Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, October 11, 2012

Muzium Tentera Darat serah cebisan tulang krew Tentera British

PORT DICKSON - Sebanyak 80 cebisan tulang milik lapan krew pesawat Tentera Udara Diraja British (RAF) yang terhempas lebih enam dekad lalu di kawasan Gunung Telapak Buruk, Langkap, Kuala Pilah dekat sini, diserahkan Muzium Tentera Darat kepada wakil Tentera British.

Upacara penyerahan tulang tersebut dilakukan Ketua Pengarah Rancang Pembangunan Markas Latihan Tentera Darat, Briged Jeneral Datuk Abu Musa Abd. Rahman dan diterima oleh Penasihat Pertahanan Tentera British Kapten Kenneth Taylor dalam majlis ringkas di sini.

Pengarah Muzium Tentera Darat Leftenan Kolonel Mohd Shukri Mohd Ghazali berkata, kesemua cebisan tulang tersebut yang 'terkubur' sejak 1945 berjaya dibawa keluar hasil misi evakuasi bersama antara Muzium Tentera Darat, wakil kerajaan British dan pakar forensik Universiti Sains Malaysia.

"Dengan penemuan seperti ini, kita dapat melihat sejarah itu dari aspek sebenar dan ini telah membuka sejarah baharu dari sudut ketenteraan di mana sebelum ini penyelidik barat tidak banyak melakukan kajian berkaitan ketenteraan di negara kita," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan itu, di sini hari ini.

Muzium Tentera Darat

Katanya, misi tersebut sebenarnya telah bermula pada 22 Dis 2006, namun akibat kekangan peralatan selain kesulitan bentuk muka bumi di kawasan hutan tersebut, menyebabkan ia dilakukan dalam empat fasa sebelum selesai pada 9 Ogos 2009.

"Tempoh agak lama diambil disebabkan tulang berkenaan perlu dianalisa pakar forensik Tentera Darat sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk analisa lanjut bagi pengesahan ia milik krew tentera RAF yang terkorban," katanya.

Pesawat pengebom RAF B24 Liberator KL654/R tersebut berlepas dari Cocos Islands, Autralia dipercayai sedang melakukan misi sulit di kawasan hutan Langkap, Kuala Pilah sebelum terhempas atas faktor yang tidak dapat dikenal pasti, pada 23 Ogos 1945 dan mengorbankan semua lapan krewnya.

Mereka yang terkorban adalah juruterbang, Leftenan Udara John Selwyn Watts; Pegawai Udara Edward Donald Mason; Pegawai Udara William Kenneth Dovey; Sarjan Udara Jack Blakey; Sarjan Udara Willian Ros; Sarjan Udara Raymond Towell; Pegawai Udara John Trevor Bromfield dan Sarjan Udara Arthur Turner.

Mohd Shukri berkata, kesemua tulang tersebut akan disemadikan dengan penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Tentera Komanwel Cheras, Kuala Lumpur pada 18 Okt ini.

sumber- Bernama

Peniaga pasar malam rogol pelajar dipenjara 10 tahun

JOHOR BAHARU - Seorang peniaga pasar malam dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol seorang pelajar berusia 13 tahun, Ogos lepas.

Hakim Zamri Bakar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan terhadap Roslan Zakaria, 30, yang didakwa melakukan kesalahan itu dalam dua kejadian berasingan di tempat yang sama.

Bagi tuduhan pertama, Roslan yang berasal dari Padang Serai, Kedah, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah bernombor 200, Jalan Saujana, Plentong, di sini, pada kira-kira 12.30 tengah hari, 10 Ogos lepas.

Bagi tuduhan kedua, Roslan didakwa melakukan kesalahan sama pada waktu dan tempat yang sama pada 13 Ogos lepas.

budak sekolah kena rogol

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Zamri bagaimanapun, memerintahkan hukuman penjara tersebut dijalankan serentak mulai tarikh tangkapan pada 9 Sept lepas.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd Jaafar manakala Roslan tidak diwakili peguam.

sumber- Bernama

Polis tahan sembilan pondan di Georgetown

GEORGETOWN - Polis menahan sembilan pondan termasuk empat warga Indonesia kerana berkelakuan tidak senonoh di Lebuh Chulia di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata kesemua mereka yang berusia antara 22 dan 37 tahun itu ditahan menerusi Ops Noda yang bermula malam tadi.

"Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan dan telah dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pondan terbabit ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berpakaian menyerupai wanita bagi tujuan maksiat yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25 atau penjara 14 hari atau kedua-duanya.

pondan Malaysia
gambar hiasan
Katanya empat lelaki Indonesia itu turut disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 yang memperuntuk hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Gan berkata dalam operasi itu juga polis menahan tujuh wanita rakyat asing berusia 20-an dan 40-an kerana dipercayai menawarkan khidmat seks di sebuah hotel murah di Lebuh Penang di sini.

