepada peristiwa serangan 11 September 2001 ke atas AS oleh militan Islam.

"Dia mempunyai tatu, saya tidak tahu jika ia membawa sebarang maksud atau ia mewakili mana-mana kepercayaan dan pegangan," kata jurucakap Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan AS, Thomas Ahern.

Seramai empat orang mangsa ditembak mati di dalam kuil tersebut manakala tiga yang lain termasuk suspek terbunuh di luar kuil tersebut.

Ketua Polis Oak Creek, John Edwards berkata, suspek turut menyerang dan menembak seorang anggota polis yang sedang membantu mangsa tembakan.

Anggota polis kedua yang berada ditempat kejadian kemudian bertindak menembak mati suspek.

Sejak serangan pengganas di AS pada 11 September 2001, penganut Sikh kerap disalah anggap sebagai penganut Islam.

Presiden AS, Barack Obama menyatakan beliau sedih dengan kejadian tersebut.

Perdana Menteri India, Manmohan Singh berasa terkejut dengan serangan itu.

"Ia merupakan tindakan keganasan yang tidak masuk akal," katanya.

Perdana Menteri itu berharap pihak berkuasa akan menyiasat siapa yang mendalangi serangan tersebut.

Sejumlah penduduk Sikh di India turut melakukan tunjuk perasaan bagi mengutuk serangan tersebut. 

sumber- Agensi

Bangunan runtuh dalam masa enam saat

BANGUNAN Rangkaian Radio runtuh dnegan menggunakan bahan letupan di Christchurch kelmarin.
BANGUNAN Rangkaian Radio runtuh dnegan menggunakan bahan letupan di Christchurch kelmarin.
CHRISTCHURCH, New Zealand - Sebuah bangunan Rangkaian Radio setinggi 14 tingkat yang rosak kerana gempa bumi yang berlaku pada 2011 diruntuhkan di sini kelmarin.

Bangunan itu diruntuhkan dengan menggunakan 63 kilogram bahan letupan dalam tempoh hanya enam saat.

Seorang pesakit kanser berusia enam tahun, Jayden Halliwell diberi penghormatan menekan butang untuk meletupkan bangunan tersebut.

Ratusan orang menyaksikan letupan itu.

sumber - Agensi

'Koboi bogel' ada saingan

IMEJ video agensi berita AFP yang disiarkan di laman YouTube kelmarin menunjukkan 'koboi bogel' membuat persembahan di Times Square, New York.
IMEJ video agensi berita AFP yang disiarkan di laman YouTube kelmarin menunjukkan 'koboi bogel' membuat persembahan di Times Square, New York.
NEW YORK - Selama 13 tahun, seorang lelaki yang bertubuh sasa, memakai topi dan but koboi bermain gitar dalam keadaan separuh bogel semasa menyanyi untuk mencari 'makan' di Times Square di sini.

Lelaki itu, Robert Burck memperoleh pendapatan AS$1,000 (RM3,106) sehari dan ramai wanita merakamkan gambar dengannya.

Burck, 41, amat dikenali dalam kalangan pelancong di bandar raya ini.

Dia memakai seluar dalam semasa membuat persembahan.

Bagaimanapun, dia kini berdepan saingan daripada seorang lagi lelaki yang memakai seluar dalam ketat dan menggelarkan dirinya sebagai 'Indian bogel'.

Lelaki Indian itu menggelarkan dirinya sebagai raja baharu di Times Square.

"Terdapat daya tahan lebih lama, lebih bertenaga dalam diri saya," kata lelaki Indian itu yang enggan memberikan nama penuhnya.

Namun, dia dilaporkan bernama Adam David.

"Koboi itu, kakinya kelihatan lemah. Kedudukannya kini semakin terancam," katanya.

Kedua-dua mereka membuat persembahan dalam jarak yang dekat.

Lelaki Indian yang memakai topi tradisi yang mengandungi pelepah haiwan itu berkulit lebih gelap dan muncul di Times Square pada bulan lalu.

Menurutnya, dia yang bertubuh lebih sasa daripada 'koboi bogel' memperoleh pendapatan antara AS$200 (RM621.36) hingga AS$500 (RM1,553) sehari.

Dia muncul dengan gendang dan berteriak dalam bahasa Indian.

Burck menggunakan ancaman akan mengambil tindakan undang-undang untuk memaksa lelaki Indian itu tidak menggunakan logo 'Indian bogel' pada seluar dalamnya.

Menurutnya, penggunaan itu melanggar identitinya sebagai 'koboi bogel'.

'Koboi bogel' itu telah membina empayar perniagaannya sendiri sejak beberapa tahun lalu termasuk penjualan baju-T, but koboi dan seluar dalam yang boleh diperoleh di laman www.nakedcowboy.com. 

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...