Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Wednesday, January 2, 2013
Jambatan gantung paling bahaya di dunia
Mungkin kita pernah melihat jambatan sebegini dalam beberapa filem pengembaraan seperti Indiana Jones atau sebagainya. Jambatan Tergantung Hussaini yang terletak di Utara Pakistan ini merupakan antara titian tali paling bahaya di dunia. Ianya amat tidak sesuai untuk digunakan oleh mereka yang lemah semangat dan berbadan besar. Tambahan pula jambatan itu sendiri sudah terlalu usang, sempit, malah banyak kayu pelapitnya sudah hilang.
Bayangkanlah jambatan yang sebegitu rupa masih ramai yang sanggup menggunakannya. Bukan sahaja digunakan oleh kaum lelaki, malah turut digunakan oleh kaum wanita. Ini kerana, jambatan tersebut merupakan satu-satunya kemudahan yang mereka ada untuk menyeberang.
Kelihatan jambatan ini dibangunkan dengan dua trek berkembar. Tidak tahu tujuan asalnya. Mungkin juga kedua-dua trek ini dibina dengan haluan bertentangan. Namun salah satu dari trek tersebut seperti sudah menanti rebah. Jambatan Tergantung Hussaini didirikan untuk menyeberang Tasik Borit. Jambatan ini juga menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke sana.
Orang tua ditangkap basah
BATU CAVES - Pasangan kekasih tua antara dicekup dalam operasi anti zina siri 8 sekitar sini malam kelmarin.
Dalam operasi sempena sambutan tahun baru itu, seramai 21 pasangan berusia dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun ditahan. Serbuan melibatkan hotel bajet di Goh Tong, Samudera dan Sunway Batu Caves.
Antara pasangan yang ditahan Jais dalam operasi malam kelmarin. |
Ketika disoal penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor, mereka pada mulanya mengaku suami isteri bagaimanapun gagal menunjukkan sijil nikah ketika diminta berbuat demikian.
Turut ditahan ketika serbuan ialah pasangan yang mendakwa sudah bertunang dan memberikan alasan terpaksa tinggal sebilik kerana hotel penuh.
Situasi agak tegang pada mulanya apabila pasangan terbabit enggan membuka pintu hotel ketika diketuk penguatkuasa namun akhirnya terpaksa akur.
Selain itu, hotel bajet turut dijadikan lokasi penginapan sepasang kekasih yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam sejak Ahad lalu.
Pegawai Jais yang mengetuai operasi tersebut, Luqman Ramli berkata, kesemua pasangan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan operasi berakhir pada jam 5 pagi.
Katanya, operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Luqman berkata, kesemua pasangan tersebut ditahan di bawah Seksyen 29 (1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1999/1995 kerana berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan atau berkhalwat.
“Untuk tindakan selanjutnya, kesemua pasangan tersebut perlu menghadirkan diri di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak di Kuang pada 3 Januari ini.
“Operasi tersebut juga turut menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang sampel air kencingnya didapati positif dadah,” katanya.
Sementara itu, wakil MPS memaklumkan, daripada lima hotel bajet yang diserbu, tiga daripadanya dikesan tidak memperbaharui lesen perniagaan.
Terdapat juga hotel yang tidak mempunyai lesen perniagaan dan tindakan kompaun dikenakan ke atas pengusaha terbabit di bawah Undang-Undang Kecil bahagian Hotel.
sumber- Sinar
Hotel tertua di dunia beroperasi lebih dari 1290 tahun
Hoshi merupakan ryokan ( rumah penginapan tradisional Jepun ) yang terletak di Awazu Onsen kawasan Komatsu, wilayah Ishikawa, Jepun. Ianya mula beroperasi pada tahun 717 dan diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai hotel paling tua di dunia yang masih beroperasi selepas penutupan Kongo Gumi pada tahun 2006.
Basikal ditelan pokok
Sebuah basikal lama milik seorang kanak-kanak telah ditelan pokok. Namun perkara ini sebenarnya bukanlah suatu misteri. Basikal tersebut dipercayai telah ditinggalkan pada batang pokok itu sekitar tahun 1950-an di Washington, Amerika Syarikat. Pokok ini pula terus membesar sehingga menelan basikal tersebut.
Tetapi perkara sebegitu bukanlah pertama kali dilihat. Di Thailand, sebuah motosikal klasik turut ditelan pokok. Motosikal ini kelihatan masih berkeadaan baik. Jika dilakukan sedikit baik pulih, mungkin ianya masih mampu untuk bergerak.