Katanya, empat daripada mereka adalah warga China, dua warga Indonesia dan seorang wanita Thailand.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran yang membawa hukuman penjara satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

sumber- Bernama

Nahdatul Ulama isytihar jihad lawan HIV/Aids

Logo Nahdatul Ulama

JAKARTA -  Pertubuhan Islam terbesar di Indonesia Nahdatul Ulama (NU) menyeru orang ramai supaya berjihad melawan HIV/Aids kerana menganggap gejala penyakit yang membawa maut itu kini sedang menghantui masyarakat.
   
Nahdatul Ulama, yang mempunyai anggota berjumlah 70 juta orang di seluruh Indonesia, merupakan salah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang amat berpengaruh di Indonesia.
   
"Hadis Nabi Muhammad SAW berbunyi, bukan umatku jika tidak peduli terhadap sesama. Atas dasar itu NU terpanggil untuk ikut serta mengatasi penularan HIV/Aids ini," kata Ketua Umum Pengurus Besar Nahdatul Ulama (PBNU) Prof Dr Said Aqil Siroj kepada media di sini pada Rabu.
   
Beliau berkata, jihad melawan penularan penyakit itu bukan slogan semata-mata bagi pertubuhan itu kerana ia telah mengambil beberapa langkah konkrit seperti membangunkan dua buah pondok pesantren (institusi pendidikan Islam) di Kalimantan Barat dan Jambi, yang dikhaskan untuk menangani penghidap HIV/Aids.
   
Usaha seumpama itu sedang dikembangkan lagi, katanya.
   
Langkah-langkah itu diambil berikutan kes-kes luar biasa di beberapa kawasan di republik itu seperti yang berlaku di Jakarta Utara di mana seorang guru mengaji didapati menghidap HIV/Aids walaupun beliau langsung tidak terlibat dalam kegiatan yang memungkinkan dijangkiti penyakit itu.
   
Pakar-pakar di Lembaga Kesihatan Nahdatul Ulama (LKNU) juga aktif mendampingi penghidap HIV/Aids dan memberi penerangan kepada masyarakat tentang risiko dijangkiti penyakit itu.
   
Ada kira-kira 80,000 penghidap HIV/Aids di Indonesia pada masa ini mengikut data LKNU dan sebahagian besar daripada mereka dipercayai terjangkit kerana pergaulan seks bebas dan kegiatan penyalahgunaan dadah melalui jarum suntikan. 

sumber- Bernama

Awas! Beras palsu dari China

BANYAK produk tiruan yang dihasilkan dari China. Dari pakaian, mainan, barangan teknologi dan elektrik sehinggalah melibatkan bahan makanan. Tapi benarkah setelah pembongkaran mi palsu, telur palsu, dan susu bayi palsu mengandungi melanin, kini China dikatakan mengeluarkan pula beras tiruan yang diperbuat dari plastik ?

Laporan media dari Hongkong menyatakan bahawa beras palsu tersebut sedang dipasarkan di Taiyuan, wilayah Shaanxi, China. Beberapa syarikat media lain seperti dari Singapura dan Vietnam turut mendedahkan tentang pemalsuan makanan tersebut. Sebut fasal tiruan, bagaimanakah agaknya beras tersebut dipalsukan?

Beras tiruan plastik ini dikatakan dibuat dari campuran kentang dan keledek serta diadun dengan plastik supaya berkilat dan dapat dibentuk seperti beras asli, ditambah pula dengan pewangi beras tiruan ianya kelihatan seperti beras asli. Namun langsung tidak berkhasiat malahan merbahaya untuk kesihatan.

Kentang dan keledek
Bahan membuat beras palsu, Kentang dan keledek

Resin plastik
Bahan campuran utama, Resin plastik

Beras tiruan
Hasilnya beras tiruan yang seakan-akan beras asli

Beras tiruan siap dibungkus
Beras tiruan yang siap dibungkus

Plastik umpama toksik di muka bumi, susah untuk reput dan dilupuskan.Begitu jugalah dengan beras tiruan. Sifat plastik itu telah membuatkan butiran beras menjadi keras dan sukar untuk patah. Bentuknya sentiasa sempurna iaitu bersaiz lebih panjang daripada beras biasa. Selain bersaiz panjang butiran beras ini juga sangat halus dan nipis. Malah, Warnanya jernih seperti lut sinar berbanding beras asli yang kelihatan seakan warna putih susu. Oleh kerana warnanya sebegitu rupa, air basuhan beras tetap nampak jernih walaupun pertama kali dicuci.

Penyelidikan yang dijalankan keatas kandungan kimia dalam beras tiruan itu turut menemukan suatu yang bahaya. Dikatakan, dengan hanya memakan sebanyak tiga mangkuk dari nasi bukan original itu, hasilnya boleh disamakan seperti menelan satu hingga dua beg plastik. Ditambah harganya yang terlalu murah dan sukar dibezakan dengan beras asli kegiatan penipuan ini sukar dibendung.


Dengan erti kata lain, beras tersebut hanya dilihat pada zahir atau bentuk saja.Tapi pada hakikatnya pengguna sebenarnya menelan plastik.Bayangkan jika beras tersebut dijamah pada setiap hari atau seumur hidup.Tentu saja bahaya kesihatan atau pelbagai penyakit kronik sedang menunggu mangsanya.

sumber- Cari

Wanita warga emas ditembak jiran kerana disangka kera

gambar monyet
gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Seorang wanita warga emas di Jalan Sekolah Kampung Batu Tiong, Dungun di sini ditembak jiranya Selasa lepas kerana menyangka wanita itu seekor kera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi, wanita berusia 60 tahun itu sedang berada di depan rumahnya terdengar bunyi tembakan dan terasa sakit pada dadanya.

"Tembakan dilepaskan jiran mangsa yang juga seorang pengawal keselamatan. Setelah mendengar mangsa mengerang kesakitan, suspek berusia 60 tahun itu bergegas ke rumah mangsa sebelum menghantarnya ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan.

"Suspek marahkan sekumpulan kera yang selalu merosakkan tanamannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Manoharan berkata akibat tembakan, mangsa mengalami cedera di dada terkena peluru penabur daripada senapang patah milik pengawal keselamatan berkenaan.

Beliau berkata ketika mangsa mendapatkan rawatan pihak hospital mendapati ada dua kesan terkena tembakan dan terbakar pada bahagian dada mangsa tetapi tiada kesan peluru termasuk ke dalam.

"Melihat kesan itu doktor yang merawat mangsa membuat satu laporan polis kira-kira jam 11.50 pagi semalam dan mangsa masih dirawat di hospital.

"Sehubungan kejadian itu, pihak polis memanggil suspek untuk siasatan lanjut dan merampas sepucuk senapang patah yang digunakan suspek," katanya.

Manoharan berkata senjata api berkenaan milik sebuah syarikat keselamatan dan berlesen, yang sepatutnya digunakan untuk menjaga keselamatan diri dan harta ketika bertugas dan tidak boleh digunakan bagi tujuan persendirian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960 kerana menyebabkan cedera dengan senjata tanpa alasan yang sah dan di bawah Seksyen 8(b) akta yang sama kerana gagal mematuhi syarat, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 jika disabitkan kesalahan. 

sumber- Bernama

Lelaki bawa pelbagai senjata ditahan di LAX

Yongda Huang Harris

LOS ANGELES: Seorang lelaki berusia 28 tahun yang menaiki pesawat dari Asia ditahan di bandar raya ini selepas dia didapati memakai baju kalis peluru dan membawa beberapa senjata, termasuk bom tangan asap, kata pihak berkuasa semalam.

Yongda Huang Harris, warga Amerika Syarikat berketurunan Cina menghadapi dakwaan membawa bahan berbahaya selepas dia ditahan oleh pengawal sempadan Jumaat lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX).

Harris yang tinggal di Jepun sejak kebelakangan ini dan menuju ke Boston memakai ves kalis peluru dan seluar panjang kalis api di dalam kot dipakainya,” kata kenyataan imigresen dan kastam AS (ICE). Siasatan lanjut bagasinya menemui ‘bom tangan asap piroteknik bersama kapak kecil, pisau, topeng gas, sut biobahaya dan beg mayat.

Ejen turut menemui tiga belantan bersalut kulit, alat pernafasan, gari kaki dan bahan untuk menghalau anjing, lapor afidavit pegawai Siasatan Keselamatan Dalam Negeri (HSI), sebuah unit ICE. 

sumber- AFP

Mayat ketua dadah dicuri

Heriberto Lazcano

BANDAR RAYA MEXICO: Kejayaan besar pihak berkuasa Mexico bertukar menjadi insiden memalukan semalam apabila mayat ketua kartel dadah Zetas yang dibunuh dicuri daripada rumah mayat.

Heriberto Lazcano yang disifatkan sebagai seorang yang bercita-cita tinggi dan tidak berperikemanusiaan adalah lelaki kedua paling dikehendaki di negara itu. Pembunuhannya adalah kejayaan besar buat kerajaan yang memerangi kartel dadah ekoran tentera persekutuan dikerah menumpaskan mereka sejak 2006.

Mayat Lazcano dan seorang lagi lelaki dibawa ke sebuah rumah mayat di bandar Sabinas di utara negeri Coahuila sejurus selepas mereka dibunuh dalam insiden tembakan Ahad lalu antara kumpulan mereka dengan pasukan khas tentera laut. 

Namun, sekumpulan lelaki bersenjata berat memakai topeng kemudian memasuki rumah mayat itu dan menahan kakitangan di situ, kata pendakwa raya Coahuila, Homero Ramos di sidang media di Sabinas.

“Mereka mengambil mayat berkenaan, memasukkannya ke dalam kereta mayat dan mengarahkan pemandunya segera beredar,” kata Ramos.