Kembar dipisah tapi tak boleh berpisah
LONDON: Kali pertama melihat imbasan dalam rahimnya, si ibu ternampak dua janin saling berpegangan tangan dan pasangan kembar itu mungkin tidak mempunyai harapan untuk hidup.
Doktor memberitahu Angie Benhaffaf bahawa ada kemungkinan seorang daripada anaknya akan selamat, tetapi seorang lagi akan meninggal dunia tidak lama kemudian.
HASSAN (kiri) dan Hussein sebelum mereka dipisahkan melalui pembedahan pada 2010. |
Kini, selepas pembedahan yang berjaya memisahkan mereka, anak kesayangan Angie itu membuktikan mereka sebenarnya ‘tidak boleh dipisahkan.’ Selepas tiga tahun lahir, keakraban antara Hassan dan Hussein begitu kukuh sehinggakan mereka tetap berpegangan tangan ketika tidur - sama seperti ketika mereka belum dipisahkan melalui pembedahan. Malah, jika duduk bersama, keadaan mereka juga sama seperti ketika mereka bercantum dari dada hingga ke tulang punggung. Di sebalik keadaan itu, Hassan dan Hussein memang tidak banyak berbeza berbanding kanak-kanak normal lain.
Kata Angie, 38, kembar itu sentiasa aktif bermain dan lasak. “Nampaknya ada persaingan antara Hassan dan Hussein,” katanya.
HASSAN (kiri) dan Hussein yang masing-masing memiliki satu kaki gemar berlumba dengan kereta mainan mereka. |
“Memerhati mereka sangat mengasyikkan,” katanya.
Keadaan fizikal Hassan dan Hussein menyebabkan setiap seorang daripada mereka menggunakan satu kaki palsu.
Kata Angie, percantuman anaknya bermakna mereka berkongsi hampir segala-galanya, termasuk organ hati dan urat saraf di sekeliling jantung.
Walaupun berisiko tinggi, pakar bedah berjaya memisahkan mereka tanpa menyebabkan sebarang kesan mengancam nyawa.
Angie melahirkan Hassan dan Hussein hasil perkahwinannya dengan lelaki kelahiran Algeria, Azzedine.
sumber- DM
Tradisi bakar patung pada malam terakhir 2012
CALI - Penduduk di Colombia membakar patung-patung berbentuk seperti manusia sempena kedatangan tahun baru yang merupakan amalan tradisi di negara ini.
PATUNG manusia dipegang oleh seorang lelaki yang dibelinya di Medellin, Colombia. |
Pembeli-pembeli akan membakar patung itu pada malam terakhir 2012.
Patung-patung yang memakai pakaian itu mewakili perkara-perkara buruk yang berlaku sepanjang tahun lalu.Ia diperbuat daripada kadbod dan habuk kayu.
sumber- Agensi
61 mati dipijak selepas pertunjukan bunga api
ABIDJAN - Kira-kira 61 orang mati akibat dipijak di luar sebuah stadium di sini selepas pertunjukan bunga api sempena kedatangan tahun baru, kata pemerintah semalam.
Seorang pegawai kecemasan berkata, kejadian itu berlaku dekat Stadium Felix Houphouet Boigny apabila sejumlah orang berhimpun untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.
SEORANG askar mengawal lokasi kejadian rempuhan yang berlaku di luar Stadium Felix Houphouet Boigny di Abidjan semalam. |
Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan panik sehingga mengakibatkan orang ramai mula berasak-asak sekali gus menyebabkan berlaku kejadian rempuhan.
Presiden Ivory Coast, Alassane Ouattara melawat mangsa yang cedera di hospital.
Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi negara dan menyatakan siasatan dilakukan untuk menentukan punca kejadian.
Seorang koresponden Reuters memberitahu, tompokan darah dan sejumlah kasut kelihatan di luar stadium berkenaan.
"Dua anak saya datang ke sini. Saya memberitahu supaya jangan datang tetapi mereka tidak mahu mendengar.
"Mereka datang ketika saya sedang tidur," kata seorang pekerja pembersihan, Assetou Toure.
Bagaimanapun, dia tidak mengetahui sama ada anaknya itu selamat daripada kecederaan.
Kejadian itu merupakan yang terburuk di Abidjan sejak tahun 2010.
Pada tahun itu, kejadian yang sama berlaku di sebuah stadium semasa perlawanan bola sepak diadakan menyebabkan 18 orang mati.
sumber- Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)