Tentera laut Mexico yang menjalankan operasi menentang ketua Zetas itu berkata, cap jari dan foto digunakan untuk mengenal pasti mayat itu sebagai Lazcano sebelum ia dicuri. 

sumber- AFP

Bawa bangkai haiwan sertai tunjuk perasaan

Animal Liberation Victoria ALV

MELBOURNE: Kira-kira 100 aktivis yang membawa bangkai haiwan berhimpun di tengah bandar raya ini kerana membantah keganasan dan pengabaian terhadap binatang.

Penunjuk perasaan dari kumpulan Pembebasan Haiwan Victoria (ALV), membawa bersama mereka bangkai biri-biri, babi, kanggaru, ayam, ikan, itik dan spesies haiwan lain berharap untuk menarik perhatian terhadap ‘penderitaan tersembunyi haiwan di Australia dan di seluruh dunia.’ Bangkai haiwan berkenaan ditemui pasukan penyelamat ALV di luar kilang, kandang atau dilanggar kenderaan dan dibiarkan mati, kata pertubuhan itu.

Menurut ALV, layanan kejam terhadap binatang adalah satu daripada isu terbesar ketidakadilan di dunia. Kumpulan itu juga berkata, kekejaman dan pengabaian terhadap berbilion haiwan juga berlaku di Sepanyol, Chile, Perancis, Jerman dan Peru.

“Tujuan kami di sini hari ini ialah untuk menarik perhatian kepada hakikat bahawa manusia bertanggungjawab terhadap pembunuhan 64 bilion haiwan darat di seluruh dunia setiap tahun dan antara satu hingga tiga trilion haiwan laut.

“Seperti kita, haiwan ini mempunyai minat untuk hidup dan tidak menderita dan kita tidak boleh membiarkan minat mereka hanya kerana mereka bukan di kalangan spesies kita,” kata penyelaras kempen ALV, Noah Hannibal. 

sumber- DM

Jual buah pinggang langsai hutang

Jual buah pinggang langsai hutang
Phuah mahu menjual buah pinggang bagi langsai hutang.
KUALA LUMPUR - “Saya tiada pilihan lain, ini peluang terakhir, saya mahu menjual buah pinggang pada harga RM50,000 untuk melunaskan hutang dan memulakan hidup baru,” demikian luah mangsa ah long yang hanya mahu dikenali sebagai Phuah.

Phuah, 47, berkata, dia mula ketagih berjudi setelah rakan baiknya memperkenalkan kepadanya perjudian dalam talian pada Disember lalu.

“Saya menghabiskan masa kira-kira dua jam di kafe siber di Cheras. Saya membelanjakan antara RM200 hingga RM300 setiap hari untuk bermain judi,” katanya.

Menurutnya, dia kini terpaksa menanggung kerugian RM35,000 pada Jun lalu.

Phuah juga meminjam wang sebanyak RM5,000 daripada ah long untuk berjudi dengan harapan dapat mengubah nasibnya.

Phuah pernah bekerja sebagai pemandu lori, namun kini dia dipecat majikannya pada Isnin lalu kerana tidak tahan dengan sikapnya yang suka meminjam wang.

“Disebabkan hutang keliling pinggang, isteri dan dua anak perempuan saya melarikan diri sejak minggu lalu. Saya gagal mengesan di mana mereka berada,” katanya pada sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, Phuah yang berasal dari Ampang itu mendakwa mahu menjual buah pinggangnya untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dialami.

“Dia datang ke pejabat saya dan memberitahu hasratnya itu, saya menegaskan ia menyalahi undang-undang. Saya cadangkan kepadanya melangsaikan hutang secara ansuran,” katanya.

Menurutnya, Biro Pengaduan Awam MCA menerima sebanyak 444 kes berkaitan dengan ah long dengan jumlah pinjaman sebanyak RM30 juta sejak awal tahun sehingga semalam.

sumber- Sinar

Christina Aguilera berbogel demi album

Christina Aguilera naked
Christina Aguilera
Kerana mahu menampilkan kelainan, penyanyi Christina Aguilera dikatakan sanggup berbogel untuk kulit album terbarunya 'lotus' yang bakal dipasarkan November ini.

Pendedahan ini dilakukan sendiri olehnya menerusi akaun Twitter miliknya yang turut menunjukkan gambar penghias kulit albumnya itu.

Dalam gambar itu, Aguilera kelihatan berdiri tegak bersama bunga teratai di samping rambutnya yang berwarna putih menutupi sebahagian dadanya.

Menurutnya, gambar berbogel yang digunakan itu amat bersesuaian dengan idea album terbarunya yang mengetengahkan konsep kelahiran semula.

sumber- Sinar

Video seks: Hulk Hogan fail laporan polis

hulk hogan sex videos

LOS ANGELES - Ahli gusti terkenal, Hulk Hogan memfailkan laporan polis berhubung penerbitan video seks membabitkan dirinya yang mula tersebar di Internet sejak awal minggu lalu.

Bintang rancangan TNA IMPACT itu marah dengan video yang menyiarkan dia bersama isteri rakan baiknya, Bubba the Love Sponge dan berharap pihak berkuasa dapat membantu mengesan siapa yang menyiarkan video itu di Internet.

Menurut laman web gosip TMZ, peguam ahli gusti itu, David R. Houston memfailkan laporan polis di Clearwater, Florida, kelmarin.

Dalam laporan itu, Hogan mendakwa video itu dirakam tanpa kebenarannya dan sesiapa yang menyiarkan video itu telah melanggar undang-undang.

Hogan juga telah menghantar surat kepada laman web Gawker supaya menghentikan penyiaran video tersebut.

Setakat ini, video itu masih boleh ditonton di laman web tersebut.

Ahli gusti itu mendakwa video tersebut dirakam enam tahun lalu dan kecewa dengan penyiarannya di Internet. 

sumber- AGENSI

Mayat lelaki dalam beg

mayat dalam beg

KULAIJAYA: Seorang lelaki dipercayai dibunuh kejam dengan lehernya dikelar sebelum mayat disumbat ke dalam sebuah beg yang kemudian dicampak ke dalam Sungai Skudai, Tampoi Indah, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Dr Hashim Haron berkata, mayat lelaki di dalam beg itu ditemui orang awam kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu.

Menurutnya, orang ramai yang melalui kawasan itu terlihat objek mencurigakan di dalam sebuah beg berikutan zipnya terbuka lalu memeriksanya sebelum terkejut apabila mendapati ia mayat manusia.

“Mayat mangsa dibalut dengan tuala sebelum disumbat ke dalam beg berkenaan. Pemeriksaan terhadap mayat itu menemui kesan kelaran pada lehernya dan mayat itu juga sudah kembung apabila ditemui.

“Bedah siasat dijalankan pakar patologi Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru mengesahkan mangsa mati akibat dibunuh dengan kesan kelaran pada leher selain penemuan kesan parut lama pada tapak tangan kanannya,” katanya, di sini, semalam.

sumber- HMetro

Lelaki dicari bantu siasatan kes gaduh

pembunuh bouncer disko Jalan Doraisamy
J Tharmarajah
KUALA LUMPUR – Polis mengesan seorang lelaki bagi bantu siasatan bagi kes pergaduhan serta tembak mati dua pengawal kelab malam di Jalan Doraisamy, di sini, pada 26 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu, J Tharmarajah, 37, dicari kerana dipercayai mempunyai maklumat berhubung kes.

Beliau berkata, lelaki beralamat terakhir di Kampung Chong Hwa, Batu 4, Jalan Gombak itu dipercayai cederaan dalam pergaduhan tersebut.

"Kita syak dia lari ke luar negara bagi mendapatkan rawatan di hospital di sana.

"Sehingga kini, kita masih belum dapat menjejakinya dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu dapat menghubungi talian, 03-21460685 atau terus tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media, semalam.

Sebelum ini, polis mengesan tiga individu termasuk dua yang dipercayai ada kaitan dengan kes terbabit.

sumber- Sinar

Enam maut, dua parah kemalangan awal pagi di Kijal

Perodua Myvi putih
Kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan meragut enam nyawa awal pagi tadi.
KIJAL - Enam orang dari satu keluarga maut dan dua cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di Meraga Beris di sini, awal pagi tadi.

Kemalangan berlaku di Kilometer 129.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di kawasan Kampung Meraga Beris kira-kira jam 4.30 pagi.

Keenam-enam mangsa yang maut meninggal dunia di tempat kejadian.

mangsa kemalangan tragis
(Atas kiri) Nursyazleen Norizan (atas kanan) Nur Syardiena (bawah kiri) Wan Alpisar Wan Abd Kadir (bawah kanan) Nurkhairatul Najiha
Mangsa yang maut dikenali sebagai Khairudi Omar, 31, iaitu pemandu kereta, Noran Ali, 39, (penumpang hadapan), Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, (penumpang hadapan), Nur Syardien Afzan Narizan, 9, Nursyazleen Narizan,12, dan Wan Aspisar Wan Abdul Kadir, 43.

Dua lagi mangsa yang cedera parah, Nursakinah Narizan,17, dan Nursyafura Narizan,13, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan lanjut.

Pemandu bas ekspres berkenaan bersama 23 penumpang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuantan tidak cedera.

Kereta terbabit, Perodua Myvi dinaiki lapan penumpang, dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu, dikatakan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Marlek Hakim Johar berkata kes masih dalam siasatan pihak polis.

Abdul Marlek turut meminta saksi kejadian agar dapat menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Azami Murat Ismail menerusi talian 09-8592222 atau balai polis berhampiran.

sumber- Sinar

Kucing bermata hijau, biru

weird cat's eye
Mohd Zarif amat menyayangi Putih yang bermata biru di sebelah kanan manakala mata kiri berwarna hijau.
SUNGAI PETANI – “Saya tak pernah perasan dua mata berlainan warna pada kucing putih tersebut sehinggalah selesai memandikannya,” demikian kata Zubir Zainol, 29, berkenaan seekor kucing liar dan kotor yang ditemuinya.

Zubir berkata, setiap hari dia dan rakan-rakan sering memberi makan kepada kucing liar yang berkumpul di tempat kerjanya dekat sebuah kedai menjual kereta di sini, namun tidak menyangka akan didatangi seekor kucing unik.

Menurutnya, melihatkan keadaan mata yang berwarna biru dan hijau, dia menganggap kucing tersebut agak istimewa dan membelanya dengan memberi nama Putih kepada haiwan itu.

Walaupun begitu, Zubir berkata, dia tidak pernah menyangka sesuatu yang pelik atau kucing tersebut akan memberinya tuah dan sebagainya tetapi membelanya sekadar menghargai kebesaran makhluk ciptaan ALLAH SWT.

Menurutnya, anak bongsunya, Mohd Zarif Ikhwan, 2, cukup menyayangi Putih yang dianggap pengganti kepada dua arnab dibelanya yang mati sebelum ini.

sumber- Sinar

Mangsa kenduri 10 lelaki bukan warga tempatan

awek indon kena rogol

SHAH ALAM: Wanita berusia 28 tahun yang menjadi mangsa dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar di Puchong Perdana, Sabtu lalu bukan warga tempatan seperti yang didakwa sebaliknya warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala 10 lelaki terbabit memegang status pelarian Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Adnan Abdullah berkata, wanita terbabit yang bekerja sebagai pencuci rumah kini masih dalam keadaan trauma dan sedang menjalani rawatan.

Harian Metro dalam muka depannya kelmarin melaporkan seorang wanita ‘diculik’ dua lelaki warga Myanmar ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa kemudian dibawa ke sebuah flat berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu. Mangsa kemudian diikat dan dirogol secara bergilir-gilir dan dilepaskan kira-kira jam 7 malam sebelum dibawa rakannya membuat laporan di Balai Polis Puchong.

Berdasarkan laporan mangsa, polis menahan tiga lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 30-an di flat berkenaan, Ahad lalu.

Adnan berkata, polis kini memburu tiga lagi rakan suspek dan masih menjalankan siasatan bagi mencari rakaman video perbuatan keji 10 suspek terbabit berikutan dakwaan mangsa yang mengatakan beberapa suspek turut merakamkan perbuatan itu dengan telefon bimbit.

“Kita belum menemui rakaman berkenaan di dalam telefon bimbit milik tiga suspek yang ditahan kerana telefon bimbit yang dimiliki mereka adalah model lama dan tidak mempunyai aplikasi rakaman video,” katanya.

sumber- HMetro

Khayal berasmara

SIBU: Dua lelaki dan seorang wanita yang paling dikehendaki polis kerana disyaki menjadi dalang aktiviti pecah rumah di sekitar bandar ini, dicekup dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah ketika asyik melakukan aksi ranjang sesama mereka di sebuah rumah di Jalan Nangka, di sini, semalam.

Serbuan jam 12 tengah hari itu diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Risikan, Deputi Superintendan David Ajek yang menemui pasangan kekasih sedang berasmara, manakala seorang lagi lelaki berbogel dikesan bersembunyi di bawah katil dalam bilik sama. 

David berkata, serbuan ke atas rumah itu dilakukan selepas polis mengekori kumpulan terbabit sejak Isnin lalu, sebelum mengenal pasti kedudukan mereka berdasarkan Toyota Wish digunakan ketika melakukan jenayah. 

gambar seks pasangan kekasih
gambar hiasan
Menurutnya, kumpulan dianggotai dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 hingga 40 tahun itu dikehendaki polis kerana aktif melakukan jenayah di sekitar bandar ini.

“Dalam sekatan jalan raya Isnin lalu, suspek berjaya meloloskan diri, namun hasil maklumat orang awam dan risikan polis, kelibat suspek berjaya dikesan.

sumber- HMetro

11,000 hidap sakit mental

BANDAR SERI BEGAWAN: Daripada kira-kira 400,000 penduduk Bruneii, statistik kesihatan mendedahkan, sekurang-kurangnya 2.75 peratus daripada mereka mempunyai masalah kesihatan mental.

Menteri Kesihatan, Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof dalam ucapan sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia semalam berkata, hampir 11,000 orang mendaftar dengan Perkhidmatan Kesihatan Mental di bawah kementerian itu. 

Kementerian menggunakan dua strategi bagi membantu golongan itu, iaitu melibatkan individu, keluarga dan masyarakat dan menggalakkan persekitaran yang mampu membantu diagonosis, rawatan dan mengelak gangguan mental. 

gambar pasar Brunei
gambar hiasan
Langkah kedua pula, melalu intergrasi rawatan kesihatan mental melalui perkhidmatan kesihatan biasa dan memahami secara holistik kesihatan mental dalam komuniti. 

sumber- Brunei Times

Akhbar lapor hidup mewah pegawai kerajaan dimusnah

Li Dejin

BEIJING: Laman web media sosial China semalam berang ekoran dakwaan seorang pegawai kerajaan tempatan cuba menyekat akhbar yang menyiarkan laporan mengenai seleranya terhadap aksesori mewah.

Pengguna mikroblog mendakwa puluhan ribu naskhah akhbar harian itu dimusnahkan Isnin lalu selepas ia menyiarkan laporan mengenai pegawai kanan kerajaan di wilayah tenggara, Fujian itu.

Pengguna memuat naik laporan daripada City Times yang mendakwa Li Dejin, Pengarah Jabatan Komunikasi wilayah Fujian memiliki jam Rado bernilai 50,000 yuan (RM24,408) dan tali pinggang Hermes berharga RM7,322. 

sumber- AFP

Mangkuk kencing berbentuk mulut wanita di restoran akan dibuang

hiasan tandas pelik
MANGKUK kencing yang dipasang di restoran mewah Perancis.
SYDNEY: Sebuah restoran baru Perancis di bandar raya ini berkata, ia akan membuang mangkuk kencing lelaki berbentuk mulut wanita berlipstik dari premis itu ekoran bantahan orang ramai.

Restoran berkenaan, Ananas Bar dan Brasserie juga memohon maaf kerana mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai. Menurutnya, mangkuk itu ciptaan artis Belanda, Meike van Schijndel, biasa digunakan di Eropah.

“Kami memohon maaf sekiranya ia menyebabkan rasa tidak puas hati. Kami akan menanggalkannya hari ini,” kata jurucakap restoran mewah itu yang dibuka tiga minggu lalu.

Pengulas makanan akhbar Sydney Morning Herald menyifatkan mangkuk kencing itu sebagai ‘tidak mengejutkan.’ Bagaimanapun, aktivis wanita dan bekas penasihat politik, Anne Summers berkata, rekaan itu menjijikkan.

“Sikap membenci wanita begitu berleluasa dan ini adalah satu contohnya,” kata Anne. 

sumber- DM

Mayat bayi disangka sampah

Mayat bayi dalam beg kertas
ANGGOTA polis memeriksa beg kertas yang mengandungi mayat seorang bayi lelaki di Alor Setar kelmarin.
ALOR SETAR - Seorang jemaah Masjid Al-Rahman, Alor Merah di sini terkejut apabila beg kertas yang disangka berisi sampah rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki dibuang di depan pintu tandas masjid itu kelmarin.

Beg itu ditemui pada pukul 8.45 malam iaitu ketika Ishak Chik, 54, hendak menutup pintu pagar masjid selepas menunaikan solat Isyak berjemaah.

"Sebaik memandang ke arah tandas, saya dapati satu beg kertas diletakkan di depan pintunya. Saya ingatkan sampah tetapi apabila diangkat ia agak berat.

"Apabila ditinjau, berderau darah saya apabila mendapati ada sesuatu yang dibalut dengan kain putih seperti mayat. Sebaik diselak, saya bertambah terkejut apabila nampak muka bayi yang telah pucat," ceritanya.

Tambahnya, tanpa membuang masa, dia terus memaklumkan kepada imam dan jemaah lain sebelum membuat laporan di Balai Polis Alor Merah.

Menurut Ishak, bayi lelaki itu cukup sifat, masih bertali pusat dan berkulit sawo matang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan memberitahu, pihaknya masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

sumber- Kosmo

7.43 juta kenderaan Toyota bermasalah

Toyota Auris
GAMBAR fail menunjukkan kereta keluaran syarikat Toyota, Auris di sebuah bilik pameran di Tokyo pada 23 Oktober 2006.
TOKYO - Pengeluar kenderaan dari Jepun, Toyota Motor Corporation memanggil semula 7.43 juta unit kenderaan keluarannya di Amerika Syarikat (AS), Jepun, Eropah dan pasaran-pasaran lain di seluruh dunia ekoran masalah suis tingkap kuasa.

Syarikat itu membuat pengumuman semalam dan ia melibatkan banyak model keluaran tahun 2005 hingga 2010.

Menurut Toyota, suis tingkap kuasa di tempat pemandu dikatakan tidak diletakkan dengan minyak gris sewaktu proses pengeluaran sekali gus boleh mengakibatkan geseran dan kadangkala menghasilkan asap.

Tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan setakat ini ekoran masalah itu.

Bagaimanapun, jurucakap Toyota, Joichi Tachikawa berkata, terdapat 200 laporan di AS dan 39 di Jepun berhubung masalah itu.

Model-model lain yang dipanggil balik dari pasaran Amerika Utara ialah Yaris, Corolla, Matrix, Camry, RAV4, Highlander, Tundra dan Sequoia.

Model-model Scion seperti xB and xD yang melibatkan 2.47 juta unit kenderaan turut terlibat dengan masalah tersebut.

Sebanyak 460,000 kenderaan Toyota menjalani proses yang sama di Jepun melibatkan model Vitz, Belta, Ractis, Ist, Auris dan Corolla Lumion.

Sementara itu di Eropah, sebanyak 1.39 juta unit model seperti Yaris, Corolla, Auris, Camry dan Rav-4 turut menghadapi masalah yang sama.

Proses pemanggilan semula juga berlaku di Australia, China, Asia dan Asia Barat. 

sumber- Agensi

Ketua PBB puji Psy

Gangnam Style
PSY (tengah) menari tarian kuda dalam program bual bicara Today di New York pada 14 September lalu.
PARIS - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon memuji penyanyi rap Korea Selatan kerana lagu Gangnam Style menjadi penggerak ke arah keamanan dunia.

"Saya telah menonton video tersebut (Gangnam Style)," katanya kepada agensi berita AFP kelmarin.

Ki-moon yang berusia 68 tahun merupakan rakyat Korea Selatan.

Muzik video Gangnam Style yang menunjukkan Psy menari tarian kuda telah ditonton lebih 400 juta kali di laman perkongsian YouTube sejak dimuat naik pada 15 Julai lalu.

Psy kemudian menjadi terkenal di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat (AS) ekoran tariannya itu.

Dia turut diundang ke AS untuk menghadiri program bual bicara dan menjadi artis yang diurus oleh pengurus penyanyi terkenal, Justin Bieber, Scooter Braun.

Tarian kudanya itu juga menjadi ikutan penduduk pelbagai bangsa, walaupun lagu tersebut dinyanyikan dalam bahasa Korea.

Pemain tenis Serbia, Novak Djokovic menari tarian itu selepas perlawanan akhir Terbuka China di Beijing pada 7 Oktober lalu.

Pada perlawanan itu, dia menewaskan Jo-Wilfried Tsonga dari Perancis dengan keputusan 7-6, 6-2.

Menurut Ki-moon, beliau bangga dengan persembahan Psy.

"Tidak ada bahasa yang diperlukan dalam dunia muzik. Ia merupakan kuasa muzik.

"Menerusi persembahan seni itu, kita akan lebih memahami kebudayaan dan tamadun bangsa lain," katanya. 

sumber- Agensi

Amra dipilih sebagai datuk bandar wanita pertama Bosnia

Amra Babic
Amra Babic
VISOKO, Bosnia-Herzegovina - Seorang ibu kepada tiga orang anak, Amra Babic merupakan datuk bandar wanita yang pertama memakai tudung di negara ini.

Menurut Amra, rakan-rakannya menunjukkan semangat yang jitu kerana memilih beliau sebagai datuk bandar.

Amra, 43, memenangi 30 peratus undi pada pilihan raya datuk bandar di sini yang didiami 40,000 penduduk.

Beliau merupakan ahli ekonomi dan pernah menjadi menteri kewangan untuk wilayah Zenica mewakili Parti Tindakan Demokratik.

"Saya percaya tudung kepala saya tidak akan menjadi penghalang (untuknya melaksanakan tugas)," katanya kelmarin.

"Saya tidak akan menyalahgunakan politik untuk kepentingan agama," tambahnya yang dipilih para pengundi pada Ahad lalu.

Suaminya terbunuh dalam Perang Bosnia yang berlaku pada 1992 hingga 1995. 

sumber- AFP

Pemandu teksi diberi AS$2,000 kerana bersikap jujur

Adam Woldemarim
WOLDEMARIM berdiri di depan teksinya di Las Vegas pada 5 Oktober lalu.
LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Seorang pemandu teksi di sini, Adam Woldemarim diberi ganjaran sebanyak AS$2,000 (RM6,148) oleh pemilik wang tunai berjumlah AS$221,510 (RM680,927), lapor agensi berita AP semalam.

Pemilik wang tersebut yang merupakan seorang pemenang permainan judi memberikan ganjaran itu kerana berasa gembira dengan sikap Woldemarim.

Woldemarim, 42, yang berasal dari Habsyah menemui wang tersebut semasa dia membersihkan teksinya pada 2 September lalu.

Wang tunai itu tersimpan di dalam sebuah beg komputer riba.

Dia kemudian menghubungi seorang rakannya yang pernah memandu teksi itu.

Bagaimanapun, rakannya itu yang juga berasal dari Habsyah menafikan wang tersebut miliknya.

Rakannya itu meminta dia memberitahu pejabat keselamatan syarikat yang memiliki teksi berkenaan.

Woldemarim kemudian membuat laporan di pejabat keselamatan itu yang kemudian menghubungi polis.

Seorang pengawal keselamatan merakamkan gambar wang itu.

Sejam kemudian, Woldemarim dihubungi seorang pengawal keselamatan supaya datang semula ke pejabat tersebut.

Dia menemui pemilik wang tersebut yang berada di pejabat berkenaan.

Pemilik wang itu sebelum ini telah menghubungi syarikat teksi berkenaan bagi memberitahu dia tertinggal wang itu semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...